Showing posts with label Me-myself-and-I with him. Show all posts
Showing posts with label Me-myself-and-I with him. Show all posts

Friday, 7 June 2024

Hi 2024 !

 Assalamualaikum


Buat kawan-kawan dan reader ssemua. Ye setelah 2 tahun lebih lenyap di telan masa, aku kembali menghantui uols. Hahahaha adoiii tenggelam timbul ni dah macam jadi habit aku agaknye. Setahun sekali or dua kali baru nak update entry.

Nak kata sibuk, tak juga. Nak kata lapang sangat pun tidak, tapi aku tak ada masa nak menulis. Masa aku banyak di habiskan dengan tengok TikTok je hahaha.

Korang semua apa kabar? sihat? aku sihat alhamdulillah masih di beri kesempatan oleh NYA untuk menyayangi dan di sayangi.. Tapi tu la biasa bila bab di sayangi ni aku je yang selalu perasan, Padahal xde pun yang sayang..sob sob sobbb!!

Mulai hari ni aku ingat nak consistent untuk memeriahkan suasana blog aku yang kesepian ini.Harap masih ada yang sudi baca celoteh aku yang kadang mengarut dan merapu ni. heheh

Jumpa lagi next entry

Friday, 19 November 2021

Aku kembali untuk kesekian kali.

 Assalamualaikum....

Hamboi tajuk bukan main... Entah berapa kali tenggelam timbul aku dalam berbloger. Orang lain jadi bloger consistent , aku pula macam chipsmore. Sekejap ada sekejap takde. Hilangnya tu bukan sekejap berbulan-bulan. Nak masuk tahun baru, maka muncul la aku. Hahahah.

Apa khabar kawan2. Sihat semua? Semoga dimusim covid ni semuanya sihat2 aja. Apa peristiwa yang berlaku sepanjang aku tak active berbloger.

Untuk pengetahuan semua kawan-kawan pada 22 September 2021 aku kehilangan Ayah mertua akibat jangkitan Covid-19. Mohon sedekahkan Al-fatihan dan doakan beliau berada di kalangan orang-orang beriman.

Selain dari peristiwa sedih ni takda apa pun yang nak dikongsikan sebab maklumlah sepanjang tahun lockdown. Makan tido makan tido jela keje aku. huhuhu. 

Selain tu busy buat kek. Saja asah skill huhu.

Dan sekarang aku kembali busy dengan  buat content untuk youtube pula. Hahahah nak gelak pun ada, dulu buat video masak makan masak makan,tapi aku rase macam tak best pula dan sekarang tukar content pula. Nak tau apa, nanti aku share.

Sampai sini dulu aku update,  lain kali atau lain bulan mungkin kita bersua lagi. hahah doakan aku rajin macam korang boleh hari2 update ok.

Done... aku nak berblog walking jap... lama tak lawat kawan2.  Byeeeee




Monday, 19 April 2021

Sweet 35

 Alhamdulillah syukur ya Allah.

Hari ini 18/4/2021 aku masih di beri kesempatan menikmati nikmatnya usia. Meningkat satu angka semakin dekatlah aku dengan pengakhiran.

Andai esok takdir Allah menjemput aku pulang. Maafkan aku wahai sahabat. Jika ada perlakuan, tuturkata dan tingkah laku yang mengguris hati, maafkan aku. Aku hanya manusia yang pada dasarnya nampak sempurna tapi sebenarnya penuh dengan kekhilafan. Aku masih seorang pendosa. 

Di saat usia menginjak di pertengahan usia tidaklah  ku minta lebih, hanya doa dari kalian agar aku bahagia bersama keluarga dan hidup dalam kesederhanaan tanpa perlu menyusahkan sesiapa.

Terima kasih suami, terima kasih buah hati ummi iman mirza, kalian pinjamaan Allah buat aku yang paling berharga. Tiada galang gantinya. 

Buat sahabat blogger yang acapkali hadir memberi komentar di setiap helaian luahan aku di Bunga Seindah Biasa ini, Terima kasih aku ucapkan. Hadirnya kalian buat aku rasa di sayangi dan di hargai.


TERIMA KASIH SEMUA.

LOVE dari CIKBUNGA a.k.a achaspertibiasa. 

#imturned35




Friday, 10 July 2020

Gaya macam busy.. tapi busy makan je.

Assalamuaikum semua.

Alhamdulillah harini diizinkan lagi aku untuk menulis. Thank you Allah. Tapi nak buh tajuk apa aku pon tak tau...

Setelah berbulan-bulan aku stop buat kuih dan nasi lemak untuk jualan pagi sebab dapat kejekan So stop la berniaga. Sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya  covid 19 melanda. Keje pun kena buang muahahaha. Takpelah aku anggap je Allah nak bagi rezeki lebih kat tempat lain huhuh.

