Monday, 2 December 2019

Suara misteri minta TOLONGGGG!!!

Assalamualaikum..

Entry pertama dibulan December. OMG pejam celik pejam celik dah hujung tahun. Masa bukan lagi berjalan tapi dah berlari laju. Sekejap je dah nak habis tahun 2019. Tak lama lagi kita menjengah ke tahun 2020.

Semalam buka group wassap family "warisan mak andak", tengok ada mesej dari kakak no 2. Dia tanya " Dah tau ke siapa yang menjerit minta tolong masa takde letrik tadi?". Soalan tu kakak aku tuju kat emak aku. Oh ye.. kakak aku ada kat kampung masa kejadian ni.

Aku ni jenis curious, walaupun takde kat kampung still nak tau. Tambah kakak aku tinggalkan soalan macam tu. Emak pula senyap tak reply. Aku pon gelabah lelemak nak tau cerita hehehe.

So aku decide telifon mak kat kampung, tapiiii hampaa hendak ku kataaa telipon emak takde siapa yang angkat. huhuhu.

Aku telifon pula kakak sulung aku. Nasib dia angkat. Aku pon ape lagi tanya dia kot-kot dia tau cerita. Maklum le dia dekat dengan umah kakak aku no 2. Alahaiiii dia pun tak tau rupanya.

Aku ni nak tau just telifon mak je tapi kakak sulung aku ni level nak tau dia sampai satu kampung dia telifon bahahah tapi hampeh katanyaaa sorang pun tak angkat. hahah kesiann.

Aku bawak bertenang sekejap. Duduk relax layan dak mija main henpon lepas tu baru cuba telifon kakak no 2 aku tu... Alhamdulillah sekali call je dah angkat hahah. Bising dia telifon berbunyi dari tadi. Nak g beli barang pun tak senang katanya.. Hahahah kisah pulak aku kan.. orang nak tau citer ni.,

So citer dia macam ni..

Lebih kurang pukul 6:30 am macam tu satu kampung takde letrik so memang bergelap la time tu, masa tu abg ipar aku dah balik dari sembahyang subuh jemaah kat masjid. So masa tengah bergelap satu kampung ni tetiba dengar orang menjerit minta tolong.

TOLONGGGG!!!!TOLONGGGG!!!TOLONGGGG!!! kakak aku kata kuatttt dan lama sangat orang tu minta tolong. Sampai diorang yang kat dalam rumah pon takut and seram sebab tak nampak orang yang minta tolong tu.

Sudahnya senyap gitu je. Sampai jadi tanda tanya siapa yang minta tolong.

So tanya kakak aku yang no 2 ni pon dia tak tau siapa, tggu jawapn dari mak je.

So nak tau kene tunggu emaklah jawabnya. dah la telifon selalu tak berangkat huhuh..

Penasaran ni anaknye nak tau siapa yang menjerit minta tolong tu huhuhuhu.

nanti dah tau siapa aku update entry baru heheh.

Bye adiossss.

pic pinjam google.


4 comments:

  1. satu kampung ke dengan orang tolong-tolong tuh? misteri jugak tuh..

    ReplyDelete
  2. Berdebar-debar juga ni..siapakah.

    ReplyDelete
  3. aisehhh halloween dah lepas laa. ni dah nak dekat krismas. santalah kot tersangkut dekat mana-mana lubang jamban hehe. nanti update okey. nak juga tahu siapa haha

    ReplyDelete
  4. Alamak...kita yang baca ni nak tau plak siapa yang menjerit mintak tolong...salam kenal..i follow u...

    ReplyDelete