Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Sunday, 23 August 2020

Bakso in da houseeee


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ni dapat masak makanan yang di minta en.somi. Biasanya selalu dia minta lain yang aku masak hehehe. Ini pun terpesong juga ni sebab asalnya laki aku minta bihun sup tapi aku upgrade jadi bakso bahahaha.

Laki aku kata sedap. Alhamdulillah menepati citerasa dia. Pada aku sedap juga cuma kalau masin sikit lagi baru sedap. huhhuhu

Papepun yang penting tekak suami dulu diambil kira. tekak aku telan je semua . Tolak batu dengan kayu je. heheh

So korang kalau takde idea nak masak boleh la cuba masak bakso hehehe.





Friday, 10 July 2020

Gaya macam busy.. tapi busy makan je.

Assalamuaikum semua.

Alhamdulillah harini diizinkan lagi aku untuk menulis. Thank you Allah. Tapi nak buh tajuk apa aku pon tak tau...

Setelah berbulan-bulan aku stop buat kuih dan nasi lemak untuk jualan pagi sebab dapat kejekan So stop la berniaga. Sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya  covid 19 melanda. Keje pun kena buang muahahaha. Takpelah aku anggap je Allah nak bagi rezeki lebih kat tempat lain huhuh.

Tempat lama aku berniaga nasi lemak dulu dah ada jiran take over jual nasi lemak kukus. Aku ok je.
Jiran a.k.a aku panggil Kak Jun just buat nasi lemak berlauk benda lain dia takde. So datang sorang jiran blok lagi satu pulak tumpang letak bihun dengan laksa dekat situ. Aku pula Kak jun called hari Rabu pukul 12 tengah malam suruh aku buat kuih. Hahahah ketawa aku..awat x cakap awal-awal. mana ada aku barang nak buat. Hari Khamis aku terlajak tido tak sempat buat kuih. So hari ni aku hantar donut dengan karipap. Alhamdulillah habis laku licin.Tolak komisen Kak jun 0.05 sen setiap sebiji kuih dapat la aku RM20.25 . Dapat duit terus masuk tabung hehehe.

Aku bangun pukul 5 am untuk buat kuih. Lepas subuh siap cecantik dalam pukul 7 am aku menapak ke kedai kak jun untuk hantar kuih. Balik kejut dak Mija bangun pergi sekolah. Pukul 8 am aku dengan laki aku pergi hantar dia pulak ke sekolah. Kalau korang baca ni , macam busy je aku kannn hehehe

Balik dari hantar mija laki aku tanya nak breakfast tak? Aku cakap "aku ikut je.." Tau tau dia bawak aku breakfast kat Puncak Jalil kedai "MAK CHIK" . Sebelum keluar kereta aku tanya siap-siap kat dia boleh ke aku order macam biasa. hehehe Dia cakapp orderrr leeee. Senyum sampai telinga aku ngeh ngeh ngehhh.

Apa yang order macam biasa tuu???

TARAAAAAAA!!! Roti kawennnnn banjirrrr satuuu. Roti kawen tu ape? heheh Roti telur 1 + Roti Kosong 1 dan kalau aku yang makan haruslah banjirrrrrrrrrrrrrrrrrrr.


ni pon tak cukup banjir. 


Tengah duk tunggu roti siap aku terpandang pulak tapai ubi.. Ya Allahhhh punyalah lama aku mencari tapai ubi ni. Sebelum PKP masa bawa mak mertua n makcik laki aku pergi pasar shah alam tu ada aku jumpa tapai ubi ni. konon masa nak balik baru beli , sekali lagi pusing dah tak jumpa kedainye heheh. Melepas aku. Apa lagi aku pun tanya, abgggggg nak tapai ubi bolehhhh. hehehe lagi sekali jawapan diaaa sangat memberansangkan, amikkkk laaaa. yahuuu lepas kempunana. Ya Allah kau murahkan lah rezeki suami ku . aminn


tapai yang menggoda iman aku pepagi.

Kekenyang aku hari ni, lepas balik breakfast aku suruh laki aku turunkan aku dekat kedai kak jun, sampai kedai kak jun ada pulak bihun goreng tauge. Allahhh.... di sebabkan aku ni seorang pecinta tauge amik la sebungkus makan kat situ. Maka kenyanglah perut aku untuk satu hari ni.

