Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Friday, 10 July 2020

Gaya macam busy.. tapi busy makan je.

Assalamuaikum semua.

Alhamdulillah harini diizinkan lagi aku untuk menulis. Thank you Allah. Tapi nak buh tajuk apa aku pon tak tau...

Setelah berbulan-bulan aku stop buat kuih dan nasi lemak untuk jualan pagi sebab dapat kejekan So stop la berniaga. Sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya  covid 19 melanda. Keje pun kena buang muahahaha. Takpelah aku anggap je Allah nak bagi rezeki lebih kat tempat lain huhuh.

Tempat lama aku berniaga nasi lemak dulu dah ada jiran take over jual nasi lemak kukus. Aku ok je.
Jiran a.k.a aku panggil Kak Jun just buat nasi lemak berlauk benda lain dia takde. So datang sorang jiran blok lagi satu pulak tumpang letak bihun dengan laksa dekat situ. Aku pula Kak jun called hari Rabu pukul 12 tengah malam suruh aku buat kuih. Hahahah ketawa aku..awat x cakap awal-awal. mana ada aku barang nak buat. Hari Khamis aku terlajak tido tak sempat buat kuih. So hari ni aku hantar donut dengan karipap. Alhamdulillah habis laku licin.Tolak komisen Kak jun 0.05 sen setiap sebiji kuih dapat la aku RM20.25 . Dapat duit terus masuk tabung hehehe.

Aku bangun pukul 5 am untuk buat kuih. Lepas subuh siap cecantik dalam pukul 7 am aku menapak ke kedai kak jun untuk hantar kuih. Balik kejut dak Mija bangun pergi sekolah. Pukul 8 am aku dengan laki aku pergi hantar dia pulak ke sekolah. Kalau korang baca ni , macam busy je aku kannn hehehe

Balik dari hantar mija laki aku tanya nak breakfast tak? Aku cakap "aku ikut je.." Tau tau dia bawak aku breakfast kat Puncak Jalil kedai "MAK CHIK" . Sebelum keluar kereta aku tanya siap-siap kat dia boleh ke aku order macam biasa. hehehe Dia cakapp orderrr leeee. Senyum sampai telinga aku ngeh ngeh ngehhh.

Apa yang order macam biasa tuu???

TARAAAAAAA!!! Roti kawennnnn banjirrrr satuuu. Roti kawen tu ape? heheh Roti telur 1 + Roti Kosong 1 dan kalau aku yang makan haruslah banjirrrrrrrrrrrrrrrrrrr.


ni pon tak cukup banjir. 


Tengah duk tunggu roti siap aku terpandang pulak tapai ubi.. Ya Allahhhh punyalah lama aku mencari tapai ubi ni. Sebelum PKP masa bawa mak mertua n makcik laki aku pergi pasar shah alam tu ada aku jumpa tapai ubi ni. konon masa nak balik baru beli , sekali lagi pusing dah tak jumpa kedainye heheh. Melepas aku. Apa lagi aku pun tanya, abgggggg nak tapai ubi bolehhhh. hehehe lagi sekali jawapan diaaa sangat memberansangkan, amikkkk laaaa. yahuuu lepas kempunana. Ya Allah kau murahkan lah rezeki suami ku . aminn


tapai yang menggoda iman aku pepagi.

Kekenyang aku hari ni, lepas balik breakfast aku suruh laki aku turunkan aku dekat kedai kak jun, sampai kedai kak jun ada pulak bihun goreng tauge. Allahhh.... di sebabkan aku ni seorang pecinta tauge amik la sebungkus makan kat situ. Maka kenyanglah perut aku untuk satu hari ni.

Belum pukul 10 am perut aku penuh macam nak meletup hahahah. Giler ape tah keje harini asek nak makan je.

Sian laki aku tengahari makan sensorang dia. Takpe la kot hari ni je makan sengsoran yang penting aku dah masak tengahati, hehehe

Tq sebab sudi baca. Aku xde idea nak letak tajuk apa. hehehe





Tuesday, 10 December 2019

Asam Pedas Ayam Campak-Campak & Rebus Bendi Sambal Belacan.

Alhamdulillahhh.. kenyang makan nasi hari ni. Korang semua dah makan? Aku doa saat korang terbaca posting ni perut korang dah kenyang hehe.. Kalau tak berdosa pula rasa hati buat korang lapar heeeee.

Lambat sikit aku masak hari. Terlupa nak keluarkan ayam awal-awal. Terpaksa tunggu 2 3 jam sampai ayam lembut. heheh

Menu hari ni semua main campak-campak je. Asam pedas ayam dan rebus bendi cicah sambal belacan.