Tempat lama aku berniaga nasi lemak dulu dah ada jiran take over jual nasi lemak kukus. Aku ok je.
Jiran a.k.a aku panggil Kak Jun just buat nasi lemak berlauk benda lain dia takde. So datang sorang jiran blok lagi satu pulak tumpang letak bihun dengan laksa dekat situ. Aku pula Kak jun called hari Rabu pukul 12 tengah malam suruh aku buat kuih. Hahahah ketawa aku..awat x cakap awal-awal. mana ada aku barang nak buat. Hari Khamis aku terlajak tido tak sempat buat kuih. So hari ni aku hantar donut dengan karipap. Alhamdulillah habis laku licin.Tolak komisen Kak jun 0.05 sen setiap sebiji kuih dapat la aku RM20.25 . Dapat duit terus masuk tabung hehehe.

Aku bangun pukul 5 am untuk buat kuih. Lepas subuh siap cecantik dalam pukul 7 am aku menapak ke kedai kak jun untuk hantar kuih. Balik kejut dak Mija bangun pergi sekolah. Pukul 8 am aku dengan laki aku pergi hantar dia pulak ke sekolah. Kalau korang baca ni , macam busy je aku kannn hehehe

Balik dari hantar mija laki aku tanya nak breakfast tak? Aku cakap "aku ikut je.." Tau tau dia bawak aku breakfast kat Puncak Jalil kedai "MAK CHIK" . Sebelum keluar kereta aku tanya siap-siap kat dia boleh ke aku order macam biasa. hehehe Dia cakapp orderrr leeee. Senyum sampai telinga aku ngeh ngeh ngehhh.

Apa yang order macam biasa tuu???

TARAAAAAAA!!! Roti kawennnnn banjirrrr satuuu. Roti kawen tu ape? heheh Roti telur 1 + Roti Kosong 1 dan kalau aku yang makan haruslah banjirrrrrrrrrrrrrrrrrrr.


ni pon tak cukup banjir. 


Tengah duk tunggu roti siap aku terpandang pulak tapai ubi.. Ya Allahhhh punyalah lama aku mencari tapai ubi ni. Sebelum PKP masa bawa mak mertua n makcik laki aku pergi pasar shah alam tu ada aku jumpa tapai ubi ni. konon masa nak balik baru beli , sekali lagi pusing dah tak jumpa kedainye heheh. Melepas aku. Apa lagi aku pun tanya, abgggggg nak tapai ubi bolehhhh. hehehe lagi sekali jawapan diaaa sangat memberansangkan, amikkkk laaaa. yahuuu lepas kempunana. Ya Allah kau murahkan lah rezeki suami ku . aminn


tapai yang menggoda iman aku pepagi.

Kekenyang aku hari ni, lepas balik breakfast aku suruh laki aku turunkan aku dekat kedai kak jun, sampai kedai kak jun ada pulak bihun goreng tauge. Allahhh.... di sebabkan aku ni seorang pecinta tauge amik la sebungkus makan kat situ. Maka kenyanglah perut aku untuk satu hari ni.

Belum pukul 10 am perut aku penuh macam nak meletup hahahah. Giler ape tah keje harini asek nak makan je.

Sian laki aku tengahari makan sensorang dia. Takpe la kot hari ni je makan sengsoran yang penting aku dah masak tengahati, hehehe

Tq sebab sudi baca. Aku xde idea nak letak tajuk apa. hehehe





Monday, 6 July 2020

Telur dadar je pun hehehe

Assalamualaikum semua,

Aku fikir dua tiga kali juga nak share video ni dengan korang. Malu pun ada maklum lah beginner.. hahahah

Al-kisahnye mana aku tau kalau nak record video tak boleh menegak. Aku pulak balun je merakam video menegak. Siap edit semua , aku pun tunjuk la kat laki aku tanya

 "banggg pelik tak video ni bila sampai intro?"

 Laki aku pun kabo "aah pelikkk mana ada orang record menegak"

"ngape abang tak bagitau acha, acha mana tau" aku balas.

"Kata nak jadi youtuber kena lah tau" laki aku jawab lebih kurang cenggitu.

Aku pun garu kepala yang memang tengah gatal. Cane ni..video dah edit, rugi lah aku berpeluh2 merakam tadi.

Setelah penat berfikir dan juga bersoal jawab dengan abang chik aku (dia pun youtuber), dia pun kabo apload je.

Maka aku pun buang perasaan malu dan teruskan dengan perasaan tak tau malu upload jugalah resepi  telur dada aku yang tak seberapa tu.

Harap sudi tonton like dan subscribe.