Belum pukul 10 am perut aku penuh macam nak meletup hahahah. Giler ape tah keje harini asek nak makan je.

Sian laki aku tengahari makan sensorang dia. Takpe la kot hari ni je makan sengsoran yang penting aku dah masak tengahati, hehehe

Tq sebab sudi baca. Aku xde idea nak letak tajuk apa. hehehe





Monday, 6 July 2020

Telur dadar je pun hehehe

Assalamualaikum semua,

Aku fikir dua tiga kali juga nak share video ni dengan korang. Malu pun ada maklum lah beginner.. hahahah

Al-kisahnye mana aku tau kalau nak record video tak boleh menegak. Aku pulak balun je merakam video menegak. Siap edit semua , aku pun tunjuk la kat laki aku tanya

 "banggg pelik tak video ni bila sampai intro?"

 Laki aku pun kabo "aah pelikkk mana ada orang record menegak"

"ngape abang tak bagitau acha, acha mana tau" aku balas.

"Kata nak jadi youtuber kena lah tau" laki aku jawab lebih kurang cenggitu.

Aku pun garu kepala yang memang tengah gatal. Cane ni..video dah edit, rugi lah aku berpeluh2 merakam tadi.

Setelah penat berfikir dan juga bersoal jawab dengan abang chik aku (dia pun youtuber), dia pun kabo apload je.

Maka aku pun buang perasaan malu dan teruskan dengan perasaan tak tau malu upload jugalah resepi  telur dada aku yang tak seberapa tu.

Harap sudi tonton like dan subscribe.

TELUR DADAR SEDAP DAN LEMBUT

Bahan:

Telur ayam
Bawang
Cili Padi
Lada Sulah
Mayonis

Cara masak:

Campur semua dan pukul rata. Panaskan minyak dan goreng macam biasa.

Hati-hati ye. Telur ni bila dah tambah mayonis dia jadi super lembut n gebu. so masa nak flip tu senang hancur. hati-hati. 

Selamat mencuba.


Please tonton dan subscribe.


Sunday, 5 July 2020

Cara-cara Masak Siakap Kengsom


Assalamualaikum semua,

Menu aku sekeluarga harini bukanlah Siakap masak kengsom ni, tapi tadi aku duk scroll gambar dalam handphone ternampak pulak gambar -gambar ni. Rupanya aku terlupa aku nak share kat sini. Seingat aku, aku share dekat fb je, tu pun gambar dah siap masak.

So jom aku share resepi kengsom yang mudah dan simple ni. Yang pentinggg sedappppp.


Bahan A.

Ikan siakap 1 ekor.
Nenas
Kangkung
Serai
Limau Nipis.



Bahan B. (Untuk kisar)

Bawang putih
Bawang merah / Bawang besar
Kunyit Hidup
Belacan (xde dlm gambar)
Kunyit Hidup
Cili padi + Cili Merah Besar



Cara Memasak

1.Masukkan bahan kisar dalam periuk dan tambah air ikut kesesuaian.
2. Tunggu mendidih Masukkan nenas, serai, ikan.
3. Tunggu mendidih lagi sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
4. Da masak tutup api baru masukkan kangkung dengan perahan limau nipis.

Kenapa masuk kangkung last sekali??? sebab nak biar dia rangup gitew. takde la lembik kangkung tu.

So selamat mencuba semua. 

Channel youtube besok baru aku update video baru. jangan lupa subscribe ye. 

Sunday, 28 June 2020

Nasi Beriani masak dalam kuali non stick aje.

Assalamualikum semua.

Menu untuk makan tengahari tadi nasi beriani dengan ayam masak merah. Alhamdulillah nasi sedap ayam masak merah pun shoo shedapppp hehehe.

Harini mood swing sikit walau pun menu terangkat. Biasa lepas aku tumis aku akan pindahkan dalam periuk nasi tapi harini punya malas , aku masak je dalam kuali. hahahah

Masak dalam apa pun tak penting yang penting sedap. Nasi beriani aku simple je sebab guna perencah nasi beriani dari meggi. 100% aku follow je resepi dekat belakang perencah tu. Cuma bab air tu je kena pandai adjust dan aku tambah daun pandan buat nasi lagi wangi. 

