Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, 10 July 2020

Gaya macam busy.. tapi busy makan je.

Assalamuaikum semua.

Alhamdulillah harini diizinkan lagi aku untuk menulis. Thank you Allah. Tapi nak buh tajuk apa aku pon tak tau...

Setelah berbulan-bulan aku stop buat kuih dan nasi lemak untuk jualan pagi sebab dapat kejekan So stop la berniaga. Sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya  covid 19 melanda. Keje pun kena buang muahahaha. Takpelah aku anggap je Allah nak bagi rezeki lebih kat tempat lain huhuh.

Tempat lama aku berniaga nasi lemak dulu dah ada jiran take over jual nasi lemak kukus. Aku ok je.
Jiran a.k.a aku panggil Kak Jun just buat nasi lemak berlauk benda lain dia takde. So datang sorang jiran blok lagi satu pulak tumpang letak bihun dengan laksa dekat situ. Aku pula Kak jun called hari Rabu pukul 12 tengah malam suruh aku buat kuih. Hahahah ketawa aku..awat x cakap awal-awal. mana ada aku barang nak buat. Hari Khamis aku terlajak tido tak sempat buat kuih. So hari ni aku hantar donut dengan karipap. Alhamdulillah habis laku licin.Tolak komisen Kak jun 0.05 sen setiap sebiji kuih dapat la aku RM20.25 . Dapat duit terus masuk tabung hehehe.

Aku bangun pukul 5 am untuk buat kuih. Lepas subuh siap cecantik dalam pukul 7 am aku menapak ke kedai kak jun untuk hantar kuih. Balik kejut dak Mija bangun pergi sekolah. Pukul 8 am aku dengan laki aku pergi hantar dia pulak ke sekolah. Kalau korang baca ni , macam busy je aku kannn hehehe

Balik dari hantar mija laki aku tanya nak breakfast tak? Aku cakap "aku ikut je.." Tau tau dia bawak aku breakfast kat Puncak Jalil kedai "MAK CHIK" . Sebelum keluar kereta aku tanya siap-siap kat dia boleh ke aku order macam biasa. hehehe Dia cakapp orderrr leeee. Senyum sampai telinga aku ngeh ngeh ngehhh.

Apa yang order macam biasa tuu???

TARAAAAAAA!!! Roti kawennnnn banjirrrr satuuu. Roti kawen tu ape? heheh Roti telur 1 + Roti Kosong 1 dan kalau aku yang makan haruslah banjirrrrrrrrrrrrrrrrrrr.


ni pon tak cukup banjir. 


Tengah duk tunggu roti siap aku terpandang pulak tapai ubi.. Ya Allahhhh punyalah lama aku mencari tapai ubi ni. Sebelum PKP masa bawa mak mertua n makcik laki aku pergi pasar shah alam tu ada aku jumpa tapai ubi ni. konon masa nak balik baru beli , sekali lagi pusing dah tak jumpa kedainye heheh. Melepas aku. Apa lagi aku pun tanya, abgggggg nak tapai ubi bolehhhh. hehehe lagi sekali jawapan diaaa sangat memberansangkan, amikkkk laaaa. yahuuu lepas kempunana. Ya Allah kau murahkan lah rezeki suami ku . aminn


tapai yang menggoda iman aku pepagi.

Kekenyang aku hari ni, lepas balik breakfast aku suruh laki aku turunkan aku dekat kedai kak jun, sampai kedai kak jun ada pulak bihun goreng tauge. Allahhh.... di sebabkan aku ni seorang pecinta tauge amik la sebungkus makan kat situ. Maka kenyanglah perut aku untuk satu hari ni.

Belum pukul 10 am perut aku penuh macam nak meletup hahahah. Giler ape tah keje harini asek nak makan je.