TELUR DADAR SEDAP DAN LEMBUT

Bahan:

Telur ayam
Bawang
Cili Padi
Lada Sulah
Mayonis

Cara masak:

Campur semua dan pukul rata. Panaskan minyak dan goreng macam biasa.

Hati-hati ye. Telur ni bila dah tambah mayonis dia jadi super lembut n gebu. so masa nak flip tu senang hancur. hati-hati. 

Selamat mencuba.


Please tonton dan subscribe.


Sunday, 28 June 2020

Nasi Beriani masak dalam kuali non stick aje.

Assalamualikum semua.

Menu untuk makan tengahari tadi nasi beriani dengan ayam masak merah. Alhamdulillah nasi sedap ayam masak merah pun shoo shedapppp hehehe.

Harini mood swing sikit walau pun menu terangkat. Biasa lepas aku tumis aku akan pindahkan dalam periuk nasi tapi harini punya malas , aku masak je dalam kuali. hahahah

Masak dalam apa pun tak penting yang penting sedap. Nasi beriani aku simple je sebab guna perencah nasi beriani dari meggi. 100% aku follow je resepi dekat belakang perencah tu. Cuma bab air tu je kena pandai adjust dan aku tambah daun pandan buat nasi lagi wangi. 

So kalau yang beginner tak reti masak pun boleh pandai masak nasi beriani. Rasa sedap kena dengan selera aku yang memang kaki makan ni. Suami pun kata sedap. Dak mija pun suka.

Ayam masak merah guna resepi campak-campak and agak-agak aje. cong ceng cong ceng siap. 

Done! makan. kenyang perut suka hati.heheh

Siapa yang tak pernah cuba boleh cuba perencah nasi beriani meggi.

Selamat mencubaaa.


ayam masak merah.


Nasi Beriani

Saturday, 27 June 2020

Setahun craving akhirnya dapat juga


Assalamualaikum semua.

Salam sabtu, salam hujung minggu, salam istirehat. Amboiii banyaknye salam gitchewww. hehehe.

Tahun ni aku memang craving giler kot nak makan durian tapi takde rezeki. Tengok orang lain makan dan borong durian menitik-nitik air liur aku teringin. hahaha melampaukan macam tak pernah makan je.

Alhamdulillah semalam gara-gara minyak naik seposen laki aku keluar pergi isi minyak siap-siap. hehehe. Memang aku ada minta bawa balik kudap-kudap tapi tak terlintas pula dia bawa balik durian .
Punya la suka aku malam tadi. Yahooooo akhirnya dapat makan durian. Dia bawa balik 2 biji je. Syukur dari tak merasakan. Terima kasih en.somi, semoga  murah rezeki sebab belanja bini makan durian. All the time favorite. 

Buah elok cantik, tak rugi beli. Cuma sebiji tu isi dia nipis tapi yang lagi satu puas hati makan. Isi tebal lemak berkrim and ada rasa manis-manis pahit tu. Ya Allahhhh terasa-rasa lagi dalam mulut ni hehehe.

2 biji durian, sebiji makan malam tadi sebiji lagi baru je habis pagi ni. hohh  bersarapan pagi dengan durian kami heheh.

Puas juga makan sebab, nasib baik dak mija tak suka durian, kalau tak kena kongsi pula lagi dengan dia hahahah.

Rugi la nakkkk oii kamu tak makan durian. Ummi harap esok dah besar jadi lah pencinta durian seperti ummi mu ini hehehe.

Akhir kata. Alhamdulillah syukur rezeki dapat makan durian.

Buat suami terima kasih lagi sekali, walaupun bukan sabakul durian semoga menjadi asbab diperluaskan lagi rezekimu kerana mengembirakan aku sebagai isteri.

aminnn.


Wednesday, 11 December 2019

Meremang bulu roma tengok straw kertas,

Straw plastik diharamkan penggunaannya di restaurants terutamanya di Fast Food restaurant. Isu ni lama dah and aku pun sokong 100% walaupun kalau pergi makan Mcd atau KFC aku tetap minta straw hehehe.

Tapi yang menjadi masalah aku sekarang bila diorang gantikan straw plastik dengan straw kertas. Ya ampunn aku tak tau apa nama penyakit aku nih, Aku langsung tak boleh tengok straw tu. Setiap kali aku tengok aku rasa nak demam. Bulu roma mencanak naik. Gigi semua rasa nak luruh.

Sumpah tak tipu. Saat aku tengah menaip ni pun aku rasa seram sejuk. Aku baru je tau yang diorang gantikan dengan straw kertas masa beli air kat gsc panggung masa tengok ajen ali hari tu. 

