Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, 10 December 2019

Makan Benda haram.

Assalamualaikum.. Selamat tengahari.

Amboi macam kontroversi je tajuk entry aku hari ni. Takdelah saja nak share kat korang benda jadi kat aku bulan lepas.

Staff: Ini je?

Aku: Ye ni je.

Staff : RM**.** (aku tak ingat berapa)

Aku: Ehh air milo dengan lolipop ni dah kira ke. (tanya sbb ada kat hujung kounter)

Staff: Dah kak (sambil masukkan barang dalam plastik)

.............................................................

Ni conversation aku masa pergi pasaraya beli barang bulan lepas. Aku tengok staff yang kira barang tu macam kelam kelibut. Buat keje pun tergesa-gesa. Sebelum pergi aku sempat minta resit. Biasa kalau aku beli barang sikit aku tak minta pun resit. Resit tu nanti jadi sampah je  dalam wallet. Orang perempuan ni kalau resit semua dia simpan dalam wallet. Sudahnya resit lagi banyak dari duit hehehe.

So lepas je beli barang aku terus pergi kedai mamak sebelah pasaraya tu sebab dak mirza dengan ayahnya dah tunggu kat situ. Ngetehhhh. hehe

Sesambil tunggu order sampai tergerak hati aku nak tengok resit beli barang tadi. Aku cek satu-satu. guess what takde pun lolipop and air milo anak aku dalam resit tu. Nasib baik aku minta resit. 

Aku pergi balik pasaraya tu dan tengok staff lain yang jaga kounter. Aku tanya mana staff yang jaga situ tadi. Oh da balik rupenya. Patut la kelam kabut buat kerja. Tak sabor nak balik rupanya.
Aku pun bagitau la kat staff yang jaga kaunter tu yang staff sebelum ni tak kira milo and lolipop anak aku.

Selesai bayar staff tu cakap terima kasih kat aku sebab jujur. Dia kata lolipop tu ada setengah customer dah makan pastu pergi letak balik dalam bekas dia pun ada. Minum air lepas tu letak balik dalam peti pun adaaa.

 Ada juga orang macam tu. Tak rase berdosa ke makan benda haram. Benda haram jadi darah daging nauzubillahhh.

Aku kalau tak tengok resit tu memang takkan tau ada barang yang tak berbayar. Mujur minta resit. Andai kata aku ni jahat boleh je kalau tak nak bayar, bukan ada orang tau pun. 

Mujur ada iman ada agama. Nak anak membesar dengan rezeki halal. Tak nak aku bagi anak makan benda haram. Haram la kalau tak bayar heheh.

Apa ya perasaan orang yang menipu, kaki scamm, bagi anak isteri makan duit haram. tak rase berdosa ke???

Sekian.


Thursday, 30 July 2015

SURAH ALAM NASYRAH

COPY PASTE YE..HAKAK ULANG LAGI SEKALI ni COPY PASTE.. untuk rujukan masa kini dan akan datang.. Tak hingat pulak ambil kat fb sape tapi yg pasti akak amik dari fb seseorg.

MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

Sebentar tadi saya selesai menonton Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek (cuba cari profile FB beliau, tapi tak jumpa). Tajuk menarik untuk hari ni - ANAK ANUGERAH ALLAH. Topik yang saya kira sangat relevan memandangkan senario keruntuhan sosial dan cabaran-cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan konsep pendidikan berlandaskan agama adalah yang terbaik dan juga penyelesaian untuk 1001 macam permasalahan sosial. Semoga sahabat-sahabat dan mungkin saya juga (jika diizinkan Allah) mampu menjalankan amanah ini berlandaskan apa yang seharusnya bagi memastikan generasi akan datang, adalah generasi yang terpelihara dari 1001 macam cabaran masa kini.

Okay, saya sebenarnya nak kongsi beberapa ilmu yang saya peroleh sebentar tadi.

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana :)






#mohon dihalalkan huhuhuhu

Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...