Alhamdulillah hari ni dapat masak makanan yang di minta en.somi. Biasanya selalu dia minta lain yang aku masak hehehe. Ini pun terpesong juga ni sebab asalnya laki aku minta bihun sup tapi aku upgrade jadi bakso bahahaha.
Laki aku kata sedap. Alhamdulillah menepati citerasa dia. Pada aku sedap juga cuma kalau masin sikit lagi baru sedap. huhhuhu
Papepun yang penting tekak suami dulu diambil kira. tekak aku telan je semua . Tolak batu dengan kayu je. heheh
So korang kalau takde idea nak masak boleh la cuba masak bakso hehehe.
Alhamdulillah harini diizinkan lagi aku untuk menulis. Thank you Allah. Tapi nak buh tajuk apa aku pon tak tau...
Setelah berbulan-bulan aku stop buat kuih dan nasi lemak untuk jualan pagi sebab dapat kejekan So stop la berniaga. Sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya covid 19 melanda. Keje pun kena buang muahahaha. Takpelah aku anggap je Allah nak bagi rezeki lebih kat tempat lain huhuh.
Tempat lama aku berniaga nasi lemak dulu dah ada jiran take over jual nasi lemak kukus. Aku ok je.
Jiran a.k.a aku panggil Kak Jun just buat nasi lemak berlauk benda lain dia takde. So datang sorang jiran blok lagi satu pulak tumpang letak bihun dengan laksa dekat situ. Aku pula Kak jun called hari Rabu pukul 12 tengah malam suruh aku buat kuih. Hahahah ketawa aku..awat x cakap awal-awal. mana ada aku barang nak buat. Hari Khamis aku terlajak tido tak sempat buat kuih. So hari ni aku hantar donut dengan karipap. Alhamdulillah habis laku licin.Tolak komisen Kak jun 0.05 sen setiap sebiji kuih dapat la aku RM20.25 . Dapat duit terus masuk tabung hehehe.
Aku bangun pukul 5 am untuk buat kuih. Lepas subuh siap cecantik dalam pukul 7 am aku menapak ke kedai kak jun untuk hantar kuih. Balik kejut dak Mija bangun pergi sekolah. Pukul 8 am aku dengan laki aku pergi hantar dia pulak ke sekolah. Kalau korang baca ni , macam busy je aku kannn hehehe
Balik dari hantar mija laki aku tanya nak breakfast tak? Aku cakap "aku ikut je.." Tau tau dia bawak aku breakfast kat Puncak Jalil kedai "MAK CHIK" . Sebelum keluar kereta aku tanya siap-siap kat dia boleh ke aku order macam biasa. hehehe Dia cakapp orderrr leeee. Senyum sampai telinga aku ngeh ngeh ngehhh.
Apa yang order macam biasa tuu???
TARAAAAAAA!!! Roti kawennnnn banjirrrr satuuu. Roti kawen tu ape? heheh Roti telur 1 + Roti Kosong 1 dan kalau aku yang makan haruslah banjirrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
ni pon tak cukup banjir.
Tengah duk tunggu roti siap aku terpandang pulak tapai ubi.. Ya Allahhhh punyalah lama aku mencari tapai ubi ni. Sebelum PKP masa bawa mak mertua n makcik laki aku pergi pasar shah alam tu ada aku jumpa tapai ubi ni. konon masa nak balik baru beli , sekali lagi pusing dah tak jumpa kedainye heheh. Melepas aku. Apa lagi aku pun tanya, abgggggg nak tapai ubi bolehhhh. hehehe lagi sekali jawapan diaaa sangat memberansangkan, amikkkk laaaa. yahuuu lepas kempunana. Ya Allah kau murahkan lah rezeki suami ku . aminn
tapai yang menggoda iman aku pepagi.
Kekenyang aku hari ni, lepas balik breakfast aku suruh laki aku turunkan aku dekat kedai kak jun, sampai kedai kak jun ada pulak bihun goreng tauge. Allahhh.... di sebabkan aku ni seorang pecinta tauge amik la sebungkus makan kat situ. Maka kenyanglah perut aku untuk satu hari ni.
Belum pukul 10 am perut aku penuh macam nak meletup hahahah. Giler ape tah keje harini asek nak makan je.
Sian laki aku tengahari makan sensorang dia. Takpe la kot hari ni je makan sengsoran yang penting aku dah masak tengahati, hehehe
Tq sebab sudi baca. Aku xde idea nak letak tajuk apa. hehehe
Aku fikir dua tiga kali juga nak share video ni dengan korang. Malu pun ada maklum lah beginner.. hahahah
Al-kisahnye mana aku tau kalau nak record video tak boleh menegak. Aku pulak balun je merakam video menegak. Siap edit semua , aku pun tunjuk la kat laki aku tanya
"banggg pelik tak video ni bila sampai intro?"