Stressnya aku nak habiskan air tu. Rasa nak nangis, Tadi laki aku belanja tealive. Aku buka straw tu nampak yang kertas terus menggigil. Seram sejuk nak demam. Sian aku tak boleh nak minum. Minum sikit je. Sudah nye dak mirza dengan apaknya yang habis kan. Aku telan air liur je huhuhu. Strawberry puding lak tu.My peberettt huhu.

Aku rasa aku allergic dengan straw kertas tu kot.

Korang ada masalah macam aku tak? atau korang tau tak apa masalah aku ni.? 

Sebab sekarang setiap kali terbayang straw kertas tu aku meremang bulu roma huhu.Gigi pun rasa nak luruh. huaaaaaaaaaaaa stresssnyeeee...


sumber:google.

Aku nak upload gambar ni pun meleleh air liur tahan ngilu. huhuhu





Monday, 9 December 2019

Selipar dan kami sekeluarga

Assalamualaikum.

Harini nak cerita pasal selipar. Ahhh takde benda lain ke nak cerita? ehhh apa salahnya jadikan selipar satu entry dalam blog ni., memandangkan selipar juga menjadi sebahagian dari setiap manusia di seantero dunia. hehehe.

Kami bukan dari golongan have have untuk ada 3 4 selipar dalam satu masa. Kami cuma rakyat marhein yang boleh dikatakan miskin bandar. huhuhu

Selipar baru cuma akan berganti kalau selipar sedia ada sudah tahap tak boleh pakai. Baru ni selipar anak aku si mirza yang dia pakai since umur dia baru nak masuk 3 tahun . sekarang mirza dah 4 tahun. Mirza pakai selipar dia sampai 7.12 kemarin. Genap umur dia 4 tahun. Memang lunyai selipar tu. 

Aku memang dah ada niat nak ganti yang baru lepas nampak tapak selipar dia koyak. Setiap kali keluar pergi beli barang dapur aku tengok selipar untuk dia. Selipar kalau elok sikit harga punyalah bapakk mahal giler. Bila harga tak mampu milik tu fikir 2 kali gak nak beli yang baru.

Kebetulan masa nak pergi pasar malam hari tu selipar dia putus, nasib jumpa orang jual selipar getah yang sedap di pakai untuk mirza. Tengok harga rm10 je. Ape lagi aku suruh je laki aku beli. Tak yah pikir dah.  Seo belilah selipar superman untuk dia. Punya la seronok dapat selipar baru. huhuhu sian dia mak ayah bukan keje cop duit senang2 nak keluar belanja gitew je.

Lepas beli selipar mirza bapaknye pulak beli selipar baru, sambil angkat selipar yang dia tengah pakai tunjuk kat aku. Ohh selipa laki aku pun dah nak terbelah dua. wakakakak.. hahaha belilahhhh lagi sepasang untuk ayahnya.

Aku tak beli pun selipar baru sebab selipar aku yang beli tahun lepas elok lagi. tunggu lunyai baru ganti hehehe.

Aku memang tak suka nak membeli kalau takde keperluan sebab duit tu simpan lagi bagus. Tapi tu la duit ni datangnye sekajp habis pun sekejap huhuhu.. walaupun kau tak nak membazir, sebolehnya tetap nak berjimat dia tetap meninggalkan kita. huaaaaaaaaaaaaaaaaa nangisss hehehe.







ini selipar aku yang beli tahun lepas. Tahun lepas tengah jalan2 kasut aku putus kebetulan ada kedai kasut kat depan aku. Terus beli. RM25. Sekali aku jalan kat tingkat bawah. ada lagi kedai kasut harga rm20 je.. kambingg betull la. huhu


selipar baru apaknya. RM13


selipar baru dak mirza; Superrrmannnnnn rm10.


nahhh ni dia seliapar lama dak mirza yang dah lunyaii. selipar ni pun rm10 je aku beli dekat the store.
Memang lunyai habis. uhuhu

Monday, 2 December 2019

Suara misteri minta TOLONGGGG!!!

Assalamualaikum..

Entry pertama dibulan December. OMG pejam celik pejam celik dah hujung tahun. Masa bukan lagi berjalan tapi dah berlari laju. Sekejap je dah nak habis tahun 2019. Tak lama lagi kita menjengah ke tahun 2020.

Semalam buka group wassap family "warisan mak andak", tengok ada mesej dari kakak no 2. Dia tanya " Dah tau ke siapa yang menjerit minta tolong masa takde letrik tadi?". Soalan tu kakak aku tuju kat emak aku. Oh ye.. kakak aku ada kat kampung masa kejadian ni.

Aku ni jenis curious, walaupun takde kat kampung still nak tau. Tambah kakak aku tinggalkan soalan macam tu. Emak pula senyap tak reply. Aku pon gelabah lelemak nak tau cerita hehehe.

