Saturday 28 June 2014

Harapan Ramadhan Raihan ft Man Bai

 Harapan aku sempena Bulan Ramadhan.. (^___^)

(Start)
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

Balik Kampung

Pejam celik pejam celik hari Sabtu dah. Macam tak percaya je esok da nak puasa.. Hari ni hakak nak balik kampung nak sambut puasa dengan mak.

Abah dah takde rase tak sampai hati nak biarkan dia sambut puasa sorang2. So hakak nekad balik kampung walaupun fulus tak berapa nak mengizinkan. Tapii hakak yakin duit boleh cari tapi mak kalau dah takde..takde sape boleh ganti..abah pon takde sape boleh ganti huhu.

Niat hati nak balik semalam tapi tiket untuk hari Jumaat malam semua dah sold out.. (T.T) so terpaksa balik hari sabtu

Nak balik kg tapi satu apa pon hakak tak pack lagi. Kemalasan tahap gaban melanda. prurrrr

Pada sesiapa yang kot2 terbaca entry ni hakakkk nak ucapkan "Selamat Berpuasa" puasa jgn tak puasa..

Nak tdo dah.. sakit pinggang duk lama2.

Bye. Adios.. Nuniteeee

Friday 27 June 2014

Pot Luck B4 Ramadhan

Cerita Hari ini..

Hari terakhir berkerja sebelum tiba bulan ramadhan office buat potluck. ok 2 3 hari ni hakak asek cerita bab puasa je kan.. mcm la puasa penuh.huhu

Tahukah korang potluck itu membawa maksud bawa makanan sendiri dan makan sendiri . Eh bukan , setiap orang diwajibkan bawak makanan dan makanan tu akan dikumpulkan dan dimakan beramai-ramai oleh ahli potluck . Haa baru betull

Potluck ni buat tengahari tapi bila aku sampai office pagi tadi tengok semua pon dah ngap ngap.. heheh hakak nampak ramai je yang ngap2 hakak pon join sekali hoho. Tapi sebab jam da pukul 9.05 am xde la duduk bertapa kat pantry tu. Sat g tak pasal2 kena plak ngan en. boss huhu.

Menu Potluck hari ni:

Bihun
Nasi goreng + Sambal kicap ikan bilis
Spaghetti
Nasi Impit
Nasi Putih
Ayam Asam Pedas
Kari ayam
Kuah Kacang
Popia Goreng
Donut
Honey Dew
Agar2 Milo
Sate
Kek.

Menu atas tu semua budak2 office yang bawa. Hakakkk? Err hakak bawa ermmm hakak bawa ermm macam malu je nak cakap hohohoh.. Hakak bawa AIR POTONG KAKI a.k.a Soft Drink hahaha.  al maklumlahhh hujung bulan.. huhu modal tak berapa nak ada.hohoho

Meh layan 2 3 keping gambor kami mentekedarah heheh








Heeheh tenkiu semua.. sedap makan hari nih huhu..Bye uols.. iolss tengah kerja sebenarnye.. heheh nak sambung kerja balik.. ta ta ti ti tu tu.. assalamualaikummm




Thursday 26 June 2014

I love You Daddy..

Feeling lonely. Too many thing come over my head. Huhuhu.. Puasa lagi 2 hari. No preparation sebab tahun pertama sambut puasa w/o abah disisi. To Allah we belong and to Him is our return. Kepergian Abah menemui penciptanya tersangatlah dirasai. Especially to my Emak. Bayangkan teman hidup dia for over 40 years and tiba2 hilang sekelip mata.

Sama juga dengan hakak. Selalunya setiap petang sebelum balik kerja abah mesti called. Sekarang tiada lagi. (T.T) sedih.. Kadang2 bila rindu tu datang hakakk menangis macam budak kecik. Merekot atas katil dengan air mata yg menjurai2 sambil panggil abah2. (I’m not lying.) hakakk pon tak sangka aku boleh jadi macam tu. Dosa banyak kat abah kot. Huhuh.


Pada yang masih punya abah, hargailah mereka selagi masih hidup. 


Saturday 14 June 2014

Rezeki Itu Milik Allah s.w.t

Alhamdulillah syukur. Malam nisfu syaaban walaupun dalam keuzuran hakak tetap berdoa dengan spenuh hati meminta segala kebaikan dan kerahmatan daripadaNya.

Hakak memohon pada Nya agar tempatkan arwah abah d kalangan Kekasih dan Hamba2Nya yg solleh.
Memohon supaya emak sentiasa kuat menghadapi hari2 yg mendatang tanpa abah di sisi. Hakak tau mak rindu abah. Aku pon rindu abah. Rindu sangat. Untuk Kakak dan abg hakak doakan semoga mereka sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t  dalam menjalani kehidupan masing2.

Doa untuk diri sendiri? Of course ada.. Hakakk memohon kepada Allah agar lapangkan rezeki hakakk, permudahkan jalan hidup , jauhkan dari segala kemungkaran dan panjangkan jodoh bersama en.tunang hingga ke jannah.

Masa berdoa untuk lapangkan rezeki tu rasa hakak doa bersungguh2 sangat. Terasa nikmat berdoa tersebut sebab esoknye ada 3 customer message nak beli baju.  3 customer selepas 2 minggu kedai online hakakk senyap tanpa pembelian. Mula2 rase biasa je tapi tiba2 ada satu perasaan halus menusuk kehati bila teringat semalam berdoa pada malam Nisfu Syaaban dan malam Jumaat.

Malam Nisfu Syaaban dan malam Jumaat adalah antara 5 hari yang mana doanya akan di makbulkan Allah s.w.t. dan aku merasai nikmatnya.. Alhamdulillah syukur sgt2 walaupun hanya 3 customer yg beli.

Terima kasih ya Allah..

Wednesday 11 June 2014

Lara Si Bunga

Cuba kau lihat di dalam mata ini
Andai ada cinta di hati
Rela aku di uji
Walau sakit yang menanti.

Wahai engkau yang bertakhta
Teruslah bersama mengukir ceritera cinta kita
Kan ku pegang erat supaya tak terpisah
Biar ribut melanda tak akan goyah kemana.

Dengarlah sang arjuna
Jangan biar aku merana
Kasih yang di rasa
Biar sampai ke SYURGA

#bunga lara