So kalau yang beginner tak reti masak pun boleh pandai masak nasi beriani. Rasa sedap kena dengan selera aku yang memang kaki makan ni. Suami pun kata sedap. Dak mija pun suka.

Ayam masak merah guna resepi campak-campak and agak-agak aje. cong ceng cong ceng siap. 

Done! makan. kenyang perut suka hati.heheh

Siapa yang tak pernah cuba boleh cuba perencah nasi beriani meggi.

Selamat mencubaaa.


ayam masak merah.


Nasi Beriani

Saturday, 27 June 2020

Setahun craving akhirnya dapat juga


Assalamualaikum semua.

Salam sabtu, salam hujung minggu, salam istirehat. Amboiii banyaknye salam gitchewww. hehehe.

Tahun ni aku memang craving giler kot nak makan durian tapi takde rezeki. Tengok orang lain makan dan borong durian menitik-nitik air liur aku teringin. hahaha melampaukan macam tak pernah makan je.

Alhamdulillah semalam gara-gara minyak naik seposen laki aku keluar pergi isi minyak siap-siap. hehehe. Memang aku ada minta bawa balik kudap-kudap tapi tak terlintas pula dia bawa balik durian .
Punya la suka aku malam tadi. Yahooooo akhirnya dapat makan durian. Dia bawa balik 2 biji je. Syukur dari tak merasakan. Terima kasih en.somi, semoga  murah rezeki sebab belanja bini makan durian. All the time favorite. 

Buah elok cantik, tak rugi beli. Cuma sebiji tu isi dia nipis tapi yang lagi satu puas hati makan. Isi tebal lemak berkrim and ada rasa manis-manis pahit tu. Ya Allahhhh terasa-rasa lagi dalam mulut ni hehehe.

2 biji durian, sebiji makan malam tadi sebiji lagi baru je habis pagi ni. hohh  bersarapan pagi dengan durian kami heheh.

Puas juga makan sebab, nasib baik dak mija tak suka durian, kalau tak kena kongsi pula lagi dengan dia hahahah.

Rugi la nakkkk oii kamu tak makan durian. Ummi harap esok dah besar jadi lah pencinta durian seperti ummi mu ini hehehe.

Akhir kata. Alhamdulillah syukur rezeki dapat makan durian.

Buat suami terima kasih lagi sekali, walaupun bukan sabakul durian semoga menjadi asbab diperluaskan lagi rezekimu kerana mengembirakan aku sebagai isteri.

aminnn.


Tuesday, 11 February 2020

Nasi Ayam peram semingguuu bahahah.


Assalamualaikum reader.. ye aku baru nak bersiaran. hehehe ini pun entry yang sepatutnya aku update 2 hari lepas, tapi tak berkesempatan. Cuma sempat letak dalam draf je.huhu
Nak cite kemarin masak nasi ayam. Nasi ayam ni sepatutnya aku masak minggu lepas tapiiii sebab aku memang busy gilerrrrrrr, makanya bahan nasi ayam yang dah beli awal-awal tu semua tersadai dalam peti ais. Nak tak nak kena masak juga. Ye la hamper semua bahan dah nak buruk. tak nak aku jadi kawan syaitonnnnn...membazir je beli klu tak masak kannn.

So cong ceng cong ceng siap la nasi ayam aku hehehe.

taraaaaaaaaaa. walaupun bukan menu hari ni. tetap aku nak share bahahaha.

sila jilat screen . bahahah Nampak je buruk tapi sedap tau.. ecehh puji diri sendiri pule hehehe


nyummm

nyum nyummm 

nyum nyum nyummmm 

nyum nyum nyum nyummmm 

YUMMYYYYYYY 

Sunday, 15 December 2019

Nasi goreng Cina Hujan Cintee Gitewww.


Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu buat semua follower and reader.. ecehhh macam banyak je readerrrkann hehehe.. In sya Allahhh one day mana tau semua orang baca blog aku.. hihihi 

Rutin mak-mak di hujung minggu, orang lain tak bangun lagi , dialah yang paling sibuk bersilat kat dapur untuk sediakan breakfast. 