Laki aku pun kabo "aah pelikkk mana ada orang record menegak"
"ngape abang tak bagitau acha, acha mana tau" aku balas.
"Kata nak jadi youtuber kena lah tau" laki aku jawab lebih kurang cenggitu.
Aku pun garu kepala yang memang tengah gatal. Cane ni..video dah edit, rugi lah aku berpeluh2 merakam tadi.
Setelah penat berfikir dan juga bersoal jawab dengan abang chik aku (dia pun youtuber), dia pun kabo apload je.
Maka aku pun buang perasaan malu dan teruskan dengan perasaan tak tau malu upload jugalah resepi telur dada aku yang tak seberapa tu.
Harap sudi tonton like dan subscribe.
TELUR DADAR SEDAP DAN LEMBUT Bahan: Telur ayam Bawang Cili Padi Lada Sulah Mayonis
Cara masak: Campur semua dan pukul rata. Panaskan minyak dan goreng macam biasa. Hati-hati ye. Telur ni bila dah tambah mayonis dia jadi super lembut n gebu. so masa nak flip tu senang hancur. hati-hati. Selamat mencuba.
Menu untuk makan tengahari tadi nasi beriani dengan ayam masak merah. Alhamdulillah nasi sedap ayam masak merah pun shoo shedapppp hehehe.
Harini mood swing sikit walau pun menu terangkat. Biasa lepas aku tumis aku akan pindahkan dalam periuk nasi tapi harini punya malas , aku masak je dalam kuali. hahahah
Masak dalam apa pun tak penting yang penting sedap. Nasi beriani aku simple je sebab guna perencah nasi beriani dari meggi. 100% aku follow je resepi dekat belakang perencah tu. Cuma bab air tu je kena pandai adjust dan aku tambah daun pandan buat nasi lagi wangi.
So kalau yang beginner tak reti masak pun boleh pandai masak nasi beriani. Rasa sedap kena dengan selera aku yang memang kaki makan ni. Suami pun kata sedap. Dak mija pun suka.
Ayam masak merah guna resepi campak-campak and agak-agak aje. cong ceng cong ceng siap.
Done! makan. kenyang perut suka hati.heheh
Siapa yang tak pernah cuba boleh cuba perencah nasi beriani meggi.
Salam ahad... Last day cuti untuk minggu ni. Besok dah masuk keje seperti biasa.
Harap hati terus kuat untuk kerja. Maklum le..selepas 5 tahun jadi suri rumah tangga sepenuh masa tetiba tahun ni jadi orang berkerjaya. Seronok tapi belum biasa dengan persekitaran baru kat tempat kerja.
Hati kadang meronta nak duk je kat rumah, memandangkan takde sokongan kewangan yang kukuh kene juga keje.
Masa berniaga nasi lemak haritu pun ok tapi jalan tutup pula. Jualan pun slow. So stop la dulu meniaga.Alhamdulillah dapat kerja, kalau tak lagi haru kot.
Tapiiiii tu laaaa hatiii niiiii asekkkk tertinggal kat rumah. Huaaaaaa.
Korang doakan aku terus bertahan ye. Heheheh. Sekarang nak cari keje bukan senang. Tambah orang dah kawen ni lagi jarang orang nak ambil kerja.
So bila kerja aku jarang dapat masak sesedap untuk anak aku . Harini buat kuih sesama dengan dak mija.
Aku suruh buat donut, dia sebuk nak buat karipap. Naik angin pulak aku..hahahah last aku bagi je dia main acu karipap dgn doh donut .
Minum petang yang simple aje harini..Alhamdulillah..kenyang dapat juga bagi jiran 6 ketul. Heheheh.
Yeahhh.. salam sabtu. Hari ni berkesempatan nak masak dengan tenang heheh.
Alhamdulillah...sedap sangat makan hari ni. Terutama sekali sup pedas cendawan enoki tu.. huuu suami siap hirup kuah giteww.
So menu hari ni sup pedas cendawan enoki, ayam masak sambal, kerang rebus, sotong bakar & sambal manis pedas berapi. Hahah boleh cirit bentet dia punya super pedasss wakakak.
Kerang dengan sotong tu beli sikit je buat makan sendiri. Maklum le laki teman ada gaut.. kang beli banyak join sekaki pula dia nanti.. tak memasal tak boleh berjalan hehehe.
Alhamdulillahhhh kenyang untuk hari ni.. Ada ke yang nak resepi sup pedas?? Kalau ada boleh roger ok hehehe. Nanti boleh share.