So aku decide telifon mak kat kampung, tapiiii hampaa hendak ku kataaa telipon emak takde siapa yang angkat. huhuhu.

Aku telifon pula kakak sulung aku. Nasib dia angkat. Aku pon ape lagi tanya dia kot-kot dia tau cerita. Maklum le dia dekat dengan umah kakak aku no 2. Alahaiiii dia pun tak tau rupanya.

Aku ni nak tau just telifon mak je tapi kakak sulung aku ni level nak tau dia sampai satu kampung dia telifon bahahah tapi hampeh katanyaaa sorang pun tak angkat. hahah kesiann.

Aku bawak bertenang sekejap. Duduk relax layan dak mija main henpon lepas tu baru cuba telifon kakak no 2 aku tu... Alhamdulillah sekali call je dah angkat hahah. Bising dia telifon berbunyi dari tadi. Nak g beli barang pun tak senang katanya.. Hahahah kisah pulak aku kan.. orang nak tau citer ni.,

So citer dia macam ni..

Lebih kurang pukul 6:30 am macam tu satu kampung takde letrik so memang bergelap la time tu, masa tu abg ipar aku dah balik dari sembahyang subuh jemaah kat masjid. So masa tengah bergelap satu kampung ni tetiba dengar orang menjerit minta tolong.

TOLONGGGG!!!!TOLONGGGG!!!TOLONGGGG!!! kakak aku kata kuatttt dan lama sangat orang tu minta tolong. Sampai diorang yang kat dalam rumah pon takut and seram sebab tak nampak orang yang minta tolong tu.

Sudahnya senyap gitu je. Sampai jadi tanda tanya siapa yang minta tolong.

So tanya kakak aku yang no 2 ni pon dia tak tau siapa, tggu jawapn dari mak je.

So nak tau kene tunggu emaklah jawabnya. dah la telifon selalu tak berangkat huhuh..

Penasaran ni anaknye nak tau siapa yang menjerit minta tolong tu huhuhuhu.

nanti dah tau siapa aku update entry baru heheh.

Bye adiossss.

pic pinjam google.


Saturday, 30 November 2019

2 minggu di kampung halaman.

Alhamdulillah. Hari ni berkesempatan aku nak update entry di blog bunga seindah biasa ni. Lebih kurang 2 minggu duduk dengan mak di kampung. Rumah mak takde internet dan kebetulan aku pon belum ada talipon baru lagi masa tu. Memang tak dapat nak update apa-apa pon nampaknya. Hati excited nak share perihal suasana kampung tapi apakan dayaaa, tak dapek teman nak nolong huhuhu.

oh ye. kat kampung sekarang musim duriann komeeee wehhh. Puas hati balik kampung dapat makan durian atok. Selalu kalau balik beli je kat kedai abang karim dekat jambatan MCD nun.. heheh  Kalau nak tau kampung aku nama KUNCI AIR LANGKAP,  PERAK. Yeee teman orang perakkkk.. ape kaborrrr yopp yongggg semuaaa .. heheheh Satu tarikan yang ada kat kampung aku tu la jambatan MCD. sebab apaa sebab bentuk dia macam lambang MCD. hihi


sumber: google

haaa ni la dia jambatannyeeee hehehe.

Alhadulillahh hari tu ada kabor kat entry sebelum ni yang aku tengah tunggu duit kutu untuk beli phone barukannn kan kann.. YAhuuuuu teman dah ada telifon baru. Beli telifon biasa je. OPPO A5 2020.


sumber: google

Asalnya nak beli HONOR tapi tak jadi sebab model yang aku nak tu dah takde stok. So cek dengan seller dia suggest aku untuk beli oppo hat model ni. aku tengok storage pon besar ok la sbb nak berniaga simpan gambor banyakkan.  Senang hati dah ada telifon. Lapang dada hahahah.

Aku balik kampung dengan dak mija je, laki tinggai kat umah huhu, duk kat kg aktiviti aku takde lain selain makan. makan makan makan dan makan.. Aku timbang haritu naik 2 kilo wehh hhahahaha.
Dak mija pulak tak berenggang dengan kedai opah dia. Allahhhh siang malam di cukainya barang kedai opah. Mak aku ada kedai runcit hehe. So kalau cucu balik memang kedai runcit tu la port diorang. 



sumebr: Abah ajie (abg teman punya gambor)

Ini lah kedai runcit mak. selain barang runcit , main product kuih traditional. Kuih Bangkit kelapa, kuih bangkit santan, kuih bangkit kacang hijau, kuih putu kacang, putu jawa, bahulu , sepit dan seangkatan dengannyaa huhuhu. Siapa nak buat duit raya boleh roger jadi pembekal kuih traditional mak teman ye.. kuih dah lepas ke oversea nun..jauh jalannye heheh.