Termasuklah aku mak anak sorang ni.  Harini buat breakfast simple je. Nasi goreng Cina. Request dari laki aku semalam. 

Malam tadi dia pesan suruh masak nasi siap-siap, so bila bangun boleh terus masak. Aku dengar je dia cakap semalam tapi bak mencurah air di daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. heheh. 

Terlupa nak masak nasi semalam , pagi ni terkocoh-kocoh  masak nasi putih dulu. 

ALhamdulillah  awal juga siap nasi goreng cina aku. 

Jom aku belanjaaa.. tapi belanja gambar je lah hehehe.



cing cing cing bunyi sudip dan kuali bersatu hehe


ini cara aku.. berenang-renang telur dalam kuali.


nyamm nyammm.. sedappp.. maka siaplah Nasi Goreng Cina Hujan Cinta gitewww.

ermmm pandai aku masakk hehehe

Saturday, 30 November 2019

2 minggu di kampung halaman.

Alhamdulillah. Hari ni berkesempatan aku nak update entry di blog bunga seindah biasa ni. Lebih kurang 2 minggu duduk dengan mak di kampung. Rumah mak takde internet dan kebetulan aku pon belum ada talipon baru lagi masa tu. Memang tak dapat nak update apa-apa pon nampaknya. Hati excited nak share perihal suasana kampung tapi apakan dayaaa, tak dapek teman nak nolong huhuhu.

oh ye. kat kampung sekarang musim duriann komeeee wehhh. Puas hati balik kampung dapat makan durian atok. Selalu kalau balik beli je kat kedai abang karim dekat jambatan MCD nun.. heheh  Kalau nak tau kampung aku nama KUNCI AIR LANGKAP,  PERAK. Yeee teman orang perakkkk.. ape kaborrrr yopp yongggg semuaaa .. heheheh Satu tarikan yang ada kat kampung aku tu la jambatan MCD. sebab apaa sebab bentuk dia macam lambang MCD. hihi


sumber: google

haaa ni la dia jambatannyeeee hehehe.

Alhadulillahh hari tu ada kabor kat entry sebelum ni yang aku tengah tunggu duit kutu untuk beli phone barukannn kan kann.. YAhuuuuu teman dah ada telifon baru. Beli telifon biasa je. OPPO A5 2020.


sumber: google

Asalnya nak beli HONOR tapi tak jadi sebab model yang aku nak tu dah takde stok. So cek dengan seller dia suggest aku untuk beli oppo hat model ni. aku tengok storage pon besar ok la sbb nak berniaga simpan gambor banyakkan.  Senang hati dah ada telifon. Lapang dada hahahah.

Aku balik kampung dengan dak mija je, laki tinggai kat umah huhu, duk kat kg aktiviti aku takde lain selain makan. makan makan makan dan makan.. Aku timbang haritu naik 2 kilo wehh hhahahaha.
Dak mija pulak tak berenggang dengan kedai opah dia. Allahhhh siang malam di cukainya barang kedai opah. Mak aku ada kedai runcit hehe. So kalau cucu balik memang kedai runcit tu la port diorang. 



sumebr: Abah ajie (abg teman punya gambor)

Ini lah kedai runcit mak. selain barang runcit , main product kuih traditional. Kuih Bangkit kelapa, kuih bangkit santan, kuih bangkit kacang hijau, kuih putu kacang, putu jawa, bahulu , sepit dan seangkatan dengannyaa huhuhu. Siapa nak buat duit raya boleh roger jadi pembekal kuih traditional mak teman ye.. kuih dah lepas ke oversea nun..jauh jalannye heheh.

Tak banyak benda menarik aku buat kat kampung selain makan, huhuh. sampai sini jelah tulis dulu lain kali sambung. hehehe

bye adiossss.


Thursday, 20 August 2015

Kuih Gelang a.k.a Kuih Keria

Hari ini 19.08.2015.. tapi lagi 6 minit nak masuk 20.08.2015 wahahahha... Baru berkesempatan hakak nak hupdate blog.. Lame dah teringin nak update tp mood asek ke laut dalam di tambah pulak penyakit M melanda.. Memang tak la jenguk blog nih. heheh

Harini hakak cuti keje.. sakit tangan ngan kaki tapi sebenarnye malas g keje je lebih tuu..huhu .. So memandangkan hakak ada kat rumah sehari suntuk teringin plak nak masakkan en.somi kuih untuk santapan minum petang..  hik hik hik..... rajin tak hakak....