Sian laki aku tengahari makan sensorang dia. Takpe la kot hari ni je makan sengsoran yang penting aku dah masak tengahati, hehehe

Tq sebab sudi baca. Aku xde idea nak letak tajuk apa. hehehe





Monday, 6 July 2020

Telur dadar je pun hehehe

Assalamualaikum semua,

Aku fikir dua tiga kali juga nak share video ni dengan korang. Malu pun ada maklum lah beginner.. hahahah

Al-kisahnye mana aku tau kalau nak record video tak boleh menegak. Aku pulak balun je merakam video menegak. Siap edit semua , aku pun tunjuk la kat laki aku tanya

 "banggg pelik tak video ni bila sampai intro?"

 Laki aku pun kabo "aah pelikkk mana ada orang record menegak"

"ngape abang tak bagitau acha, acha mana tau" aku balas.

"Kata nak jadi youtuber kena lah tau" laki aku jawab lebih kurang cenggitu.

Aku pun garu kepala yang memang tengah gatal. Cane ni..video dah edit, rugi lah aku berpeluh2 merakam tadi.

Setelah penat berfikir dan juga bersoal jawab dengan abang chik aku (dia pun youtuber), dia pun kabo apload je.

Maka aku pun buang perasaan malu dan teruskan dengan perasaan tak tau malu upload jugalah resepi  telur dada aku yang tak seberapa tu.

Harap sudi tonton like dan subscribe.

TELUR DADAR SEDAP DAN LEMBUT

Bahan:

Telur ayam
Bawang
Cili Padi
Lada Sulah
Mayonis

Cara masak:

Campur semua dan pukul rata. Panaskan minyak dan goreng macam biasa.

Hati-hati ye. Telur ni bila dah tambah mayonis dia jadi super lembut n gebu. so masa nak flip tu senang hancur. hati-hati. 

Selamat mencuba.


Please tonton dan subscribe.


Sunday, 5 July 2020

Cara-cara Masak Siakap Kengsom


Assalamualaikum semua,

Menu aku sekeluarga harini bukanlah Siakap masak kengsom ni, tapi tadi aku duk scroll gambar dalam handphone ternampak pulak gambar -gambar ni. Rupanya aku terlupa aku nak share kat sini. Seingat aku, aku share dekat fb je, tu pun gambar dah siap masak.

So jom aku share resepi kengsom yang mudah dan simple ni. Yang pentinggg sedappppp.


Bahan A.

Ikan siakap 1 ekor.
Nenas
Kangkung
Serai
Limau Nipis.



Bahan B. (Untuk kisar)

Bawang putih
Bawang merah / Bawang besar
Kunyit Hidup
Belacan (xde dlm gambar)
Kunyit Hidup
Cili padi + Cili Merah Besar



Cara Memasak

1.Masukkan bahan kisar dalam periuk dan tambah air ikut kesesuaian.
2. Tunggu mendidih Masukkan nenas, serai, ikan.
3. Tunggu mendidih lagi sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
4. Da masak tutup api baru masukkan kangkung dengan perahan limau nipis.

Kenapa masuk kangkung last sekali??? sebab nak biar dia rangup gitew. takde la lembik kangkung tu.

So selamat mencuba semua. 

Channel youtube besok baru aku update video baru. jangan lupa subscribe ye. 

Sunday, 28 June 2020

Nasi Beriani masak dalam kuali non stick aje.

Assalamualikum semua.

Menu untuk makan tengahari tadi nasi beriani dengan ayam masak merah. Alhamdulillah nasi sedap ayam masak merah pun shoo shedapppp hehehe.

Harini mood swing sikit walau pun menu terangkat. Biasa lepas aku tumis aku akan pindahkan dalam periuk nasi tapi harini punya malas , aku masak je dalam kuali. hahahah

Masak dalam apa pun tak penting yang penting sedap. Nasi beriani aku simple je sebab guna perencah nasi beriani dari meggi. 100% aku follow je resepi dekat belakang perencah tu. Cuma bab air tu je kena pandai adjust dan aku tambah daun pandan buat nasi lagi wangi. 

So kalau yang beginner tak reti masak pun boleh pandai masak nasi beriani. Rasa sedap kena dengan selera aku yang memang kaki makan ni. Suami pun kata sedap. Dak mija pun suka.

Ayam masak merah guna resepi campak-campak and agak-agak aje. cong ceng cong ceng siap. 