Tak banyak benda menarik aku buat kat kampung selain makan, huhuh. sampai sini jelah tulis dulu lain kali sambung. hehehe

bye adiossss.


Saturday, 2 November 2019

Love Your Self

Assalamualaikum

Masa orang susah kita tolong itu biasa tapi time kita susah orang takde tolong , itu lagi biasa. Huhuhu
Hargailah orang yang selalu ada time susah dan senang kita, sbb nak jumpa orang yang tau menghargai kita ni satu dalam sejuta.

Umpama mencari sebutir permata di padang pasir gitcheww.

Ape pon sayangilah diri sendiri itu lebih afdhallll.



Friday, 1 November 2019

Aku dan cita-cita. Yihuuuu

Assalamualaikum.

Aku nak tanya , korang ingat lagi tak cita-cita korang masa kat sekolah rendah? korang ingat tak file biru yang korang kena tulis 3 cita-cita setiap tahun, dari tahun 1 sampai tahun 6?

Aku ingat dari tahun 1 sampai tahun 6 cita-cita aku tak pernah berubah.

Ni antara 3 cita-cita aku dulu. Setiap tahun cita-cita yang sama.

1. Jururawat
2. Penulis
3. Pelukis

Antara 3 cita-cita aku ni nak jadi jururawat tu hampir jadi kenyataan bila dapat tawaran interview ke apa tah untuk Jururawat Desa aku pun tak ingat. Emak yang bagitau suruh balik. Dia kata pergi la cha nanti boleh kerja kerajaan. mueheheh.  Aku pulak time ni dah masuk UNISEL duit banyak dah habis so aku cakap takpe la mak takde rezeki nak pergi sana. Bising juga mak aku masa tu heheh. 

Aku ni macam takde luck nak keje bagus. lepas habis belajar amik degree multimedia aku terus keje jadi customer service. Lepas tu jadi graphic designer sekejap dekat production house. 2 bulan je aku keje situ. Pastu lari pergi ke kampeni yang supply  apc baterry and computer part. jadi kerani cabuk.Aku ingat mak kata nanti anak besar seronok nak tengok anak balik kampung naik keta besar , pakai baju cantik-cantik pastu turun dari kereta besar. bangganya makkk. Allahuu sedih pulaa aku kalau teringat.

Kerja jadi kerani tu tahan juga aku keje 3 tahun lepas tu kawen. Masa ngandungkan budak mirja aku takdela niat nak berhenti keje tapi masa aku tanya taska dekat rumah berapa dia amik untuk baby. Taska kabo rm500. Hoiii terkincit aku dengar. Separuh kot dari gaji aku.  huhuh. last aku decided berhenti keje jaga sendiri je. Masa ni mak aku kecewa lagi huhuhu. Sian mak. ampunkan acha makkkk huhuhu.

Balik pada cita-cita aku masa kecil selain nak jadi jururawat aku nak jadi "Penulis and Pelukis". Pelukis ni aku rasa tangan dah keras kejung memang tak boleh nak melukis dah. Nak lukis buaya jadi kanggaroo pulak nanti hahah.

Adakah masih ada kesempatan untuk aku jadi penulis? Belum terlambat ke? Umur sekarang dah 33 tahun. tahun depan dah masuk 34. Tua je rase huhuhu. Tapi aku rase macam masih boleh je nak kejar cita-cita aku nan satu ni. Hehehe cuma kurang motivate je.

Salah satu sebab aku nak kembali berblog adalah nak improve skill menulis aku. Idea bersepah, nak menulis tu aku tak reti. Aku lebih suka follow ape yang keluar dekat kepala. Sudahnye ape yang keluar semua cacar marba dah macam bubur lambok. macam2 ada dalam tu hehehe.

oh ye aku ada tulis novel kat wattpad tapi confident tu xde nak publishkan. Since aku blog walking dekat blog kawan-kawan banyak yang review buku. Teruja pulak aku rasa. Tapi segann rase macam ada ke nak baca cerita aku. Huhuhu.

Korang rasa patut tak aku publishkan?

nah aku belanja sikit teaser chapter 1. Kalau ada yang sudi komen dan bagi kata2 semangat lagi bagus hehehe.