Berbekalkan kerajinan yang diluar dari kebiasaan..maka untuk minum petang en.somi terhasil la kuih tradisional yg berasaskan ubi keledek iaituu jeng jeng jengggg KUIH KERIA a.k.a Kuih gelang. Hasilnye.. hohhhh opkos lah mengancam... nak resepi??? senang jehhh... meh hakak belanja resepi..

Kuih Keria a.k.a Kuih Gelang

Bahan2

1.Ubi keledek 3 ketui (akak suka yg oren)
2. Tepung gandum 3 sudu makan (penuh)
3. Garam secubit
4. Gula untuk buat Sira gule

Cara Masak?

Follow gambar yang hakak belanja nih... hehhe


1. Rebus ubi sampai empuk


2. Lepas buang kulit ubi.. lecekkan ubi sampai lunyai.. hik
hikkk hikk!


3. Garam secubit

                                      
                                                                 
         4. Masukkan tepung gaul sebati sampai jd doh mcm gambor kat bawah
ni hehehh


5. Jeng jeng jengg doh kalau lembik sikit takpe.
baru sedap nak kunyah ngeee


6. Buat bulat2 macam donut tu..


7. Pastu panaskan minyak n goreng keemasannn.. nanti boleh
gadaiiii wakaaka!


8. Erkkk yang ni dah siap goreng tapi xleh gadai
hik hik hik !


9. Untuk buat sira gula..
panaskan kuali isi air dalam 4 sudu besar
n gula 3 sudu besar. kacau sampai mendidih
dan masukkan kuih yg dah siap di goreng.
kacau sebati pastu tutup api gas dan kacau sampai kering
dan berkerak gule.

10..... Hasilllllllnye nantiiii akak jadi cenggini...


hehehh rupe x berapa nak lawa.. tapi rase sedapp
òooooo


Selamat mencubaaaaaaa!!!






Tuesday, 30 June 2015

Ikan Masin Sepat Ronggeng

Ainnn !! ikan masin ko dah sampai jerit kak siti selaku opismate hakak..bahahahahah hakak pon berlari lenggang2 kankung mendapatkan abg pos laju yg dah tersengih2 kat luar.." huh! macam nak terkam saye je nih" kate beliau heheh.. Hakak pon jawab.."excited nih bang dah 3 hari tunggu mak pos ikan masin heheh" tertanjat abg pos laju bila hakak bagitau barang yg dia bawak tu ikan masin hahaha.

Haritu mak ada datang rumah hakak bawak sepat ronggeng dengan pekasam. Sedap oooooo makan dengan nasi panas.. tak sampai 3 kali goreng dah habis ikan masinnye. Frust hakak tau...disebabkan kerangupan dan kesedapan ikan sepat ronggeng ni hakak pon suruh mak belikan dulu and pos kan kat opis hakak.. hehe order je dulu bayar kemudiannn.. hahahaha.. mak kate pahammmm dahhhhhh huhu.

Tunggu punye tungguuuuu harini baru sampai.. tak sabar nak balik goreng hehehe. RM20 dapat 2 bungkus. Nak bagi dekat kak siti sikit. Dia pun suka makan ikan sepat ronggeng nih. Kalo cari kat pekan memang payah nak jumpa.

Tenkiu to along n kak long yg tolong pos kan.. MAcihhhh muah cikeddddddddd!



taraaa ini dia sepat ronggeng hakakkk

notabulukakikuygsiapbertrim:sepatronggengpebereten.somijuge

Sunday, 10 May 2015

Roti Jala Penuh Kasih Sayang

Lemporbelakang#

Al-kisah petang semalam. Hasil tolong menolong antara satu sama lain hik hik hik.. maka terhasillah roti jala penuh kasih syg dari hakak dan en.somi mueheheheh
Mana tak penuh kasih syg nyeee.. akak menjala en.somi tolong lipatkan... sambil dia lipat pastu ngap masuk mulut diaaa.. hehehe

kemas kemain en.somi melipat hehhe

nak resepi??? senang je...

