Assalamualaikum semua.
Salam sabtu, salam hujung minggu, salam istirehat. Amboiii banyaknye salam gitchewww. hehehe.
Tahun ni aku memang craving giler kot nak makan durian tapi takde rezeki. Tengok orang lain makan dan borong durian menitik-nitik air liur aku teringin. hahaha melampaukan macam tak pernah makan je.
Alhamdulillah semalam gara-gara minyak naik seposen laki aku keluar pergi isi minyak siap-siap. hehehe. Memang aku ada minta bawa balik kudap-kudap tapi tak terlintas pula dia bawa balik durian .
Punya la suka aku malam tadi. Yahooooo akhirnya dapat makan durian. Dia bawa balik 2 biji je. Syukur dari tak merasakan. Terima kasih en.somi, semoga murah rezeki sebab belanja bini makan durian. All the time favorite.
Buah elok cantik, tak rugi beli. Cuma sebiji tu isi dia nipis tapi yang lagi satu puas hati makan. Isi tebal lemak berkrim and ada rasa manis-manis pahit tu. Ya Allahhhh terasa-rasa lagi dalam mulut ni hehehe.
2 biji durian, sebiji makan malam tadi sebiji lagi baru je habis pagi ni. hohh bersarapan pagi dengan durian kami heheh.
Puas juga makan sebab, nasib baik dak mija tak suka durian, kalau tak kena kongsi pula lagi dengan dia hahahah.
Rugi la nakkkk oii kamu tak makan durian. Ummi harap esok dah besar jadi lah pencinta durian seperti ummi mu ini hehehe.
Akhir kata. Alhamdulillah syukur rezeki dapat makan durian.
Buat suami terima kasih lagi sekali, walaupun bukan sabakul durian semoga menjadi asbab diperluaskan lagi rezekimu kerana mengembirakan aku sebagai isteri.
aminnn.
Wah betul2 craving tu hehehe..Alhamdulillah rezeki.
ReplyDeleterase tak puas makan heheh
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDapat rezeki durian
Alhamdulillah rezeki.
Deleteye. tapi dia takdela makan sangat durian ni. sian tgk bini agaknye heheh
ReplyDeleteAlhamdulillah hilang kempunan.
ReplyDeleteLama tidak singgah sini.
So sweet encik suami. Sedapnya durian
ReplyDeleteSedapnya.
ReplyDeleteAlhamdullilah.
ReplyDeleteSekarang pun saya tengah melunas craving sebab durian tengah murah..