" Mak pergi rumah Kak Leha" Yasmin memberitahu. Penat matanya melihat Ana melilau kesana kemari mencari emaknya.
"Hah! Tu tak lain pergi membawang la tu." Getus Ana dalam hati. Langkahnya di hayun laju. Hatinya tak betah menunggu di rumah. Belum pun sempat sampai di rumah Kak Leha , dari jauh terlihat kelibat Cik Nor berjalan pulang.
"Amboiii bukan main lagi orang tua ni ye. Melenggang kangkung macam itik pulang petang. Dia tak tahu ke hati aku ni tengah sakit macam orang kalah perang." Bebel Ana sendiri.
------------------------------------
"Sejak bila mak cik pandai ambil kerja tuhan ni? Tak tahu ye  jodoh pertemuan tu semua urusan tuhan? Mak cik tak tak tahu ke? Atau mak cik sendiri nak jadi tuhan?" Ana tidak mahu kalah. Geram pula hatinya bila di sindir begitu. 
Haaa korang rase macamana patut tak aku publishkan hehehe. Minta pendapat sikit.


sekadar hiasan huhuhu



Tuesday, 10 September 2019

2019

Assalamualaikum.

Allahuuuuuu… Tahun 2019 tinggal beberapa bulan je lagi. Tak lama kemudian kita semua akan menjengah ke tahun 2020.

Tapii selepas 2 tahun baru aku kembali menulis entry di bulan 9. kah kah kah.. bukan lagi bersawang.. ni dah wajib di talkinkan aje blog ni huhu.

Anak aku pun dah masuk 4 tahun bulan 12 ni bahahaha. punya lah lama tak jenguk.

Ajeee handeiiii orang perak kateee.

ateee sampai sini dulu.. nnt kita update lagi tentang isu-isu semasa.

sekian bye byeeee..


Tuesday, 1 August 2017

dah 2017 masih malas lagi...

Assalamualikum

Berabukk bersawangg semua ada dah dalam blog ni,, punya la lama tak update, hakak tak bz tp malass. malass ya amatt nak menaip,, nak mengarang , nak cari idea.. semua malass.. pemalas tahap gaban. e, gaban pon rajin tau tak macam hakak yg totallyyy malasnyeee nauzubillahhhh,, hishh hakak pon heran ape ke hal nya malas sangat. mcm ade syaitonnn dalam badan ni, bahahahah!
.
hakak berazam mulai esok hakak takkan malas lagi. hakak akan bersungguh-sungguh untuk merajinkan diri untuk menjadi seorang yang rajin supaya dapat memberikan contoh dan teladan yang baik buat anak hakak manis yg hensem kacak lagi bergaya tu. 
.
oleh itu sampai disini coretan buat diri sendiri,, sape lagi nak baca bukan ada folower pon bahahah.. dah la malas nak tulis.

bye!

Tuesday, 22 November 2016

Kembali

Assalamualaikum,

Sejak ada anak ni memang payah sikit i nak berblog. Takde la busy cuma masa yang ada lebih banyak digunakan untuk berhuhuhu dengan si kecik.

Entahlah.. memang perasaan  mak-mak kot walau anak ada depan mata rase tak puas nak main,  nak cium , nak golek2 dengan anak hehehe over tak hakak!!

Muhammad Iman Mirza b. Muhammad Shahmil yg semakin bijak n semakinnn banyak akal. dah pandai merajuk dah pandai mengomel dah pandai tolong ummi kemas rumah(buat sepah) heheh

Ummi doa awak membesar menjadi anak yg soleh, anak yang berguna kepada agama dan bangsa dan berjaya dunia akhirat.

Aminnn


lot of love
ummi mirza yg jelita hehe

Wednesday, 2 March 2016

Muhammad Iman Mirza B. Muhammad Shahmil

Permata hati ummi n ayah. Anak Ayah dan Ummi yang di kasihi..

Semoga membesar sebagai khalifah yang taat kepada Allah dan kedua orang tuanya.

Ummi dan Ayah doakan mirza berjaya dunia dan akhirat dan semoga Ummi dan ayah juga berjaya mendidik mirza menjadi insan yg berguna pada agama bangsa dan negara..

ishh tetiba ummi touching plakkk huhuhu kejap je masa berlalu.. pejam celik pejam celik..esok anak ummi dah ada kat oversea.. further study.. bahahahha besor benor citer2 ummi nih..hihihi

ehh nak masaklahh byeee

pic dari baby dan masih baby lagi bahahah umur 1 hari sampey 2 bulan lebih.. syg anak ummi

yom cikeddddd..muahh muahhh









Saya kembali cuci habuk yg tertinggal hihih

Assalamualaikumm dunia

perghh berabokkkk.. punya lame x hapdate.. bahah

ermm ermm  harini update entry sebb nak simpan beberapa memori indah duka dan lara..
rasenyenye tak banyak duka lara. Adat berumah tangga.. bak kate pepatah usah berani berumah di tepian pantai andai takut di lambung ombak..e ceh ceh..madah pujangga pule hakakkk kannn. tapi betulkan..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pule suami isterii..ecehhhh lagi sekali.aumm mihihihi..