1. 3 cawan tepung gandum
2. 3 cawan air
3. 1 cawan santan
4. 1/2 cawan minyak masak or minyak jagung
5. 1 biji telur
6. garam sikit
7. gula sikit
8. pewarna kuning telur or kunyit

cara masak pon senang jeeee...

campur semua bahan diatas.. lepastu blander. pas blander tapis dulu supaya tepung yg berketul2 dapat di asingkan. haaa pastu boleh la menjalaaaaa. heheh

sebelum menjala sapu sikit minyak atas kuali nonstick tuuu
hehehhe selamat mencubaaaaaa

notabulukakikuygsiapbertrim:cicahkarisedapcicahkuahdurianponsedappppp



Saturday, 9 May 2015

Masak memasak..

Alhamdulillahh.. kenyanggg...brupppp.. heheh hakak baru lepas makan nasi.kenyang perut. Harini lunch lambat sikit sbb pagi tadi bfast pon lambat muehehhe. Sabtu minggu ni cuti takde pergi mana2 sbb adik ipar pinjam kereta.. Adahal katenye huhuhu.  So kami laki bini duk je diam2 kat rumah ni haaa. En.somi tengah layan hindustan hakak pulak tengah golek2 atas katil. Cantik punya perangai...lepas makan baring.. huhuhu hakak sakit pinggang duk lame2 huhu.. ibu mengandungkannnnn... haha ALASANNNN...

Harini hakak masak simple je untuk lunch. Suami request nak makan roti jala petang nanti so  untuk lunch bagus rase kalau masak je terus kari ayam. Nanti petang tinggal nak masak rotinye aje. heheh. Campak sane campak sini siap 2 menu untuk makan tengah hari iaitu Kari ayam menggoda dan kangkung goreng belacan meletup.. heheh En. somi kate " Ya Allahhhh sedapnye sape yg pandai sangt masakkk niiiii"  ayat bodek en.somi hehhe padahal kangkung tu termasin sikit... agaknye itu cara dia nak appreciate effort hakak untuk masakkan dia lunch walaupon dia tahu akak x berapa lalu nak memasakk. hehe..

Meh nak blanja gambor kari ayam ngan kangkung goreng belacan heheh


yehooooo dap dap dapnyeeee

notabulukakikuygsiapbertrim:pasni nak masak roti jale puleee.

Wednesday, 29 April 2015

Lunch.. yg entah leeeee...

Since hakak tau yang hakak termengandung awal.. memacam feeling adaaa... terutama bab makan.. memula mood makan ok je xde masalah pape tapi semenjak 2 menjak nih tekak ya ampunnnnn loye memanjang. Nasi tak lalu makan. roti tak lalu telan boleh kate semua makanan tak berapa boleh nak masuk tekak.

Namun bile mengenangkan yg di dalam ni perlukan zat2 untuk membesar dengan sempurna kacak dan comel mcm ummi dah ayahnye.. maka nak tak nak terpaksa juge hakak menelan makanan walaupun tak rela huhu.

Hari ni lunch pon pening pale mencari makanan yg kene dengan selera. Takde satu menu pon yg menerujakannn huhuhu last2 makan nasi ngan daging ngan nangka... opsss lupe nangka takleh makan sbb angin.. namun dah terbeli makan jelahhh huhuhu.

Jom makan.. meh nak blanja... blanja gambor jelaaaa.. bhahahha!

Kompom makan tak habis huhuhu

notabulukakikuygsiapbertrim: membaziramalansyaitonnnnnn





Tuesday, 28 April 2015

Soping pasar malam bandar kinrara..

Entry dibawah sebelom hakak sampey rumah sekarang entry sesudah sampey rumah.. hehhe ce tengok.. tarikh samekannnn ngeee... alkisah bermulanye perjalanan balik kerumah setelah di jemput en.suami  dengan kure2 putih yg bertanduk birunye itewww...

Dalam perjalanan balik tersebut tetiba hakak teringat ada pasar malam, inilah peluang hakak mencari yg di idam2kan itew.. ape diaaa?? hik hik xde yg istimewa pon.. cume hakak teringin nak makan jagung bakar.. huhu. dapnyee...