Kalau ada yang nak resepi asam pedas versi aku boleh drop komen kat bawah. In sya Allah nanti aku share.

Buat korang yang baru nak makan. Selamat menjamu seleraaaaa.





Asam pedas ayam aku ada terung heheeheh


haaa ini yang paling padu. Sambal belacan memerut namanya. lepas makan sakit perut. hahaha
pedas ya ampunnnnnn.


Friday, 6 December 2019

Prosperity IS BACKKKK

Assalamualaikum,

Prosperity Burger is backkkkkk. Yeah salah satu hidangan mcd yang aku tunggu-tunggu setiap hujung tahun.

Entah aku pun tak tau le kenapa aku suka sangat prosperity burger ni. Padahal rasa black pepper je pun heheh.

Malam tadi setelah 18 kali aku ajak laki aku makan mcd dia tolak tapi kali ke 19 dia tak mampu nak tolak dahhh.. Auraa diaa Masyaaaallahhh..heheh ok ni tipu..saja nak selit salingan iklan yang bersepah di facebook 2 3 harini. Siapa yang paham aku bagi A+, yang tak paham .. bagus..tu tanda korang tak suka gosip murahan di sosial media dan dunia hiburan.. wakakaka.

Malam tadi laki aku ajak keluar, memula aku eksyen tak nak ikut, sbab aku tau laki aku nak pergi ngeteh je malam tadi. Disebab aku sekarang memang tengah cuba disiplin untuk elak makan malam, soo perasaan nak ikut tu cuba ku tahan jebatttttt..kalau aku ikut juga dah tentu nasi goreng USA depan mata. huhuhu

Dalam pada aku tak nak ikut tu, tetiba anak aku pulak nak ikut. Sian la pulak. Dia duk terperuk je kat rumah spanjang masa takde bawa jalan kemana-mana.

Makanyaaaa kami berdua pun membontoti si ayah untuk keluar .. Hehehe. Dalam kete laki aku tanya nak pergi mana je.. Dia kabo dia nak pergi ngetih. Aku cakapp "ikot laaaa nak bawa pergi mana pun.. kami ikut jeee"

Pergghh sekali laki aku ajak pergi ngetih kat MCd. Nasib aku ikut tadi kalau tak..tak merasa prosperity aku muahaha. Dalam perjalan nak ke mCD tu..tertanya2 juga "eh! dah hujung tahun laa..agak-agak ada tak prosperity burger" time ni aku lupa dah yaang aku sepatutnya skip makan malam. hahah dengar je MCD hilang ingatan terus aku.

Sampai kat MCD Technology Park Malaysia , first mata aku terus nampak Menu prosperity burger. ateee memang tak pandang le ponnn menu yang lain. Laju je aku kabo ke laki "abangg acha nak proeperity" .. Last.. dengan dia sekali terjebak hahaha.

So beronok-beronok la perut aku malam tadi dilimpahi cebisan-cebisan gigitan padu Prosperity Burger. heheh.

Pastu balik rumah terus boommm tidooo.

Ermm rase nak lagiiii.


gambor pinjam google..semalam tak sempat snap handpone habis bateri.




Sunday, 31 July 2016

Azam wajib setiap tahun.

Hmmm azam aku setiap tahun nak kurus. Azam ni wajib ada dan akan diteruskan untuk tahun depan. Sebab ape? sebab tak kurus-kurus. bahaha.

Hmmm bila kita kurus nak gemuk senang je. Tapi kalau dah mok mcm paus terdampar tu nak selim balik.Makan taun tau. huhuju nangis bucu katil kalau tengok gambar dulu2.

Motif aku nak kurus??
SEBAB SELALU TYPO BILA TEKAN MSG...

Bahah ok Bye!

Friday, 2 January 2015

1st day re-Induction

Alhamdulillah  hari  pertama re-induction  berjaya.. Hopefully  hari  kedua  dan seterusnye juga  akan  terus  berjaya . Hakak  dah  tak  cukup  masa  nih.  No more cheat  day. Now focus on clean diet . Haha harapan   setinggi  gunung .

Sumber  gambar: uncle Google .

Notabulukakikuyanglurusbertrim: dapat  60kg  dulu untuk  bulan  1/2015 ..