Done! makan. kenyang perut suka hati.heheh

Siapa yang tak pernah cuba boleh cuba perencah nasi beriani meggi.

Selamat mencubaaa.


ayam masak merah.


Nasi Beriani

Saturday, 22 February 2020

Cara makan megi zaman universiti.

Assalamualaikum..hi kawan2... Dua tiga harini tak sihat. Perut meragam dan makan pun tak tentu hala.

Aku dah sakit perut dekat seminggu. Ceri beri. 

So ceri beri aku ni boleh dikatakan dekat seminggu juga le. Huhuhu...

Stress pula aku. Mana tak stress, ceri beri kalau sekali je takpe tapi berkali2 .. nak kata keracunan , xde pula aku muntah². Nak kata makan pedas pun sekali sekala je kot. 

Hari khamis hari tu aku dah rase seram sejuk kat office, aku bagitau dekat bos nak pinjam themormeter , nak cek suhu tapi aku macam di perlekehkan pula.. " takpe boleh buat keje lagi" lebih kurang macam ni la jawapan yang aku dapat.

What the heckkkk... Aku nak pinjam sbb nak cek suhu bukan aku tak nak buat keje.

Dua kali kot aku minta tapi di gelakkan dan di senyum sinis aje.. kecewa siottt. Sakit hati aku.  

Balik keje aku memang gigil habis and aku decide mc hari jumaat. Padan muka depa. Muahahah. 

Alhamdulillah dapat la rehat 3 hari ni. 

Aku sedih layanan kat opis tu macam hare sikit... sepanjang aku keje boleh nampak dia punya layanan antara staff tu berbeza2. 

Hmm eh terluah perasaan pula. Niat aku tadi nak update dinner malam ni .lain pula perginye hehe.

Malam ni tak tau nak makan ape. So ini je yang boleh buka selera aku.

Jemput tengk semua hehehe.

megi asam laksa sama nasi putih. Ni makan aku masa kat unisel dulu. Heheh 
Sedap tau. Sape tak pernah cuba, boleh la sesekali cuba makan dengan nasi. Sedappp

Sunday, 16 February 2020

Donut gebu segebu tukang uli buat minum petang.

Salam ahad... Last day cuti untuk minggu ni. Besok dah masuk keje seperti biasa.

Harap hati terus kuat untuk kerja. Maklum le..selepas 5 tahun jadi suri rumah tangga sepenuh masa tetiba tahun ni jadi orang berkerjaya. Seronok tapi belum biasa dengan persekitaran baru kat tempat kerja. 

Hati kadang meronta nak duk je kat rumah, memandangkan takde sokongan kewangan yang kukuh kene juga keje.

Masa berniaga nasi lemak haritu pun ok tapi jalan tutup pula. Jualan pun slow. So stop la dulu meniaga.Alhamdulillah dapat kerja, kalau tak lagi haru kot. 

Tapiiiii tu laaaa hatiii niiiii asekkkk tertinggal kat rumah. Huaaaaaa.

Korang doakan aku terus bertahan ye. Heheheh. Sekarang nak cari keje bukan senang. Tambah orang dah kawen ni lagi jarang orang nak ambil kerja.

So bila kerja aku jarang dapat masak sesedap untuk anak aku . Harini buat kuih sesama dengan dak mija. 

Aku suruh buat donut, dia sebuk nak buat karipap. Naik angin pulak aku..hahahah last aku bagi je dia main acu karipap dgn doh donut . 

Minum petang yang simple aje harini..Alhamdulillah..kenyang dapat juga bagi jiran 6 ketul. Heheheh.

Selamat menjamu mata. 

Siap doh.
Doh sudahhh gebuu segebu tukang uli hahah.
penampakan DKU ...donut kurang upaya.hehe
Siappppppp.



Saturday, 15 February 2020

Menu tengahari yang terangkat.

Yeahhh.. salam sabtu.  Hari ni berkesempatan nak masak dengan tenang heheh.

Alhamdulillah...sedap sangat makan hari ni. Terutama sekali sup pedas cendawan enoki tu.. huuu suami siap hirup kuah giteww.