Andai terpadam kotak memori disinilah hakak kembali

cerita kisah kita.. alhamdulillah hakakkk dah bersalinnnnnn..normal..sakit oooo nangiss..dalam hati pasni tak mo beranak dah.. tapi dah pasang niat nak ada baby girl plak pas ni.hehehe

Baby boy hakak sangat kacak okehh sekacak namenye.."Muhammad Iman Mirza" cite2 beliau nak jadi cheff.. huhu sekarang umur beliau nak masuk 3 bulan dah.. mohon apaknye jgn lupe 15/3 ni ada appointment dekat klinik.

lagi nak citer pasal ape ye... ermm erm

ohoiiii..sekarang hakak dah naik pangkat tau.. Alhamdulillahh rezeki dari Allah.  Dulu kuli biasa sekarang naik pangkatttt jadi Pengurusssss... Pengurus dalam sektor rumah tangga..bahaha Sayalah Suri rumah tangga sepenuh masa dan suri di hati suami bahahah.. siapa nak caras sila langkah mayat sy dulu hihihi.

Seronok jadi suri rumah ni sebenarnye almaklumlah kita didik dan tengok anak membesar depan mata tapi satu je hakak lemahh.. hakak tak reti kemas rumah.. huaaaaa nangissssss.. kemas rumah mcm x kemas.  kene g kursus ni. ngeee
ehh dah dekat pukul 4 ptg la. tadi en.somi pesan suh masak la.. heheh moh la masak dulu lain hari sambung lagi.

ehh kate nak kongsi kisah duke lara..ateee xde pon lare nyeee kot ada pon biorla hakak simpan dalam hati. heheh


bye bye

yg benar

ibu mithali  ibu yg sejati

Cik Seri Puan Jelita Ainshah

Sunday, 10 May 2015

Roti Jala Penuh Kasih Sayang

Lemporbelakang#

Al-kisah petang semalam. Hasil tolong menolong antara satu sama lain hik hik hik.. maka terhasillah roti jala penuh kasih syg dari hakak dan en.somi mueheheheh
Mana tak penuh kasih syg nyeee.. akak menjala en.somi tolong lipatkan... sambil dia lipat pastu ngap masuk mulut diaaa.. hehehe

kemas kemain en.somi melipat hehhe

nak resepi??? senang je...

1. 3 cawan tepung gandum
2. 3 cawan air
3. 1 cawan santan
4. 1/2 cawan minyak masak or minyak jagung
5. 1 biji telur
6. garam sikit
7. gula sikit
8. pewarna kuning telur or kunyit

cara masak pon senang jeeee...

campur semua bahan diatas.. lepastu blander. pas blander tapis dulu supaya tepung yg berketul2 dapat di asingkan. haaa pastu boleh la menjalaaaaa. heheh

sebelum menjala sapu sikit minyak atas kuali nonstick tuuu
hehehhe selamat mencubaaaaaa

notabulukakikuygsiapbertrim:cicahkarisedapcicahkuahdurianponsedappppp



Saturday, 9 May 2015

Masak memasak..

Alhamdulillahh.. kenyanggg...brupppp.. heheh hakak baru lepas makan nasi.kenyang perut. Harini lunch lambat sikit sbb pagi tadi bfast pon lambat muehehhe. Sabtu minggu ni cuti takde pergi mana2 sbb adik ipar pinjam kereta.. Adahal katenye huhuhu.  So kami laki bini duk je diam2 kat rumah ni haaa. En.somi tengah layan hindustan hakak pulak tengah golek2 atas katil. Cantik punya perangai...lepas makan baring.. huhuhu hakak sakit pinggang duk lame2 huhu.. ibu mengandungkannnnn... haha ALASANNNN...

Harini hakak masak simple je untuk lunch. Suami request nak makan roti jala petang nanti so  untuk lunch bagus rase kalau masak je terus kari ayam. Nanti petang tinggal nak masak rotinye aje. heheh. Campak sane campak sini siap 2 menu untuk makan tengah hari iaitu Kari ayam menggoda dan kangkung goreng belacan meletup.. heheh En. somi kate " Ya Allahhhh sedapnye sape yg pandai sangt masakkk niiiii"  ayat bodek en.somi hehhe padahal kangkung tu termasin sikit... agaknye itu cara dia nak appreciate effort hakak untuk masakkan dia lunch walaupon dia tahu akak x berapa lalu nak memasakk. hehe..

Meh nak blanja gambor kari ayam ngan kangkung goreng belacan heheh


yehooooo dap dap dapnyeeee

notabulukakikuygsiapbertrim:pasni nak masak roti jale puleee.

Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...