Alhamdulillahh rezeki ada pon jagung bakar. hehhe niat hati nak beli jagung bakar je tetiba nampak pelam apple pule.. terus melelh air liur lalu terus mintak en.somi belikan. hihi dapat 2 biji. Jadi lah heheh buat lepas rasa loye tekak nih. huhu

En.somi beli apam balik coklat.. tapi sayang hakak tak leh nak telan apam balik tu.. ngengade tol tekak nih.. huhu

So kira nak makan jagung bakar dah dapat tapi tetiba tekak craving nak makan harum manis... waaaaaaa dah la ada kat perlis je pastu berbuah dalam bulan april sampai h7jung mei je.. huhu... acane tu????  kempunan la hakakkk

ehhh dengar bunyi org berdengkur.. prffrfff en.somi dah sampey londonnnnn laaaa hehheh

Hakak pon nak sleeping beauty lah...daaaa...

Belanja gambar sikit...

gambsr ehsan google.. pehal lak hakak letak watermark bebesau tuu??? hehhe

notabulukakikuygsiapbertrim: nakharummanissssss



Thursday, 5 March 2015

Simple dinner

#Lemporbelakang

Godek2 gallery kat henpon jumpa gambor hakak masak dinner untuk en.somi isnin lepas huhu. Masakan yang simple tapi sedap hingga menjilat jari.. mueheheh ni hakak puji diri sendiri sebenarnye. (>.<)



- keli goreng
- Cendawan tumis
- Telur dadar

notabulukakikuyangsiapbertrim:sedap wehhhh!heheh

Saturday, 28 February 2015

As a Mr.Shahmil's wife.

Hari ni genap 9 hari hakak jadi isteri org. Perasaan super duper happy kot. Sebelom ni selalunye  tidor sengsorang je tapi sekarang dah berteman. Mula2 rase cam pelik tapi sekarang rase mcm nak ikat je dia kat sebelah. haha. melampau tak hakak?

Semenjak jadi isteri org.. karajinan hakak harus bertambah n kemalasan harus tiada. wajib tiada.huhuhu.. sebenarnye en.somi tak tau sebenarnye hakak seorg yg pemalas hahah betoi x tipu hehhe. Namun sebagai seorg perempuan yang di kurniakan perasaan sayang hakak rela merajinkan diri dan akan buang jauh2 perasaan malas tu.. azam ni tau.. harap bukan hot hot chiken shit je. heheh.

Hakak nikah 20/2/2015 (jumaat) yg lepas, kenduri belah hakak 21/2/2015 (sabtu) and kenduri sebelah lelaki hari ahadnye 22/2/2015. Pindah masuk umah en.somi hari rabu yg lepas and semalam khamis hari pertama hakak bagi makan air tangan seorang isteri pada en.somi. heheheh peti ais xde.. x dapat nak masak sedap2. Hakak bagi dia makan sardin dlm tin ngan sayur tumis bendi je. hahah.. sian en.somi. hehhe. Hari ni lagi kejam hahaha pukul 7.15 am. hakak bangun buatkan breakfast untuk dia. Menu bihun goreng kosong. kosong means xde pape dalam tu.hahahha pastu lebih sadis lagi hakak termasak banyak pule.. makanye makanlah kami laki bini bihun goreng tu sampai petang. hehehe.

Hari ni en.somi kemas bilik komputer dia, hakak tak tolong pon tapi p tdoq dalam bilik huhu tengokkk betul tak hakak malas... baru je kate azam nak rajin..huhu hakak ngantuk sangat tengahari tadi tak tau nape. hehe kenyang makan bihun kot. heheh.

Ni pon hakak rase mcm nak tertidor balik. hehe tapi en.somi ajak tengok kingsman pule.. ok lah.. nak siap cantik2 untuk somi..hehe bye..  hakak belanja 1 gambor kawen..

I love you abg. heheh

notabulikakikuygsiapbertrim: hidup berumahtangga banyak dugaan pesan emak.