So menu hari ni sup pedas cendawan enoki, ayam masak sambal, kerang rebus, sotong bakar & sambal manis pedas berapi. Hahah boleh cirit bentet dia punya super pedasss wakakak.

Kerang dengan sotong tu beli sikit je buat makan sendiri. Maklum le laki teman ada gaut.. kang beli banyak join sekaki pula dia nanti.. tak memasal tak boleh berjalan hehehe.

Alhamdulillahhhh kenyang untuk hari ni.. Ada ke yang nak resepi sup pedas?? Kalau ada boleh roger ok hehehe. Nanti boleh share. 



                       Sup pedas

.                     Ayam sambal

      sotong 3 ketoi n kerang rm2 hahaha 

                 Sambal ni nampak buruk 
               tapi paduuuuu.

Sunday, 15 December 2019

Nasi goreng Cina Hujan Cintee Gitewww.


Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu buat semua follower and reader.. ecehhh macam banyak je readerrrkann hehehe.. In sya Allahhh one day mana tau semua orang baca blog aku.. hihihi 

Rutin mak-mak di hujung minggu, orang lain tak bangun lagi , dialah yang paling sibuk bersilat kat dapur untuk sediakan breakfast. 

Termasuklah aku mak anak sorang ni.  Harini buat breakfast simple je. Nasi goreng Cina. Request dari laki aku semalam. 

Malam tadi dia pesan suruh masak nasi siap-siap, so bila bangun boleh terus masak. Aku dengar je dia cakap semalam tapi bak mencurah air di daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. heheh. 

Terlupa nak masak nasi semalam , pagi ni terkocoh-kocoh  masak nasi putih dulu. 

ALhamdulillah  awal juga siap nasi goreng cina aku. 

Jom aku belanjaaa.. tapi belanja gambar je lah hehehe.



cing cing cing bunyi sudip dan kuali bersatu hehe


ini cara aku.. berenang-renang telur dalam kuali.


nyamm nyammm.. sedappp.. maka siaplah Nasi Goreng Cina Hujan Cinta gitewww.

ermmm pandai aku masakk hehehe

Tuesday, 10 December 2019

Asam Pedas Ayam Campak-Campak & Rebus Bendi Sambal Belacan.

Alhamdulillahhh.. kenyang makan nasi hari ni. Korang semua dah makan? Aku doa saat korang terbaca posting ni perut korang dah kenyang hehe.. Kalau tak berdosa pula rasa hati buat korang lapar heeeee.

Lambat sikit aku masak hari. Terlupa nak keluarkan ayam awal-awal. Terpaksa tunggu 2 3 jam sampai ayam lembut. heheh

Menu hari ni semua main campak-campak je. Asam pedas ayam dan rebus bendi cicah sambal belacan.

Kalau ada yang nak resepi asam pedas versi aku boleh drop komen kat bawah. In sya Allah nanti aku share.

Buat korang yang baru nak makan. Selamat menjamu seleraaaaa.





Asam pedas ayam aku ada terung heheeheh


haaa ini yang paling padu. Sambal belacan memerut namanya. lepas makan sakit perut. hahaha
pedas ya ampunnnnnn.


Tuesday, 3 December 2019

Ayam Masak Kicap

Salam tengahari..

Dah lama rasanya tak makan ayam masak kicap.

Harini melunasi keinginan tekak. Rupanya hitam kelat tapi rasenye aummmm boleh bisa buat mak mertua naik gilerrrr sebab menantu makan tak tinggal kat dia sikit pun.. halahhhh gitewww..sedap sangat le konon nye tu..

Eh sedap la juga kat tekak aku. Hehehe. Simple je makan hari ni. 

Resepinya pun semudah yeeyybbbbcccc.😂

            Ayam masak kicap seanggun
                      Tukang masak.🤣

Thursday, 20 August 2015

Kuih Gelang a.k.a Kuih Keria

Hari ini 19.08.2015.. tapi lagi 6 minit nak masuk 20.08.2015 wahahahha... Baru berkesempatan hakak nak hupdate blog.. Lame dah teringin nak update tp mood asek ke laut dalam di tambah pulak penyakit M melanda.. Memang tak la jenguk blog nih. heheh

Harini hakak cuti keje.. sakit tangan ngan kaki tapi sebenarnye malas g keje je lebih tuu..huhu .. So memandangkan hakak ada kat rumah sehari suntuk teringin plak nak masakkan en.somi kuih untuk santapan minum petang..  hik hik hik..... rajin tak hakak....