Sunday, 21 December 2014

Cheat Day - Kuew teaw goreng

Tak  nak  tulis  panjang2 . . Meh  layan  resepi  Kuew  teaw  goreng  sedap  hingga  menjilat pinggan  nih  hhe he he

Bahan2

Kuew Teaw
sawi
carot
tauge
cili  kering  (siap  blend )
isi  ayam
udang
sos  tiram
kicap  mee
air  rebusan  udang
sedikit  garam
serbuk  perasa
Minyak  masak

Cara  memasak :

1. Panaskan  minyak  dan  tumis  cili  kering  yang  sudah  di  blend sehingga  wangi .
2. Masukkan  isi  ayam, sawi  dan  carot. Tumis  sehingga sawi  kelihatan layu.
3. Tambah sos  tiram dan  air  rebusan  udang sehingga mengelegak .
4. Masukkan  udang dan  tambah  garam  dan  serbuk  perasa  secukupnye.
5. Masukkan  Kuew  Teaw  dan  tambah kicap  mee  secukupnye.
6. Setelah  hampir  masak  masukkan  tauge . Kacau  sebentar dan  bolehlah  tutup  api    dapur.
7. Pindahkan kedalam  pinggan  dan  tabur  sedikit  daun  bawang .
8. Bawa  pinggan  ke  hadapan  TV  dan  bolehlah  makan  sambil tengok  running  man . .muehehhe

Selamat  mencubaaaaaa .



Notabulukakikuyanglurussiapbertrim: brurrrrrrr kenyanggggg heheh



Friday, 19 December 2014

company gathering . .. hehe

19th  December  2014 .. company  gathering  heheh  xcited . X  sabar  nak  makan  wahahaha .


On  the  way  for  makan  makan  makannn

Monday, 8 December 2014

Sesi menguruskan badannn ...

Beruntunglah  wahai kalian  yang mempunyai susuk tubuh yang kurus  mulusss . Tak payah  susah2  nak  kuruskan  badan  mcm  hakak  nih .. hakak  ni  berapa  kali cuba  diet entah .  Setiap  kali  mula diet  mesti  kelaut.. Tak  pernahnye  ke  darat  huh. STRESS tau. Tambah2  lagi  kenduri  hakak dah  nak  dekat  nih . Pakai  baju  pengantin nanti  mesti  buruk . .huhu  nak  nangis  hakak  rase .

Sekarang hakak dah  on balik  diet sebabnye  baju pengantin untuk  majlis  belah  lelaki  udah  bertempah  kang kalo  makan  ikut napsu  gajah, baju tu bolehlah  di  sarungkan  dekat pokok  betik . Huhu

Harini  dah  masuk  hari  ke 8  hakak  diet, penurunan  sangatlah  slow .. 8  hari  diet  baru  turun  2.2kg  huhuhh  padahal  yang  nak  dibuang  dekat  30kg  huaaaa  sempat  ke tak  ni nak  kurus  sebelom  kenduri .. sob..sob..sob

Susah  hati  hakak  nih.. 2 minggu  lagi  nak  pi  tempah  baju pengantin  belah pompuan  lak .  Haritu  tengok  baju  semua  stock  untuk  org  kuruih  je ... telan  air  liur  hakak .. Tu laaa , masa  zaman  selim  melim  dulu  X mau  nak jaga  sekarang  sape   susah . . Diri  sendiri gak  yang  merana  huhuh

Semoga  diet  hakak yang ke 150 juta  kali  nih  boleh  buat  hakak  kurus mcm   Fazura  heheheh . . Sape  tu?alaaaa  juri  tetap  maharaja lawakkk  mega  tu . Hehe dannn  semoga  semangat  hakak ni bukannya  "HOT HOT CHIKEN  SHIT" je huhuhh. . Ok  lee  ngantuk  dah. .heeee  lenguh  lah  update  pakey  enpon  nih  huhu.. byeee  nuniteee . ..

meh nak blanja  1 gambo  pajura  yg  meletoppp  heheheh


Huhuhu sukaaaa

Saturday, 27 September 2014

Pilihan Diet

Mengikut pandangan Kevin Zahri sila google kalau tak kenal siapa dia. huhuhu. Ada lima diet yang popular dekat Malaysia ni. Antaranyaaa:

1.Diet ATKINs

Diet ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis.

Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak.


2. Diet DETOX

Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.
Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan disini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mat tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Keraan badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.

3. Diet mengikut jenis darah

Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.
Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.
Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

4.Diet Seimbang

Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.
Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

5. Diet NoRice

Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata.

Sooo mana satu pilihan diet hakakkk untuk dapatkan figure mcm dulu2..huhuhu



Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...