Friday, 2 January 2015

1st day re-Induction

Alhamdulillah  hari  pertama re-induction  berjaya.. Hopefully  hari  kedua  dan seterusnye juga  akan  terus  berjaya . Hakak  dah  tak  cukup  masa  nih.  No more cheat  day. Now focus on clean diet . Haha harapan   setinggi  gunung .

Sumber  gambar: uncle Google .

Notabulukakikuyanglurusbertrim: dapat  60kg  dulu untuk  bulan  1/2015 ..

Sunday, 21 December 2014

Cheat Day - Kuew teaw goreng

Tak  nak  tulis  panjang2 . . Meh  layan  resepi  Kuew  teaw  goreng  sedap  hingga  menjilat pinggan  nih  hhe he he

Bahan2

Kuew Teaw
sawi
carot
tauge
cili  kering  (siap  blend )
isi  ayam
udang
sos  tiram
kicap  mee
air  rebusan  udang
sedikit  garam
serbuk  perasa
Minyak  masak

Cara  memasak :

1. Panaskan  minyak  dan  tumis  cili  kering  yang  sudah  di  blend sehingga  wangi .
2. Masukkan  isi  ayam, sawi  dan  carot. Tumis  sehingga sawi  kelihatan layu.
3. Tambah sos  tiram dan  air  rebusan  udang sehingga mengelegak .
4. Masukkan  udang dan  tambah  garam  dan  serbuk  perasa  secukupnye.
5. Masukkan  Kuew  Teaw  dan  tambah kicap  mee  secukupnye.
6. Setelah  hampir  masak  masukkan  tauge . Kacau  sebentar dan  bolehlah  tutup  api    dapur.
7. Pindahkan kedalam  pinggan  dan  tabur  sedikit  daun  bawang .
8. Bawa  pinggan  ke  hadapan  TV  dan  bolehlah  makan  sambil tengok  running  man . .muehehhe

Selamat  mencubaaaaaa .



Notabulukakikuyanglurussiapbertrim: brurrrrrrr kenyanggggg heheh



Wednesday, 6 August 2014

Spaghetti Carbonara Mushroom Penuh Kasih Sayang Lemak Berkrim.

#Patahbelakang

Tu diaaaa... berjela panjangnya nama menu resepi hakak kali ni. Entry sebelum ni hakak ada bagitahu yg tunang hakak request nak makan spaghetti. Hakak dengan en.tunang tak suka makan spaghetti bolognese sbb tak kena dengan tekak kami.

Sabtu hari tu habis kerja terus menapak ke Giant membeli bahan2 keperluan. Selepas beli hakak terus belah balik rumah.huhu menapak lagi.. letih tau jalan kaki tapi sayang punya pasal hakak gagahkan jua.ngeeee

So sape yg berminat nak masak spaghetti carbonara mushroom penuh kasih sayang lemak berkrim yang simple lagi sedap ni boleh la refer resepi kat bawah ni ye. heheh

Bahan2 (4 org makan)

1 Tin preggo carbonara mushroom 
½ tin susu sejat penuh berkrim heheh
1 mangkuk Isi Ayam (hiris nipis) 
10 ekor Udang (buang kulit) 
Sosej (6-7 btg potong kecil2) 
Serbuk lada hitam
 Garam (optional) 
1 biji bawang besar (potong dadu) 
4 biji bawang putih (potong dadu) 
2 sudu besar minyak masak
 ¾ cawan air

Cara Memasak

*Rebus spaghetti dan campurkan sedikit minyak masak untuk mengelakkan dari melekat.

1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan bawang sehingga wangi. 
2. Masukkan sosej, isi ayam dan udang. 
3. Masukkan 1 tin preggo carbonara mushroom dan kacau sebati dengan bahan2 lain. 
4. Tambahkan air dan susu sejat (air tambah kalau tak nak kuah terlalu pekat) 
5. Kacau sehingga masak. Sebelum tutup api tambahkan serbuk lada hitam sesedap rase. 
6. Tambah garam kalau tawar .


Nota Kaki: Hiasan dan menambah rase sedap hakak tabur daun ketumbar. heheh oh ye lagi satu nak menambah kemarvellousannye uols taburlah parmesan cheese. heheh

Meh hakak belanja gambar yew..


nyumm nyumm nyumm

Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...