Berbekalkan kerajinan yang diluar dari kebiasaan..maka untuk minum petang en.somi terhasil la kuih tradisional yg berasaskan ubi keledek iaituu jeng jeng jengggg KUIH KERIA a.k.a Kuih gelang. Hasilnye.. hohhhh opkos lah mengancam... nak resepi??? senang jehhh... meh hakak belanja resepi..

Kuih Keria a.k.a Kuih Gelang

Bahan2

1.Ubi keledek 3 ketui (akak suka yg oren)
2. Tepung gandum 3 sudu makan (penuh)
3. Garam secubit
4. Gula untuk buat Sira gule

Cara Masak?

Follow gambar yang hakak belanja nih... hehhe


1. Rebus ubi sampai empuk


2. Lepas buang kulit ubi.. lecekkan ubi sampai lunyai.. hik
hikkk hikk!


3. Garam secubit

                                      
                                                                 
         4. Masukkan tepung gaul sebati sampai jd doh mcm gambor kat bawah
ni hehehh


5. Jeng jeng jengg doh kalau lembik sikit takpe.
baru sedap nak kunyah ngeee


6. Buat bulat2 macam donut tu..


7. Pastu panaskan minyak n goreng keemasannn.. nanti boleh
gadaiiii wakaaka!


8. Erkkk yang ni dah siap goreng tapi xleh gadai
hik hik hik !


9. Untuk buat sira gula..
panaskan kuali isi air dalam 4 sudu besar
n gula 3 sudu besar. kacau sampai mendidih
dan masukkan kuih yg dah siap di goreng.
kacau sebati pastu tutup api gas dan kacau sampai kering
dan berkerak gule.

10..... Hasilllllllnye nantiiii akak jadi cenggini...


hehehh rupe x berapa nak lawa.. tapi rase sedapp
òooooo


Selamat mencubaaaaaaa!!!






Sunday, 10 May 2015

Roti Jala Penuh Kasih Sayang

Lemporbelakang#

Al-kisah petang semalam. Hasil tolong menolong antara satu sama lain hik hik hik.. maka terhasillah roti jala penuh kasih syg dari hakak dan en.somi mueheheheh
Mana tak penuh kasih syg nyeee.. akak menjala en.somi tolong lipatkan... sambil dia lipat pastu ngap masuk mulut diaaa.. hehehe

kemas kemain en.somi melipat hehhe

nak resepi??? senang je...

1. 3 cawan tepung gandum
2. 3 cawan air
3. 1 cawan santan
4. 1/2 cawan minyak masak or minyak jagung
5. 1 biji telur
6. garam sikit
7. gula sikit
8. pewarna kuning telur or kunyit

cara masak pon senang jeeee...

campur semua bahan diatas.. lepastu blander. pas blander tapis dulu supaya tepung yg berketul2 dapat di asingkan. haaa pastu boleh la menjalaaaaa. heheh

sebelum menjala sapu sikit minyak atas kuali nonstick tuuu
hehehhe selamat mencubaaaaaa

notabulukakikuygsiapbertrim:cicahkarisedapcicahkuahdurianponsedappppp



Sunday, 21 December 2014

Cheat Day - Kuew teaw goreng

Tak  nak  tulis  panjang2 . . Meh  layan  resepi  Kuew  teaw  goreng  sedap  hingga  menjilat pinggan  nih  hhe he he

Bahan2

Kuew Teaw
sawi
carot
tauge
cili  kering  (siap  blend )
isi  ayam
udang
sos  tiram
kicap  mee
air  rebusan  udang
sedikit  garam
serbuk  perasa
Minyak  masak

Cara  memasak :

1. Panaskan  minyak  dan  tumis  cili  kering  yang  sudah  di  blend sehingga  wangi .
2. Masukkan  isi  ayam, sawi  dan  carot. Tumis  sehingga sawi  kelihatan layu.
3. Tambah sos  tiram dan  air  rebusan  udang sehingga mengelegak .
4. Masukkan  udang dan  tambah  garam  dan  serbuk  perasa  secukupnye.
5. Masukkan  Kuew  Teaw  dan  tambah kicap  mee  secukupnye.
6. Setelah  hampir  masak  masukkan  tauge . Kacau  sebentar dan  bolehlah  tutup  api    dapur.
7. Pindahkan kedalam  pinggan  dan  tabur  sedikit  daun  bawang .
8. Bawa  pinggan  ke  hadapan  TV  dan  bolehlah  makan  sambil tengok  running  man . .muehehhe

Selamat  mencubaaaaaa .



Notabulukakikuyanglurussiapbertrim: brurrrrrrr kenyanggggg heheh



Wednesday, 6 August 2014

Spaghetti Carbonara Mushroom Penuh Kasih Sayang Lemak Berkrim.

#Patahbelakang

Tu diaaaa... berjela panjangnya nama menu resepi hakak kali ni. Entry sebelum ni hakak ada bagitahu yg tunang hakak request nak makan spaghetti. Hakak dengan en.tunang tak suka makan spaghetti bolognese sbb tak kena dengan tekak kami.

Sabtu hari tu habis kerja terus menapak ke Giant membeli bahan2 keperluan. Selepas beli hakak terus belah balik rumah.huhu menapak lagi.. letih tau jalan kaki tapi sayang punya pasal hakak gagahkan jua.ngeeee

So sape yg berminat nak masak spaghetti carbonara mushroom penuh kasih sayang lemak berkrim yang simple lagi sedap ni boleh la refer resepi kat bawah ni ye. heheh

Bahan2 (4 org makan)

1 Tin preggo carbonara mushroom 
½ tin susu sejat penuh berkrim heheh
1 mangkuk Isi Ayam (hiris nipis) 
10 ekor Udang (buang kulit) 
Sosej (6-7 btg potong kecil2) 
Serbuk lada hitam
 Garam (optional) 
1 biji bawang besar (potong dadu) 
4 biji bawang putih (potong dadu) 
2 sudu besar minyak masak
 ¾ cawan air

Cara Memasak

*Rebus spaghetti dan campurkan sedikit minyak masak untuk mengelakkan dari melekat.

1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan bawang sehingga wangi. 
2. Masukkan sosej, isi ayam dan udang. 
3. Masukkan 1 tin preggo carbonara mushroom dan kacau sebati dengan bahan2 lain. 
4. Tambahkan air dan susu sejat (air tambah kalau tak nak kuah terlalu pekat) 
5. Kacau sehingga masak. Sebelum tutup api tambahkan serbuk lada hitam sesedap rase. 
6. Tambah garam kalau tawar .


Nota Kaki: Hiasan dan menambah rase sedap hakak tabur daun ketumbar. heheh oh ye lagi satu nak menambah kemarvellousannye uols taburlah parmesan cheese. heheh

Meh hakak belanja gambar yew..


nyumm nyumm nyumm

Saturday, 2 August 2014

Laksa Kuala

Assalamualaikummmm.. Tuan tanah nak kongsi resepi laksa kuala yg sedap sehingga menjilat mangkuk. heheh. Al-Kisahnye semalam officemate hakak duk cerita pasal laksa,tetiba hakak rase mcm teringin pule nak makan. Hakak ni bukan boleh kalau teringin mesti nak kena makan juga. Lepas kerja hakak pon hayunlah kaki pergi ke Giant untuk beli barang. Sayang seribu kali sayang.. bahan yang hakak cari tak cukup puleee.. bunga kantan takdokk. huhu so akak masak jelah dengan bahan ape yang hadoo. Walaubagaimana pon laksa hakak tetap meletop. heheh pada yang teringin nak masak laksa. ni hakak ada kongsi resepi

Bahan Kuah Laksa:

1 kg ikan sardine/kembong/ikan selayang
1 tin ikan sardine cap ayam brand
2 kuntum bunga kantan, belah 2
1 ikat daun kesom. hakak panggil daun cendohom hehe
2 batang serai
4-5 asam keping
3/4 cawan cili kisar
1 inch belacan dikisar bersama cili kisar
Serbuk perasa
Garam sesedap rasa
Air Secukupnye

Bahan ulaman

Timun
Daun Salad
Cili Padi/ Cili Merah
Bawang besar
Limau Kasturi

Bahan Utama:

Mee Laksa. Kalau xde mee laksa bukan laksa namenye.he he he. Laksa korang boleh pilih nak yang kering atau basah. Hakak suka yang basah dari yang kering huhu.

Cara Memasak:

1. Siang ikan, cuci bersih dan rebus sehingga masak.Pastikan air di tuang sehingga ikan tenggelam. Sejukkan     ikan dan asingkan isi dan tulangnye. Air rebusan jangan buang ye.Tapis dan masukkan dalam periuk yg         korang nak guna untuk masak kuah laksa ni. Siap asing, gunaka air rebusan sedikit  untuk blend isi ikan         dan sardine dalam tin (amik isi saje ye).Tulang ikan sila jangan buang sebab itu pon nak di blend juga tapi       guna air biasa je ye.bukan air sirap huhu. Selesai sesi memblender isi  dan tulang ikan uols boleh                     campurkan ke dalam air rebusan tadi.

2. Masukkan semua bahan kisar, asam keping, bunga kantan, serai dan daun kesom. Biarkan mendidih

3. Masukkan serbuk perasa dan garam sesedap rase korang ye dan biar mendidih sehingga masa.

4. Dah settle semua korang boleh isi laksa dalam mangkuk, hiaskan dengan ulaman, telur rebus dan letaklah       kuah yang sedap lagi ohsem nih. huhuhu



Selamat Mencuba semua. Pagi tadi hakak punya tunang talifon dia cakap macam nih "acha masak spaghetti hari nih" hohoho so pasni hakak nak g cari barang masak spaghetti pule.. sape nak ikot?? angkat kaki.. heheh byeee


Friday, 1 August 2014

Instant Ketupat Palas & Kari Ayam

Semalam masa tengah keje hakak dapat called dari housemate mintak tolong masakkan pulut & kari ayam. Teringin nak makan katenye. Sebenarnya kawan hakak ni tak balik beraya tu yang ngidam nak makan pulut tu. Kebetulan dia puasa pule semalam. Tapi hakak bgtau dia kalau nak masak pulut ni makan masa takut lambat pule nak berbuke puasa nanti.

So hakak belikan dia instant ketupat palas cap NONA. Balik dari membeli belah semua barang hakak terus masak.

Hakak nak kongsi sikit resepi Kari Ayam yang simple dan sedap nih.:

KARI AYAM (untuk 2 org)

Bahan2

1/4 ayam (Potong kecik2)
1 kotak santan cap ayam brand / 1 cawan santan segar
3 biji kentang di belah 4.
2 batang daun kari*
2 biji bawah merah (racik halus)*
3 biji bawang putih (racik halus)*
1/2 inch halia (racik halus)*
1 sudu besar cili giling
3 sudu besar serbuk kari (campurkan dengan air)
2 sudu besar minyak masak
asam jawa sesedap hati
garam ikot suka

Cara-Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan semua yang  bertanda * sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili giling tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang sebatikan bersama rempah kari selama 5 minit.
4. Masukkan ayam dan biarkan sehingga separuh masak dan kemudian masukkan santan, asam jawa dan        garam secukup rase.
5. Kacau sekejap dan biarkan sehingga  masak. Nak sedap lagi boleh tambah tomato ye.

Untuk resepi ketupat palas segera uols boleh refer kat belakang pembungkus ketupat tu ye..

SELAMAT MENCUBAAA.. ngeeeee

Bahan2 nye.. 


hahahah buruk benar rupa anak dara hidang makan. Brurrrr kenyang tgk gambar heheh

Semoga berjaya untuk semua yg mencuba  :)

Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...