Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Thursday, 2 July 2020

Mohon bantuan korang jangan gelakkan aku huhuh

Assalamualaikum semua.

Bantuin aku teman-temannnnn. hehehe

Ni bukan suka-suka, tapi salah satu platform aku untuk tambah pendapatan. Maklum le baru kena buang keje.

Semua benda yang boleh datangkan peluang untuk aku tambah pendapatan semua aku cuba hehehe.

Tapi perlukan sokongan orang kiri kanan depan belakang dan korang as kawan2 blooger juga.

Ini cubaan pertama aku upload video kat youtube.

Jangan gelak sebab aku masih malu-malu kucing bila bercakap depan camera huhuhu.

So untuk content youtube ni mungkin aku takde specific sangat. Masih mencari2 idea untuk buat content ape huhu.

Korang rase content ape yang menarik? Bagilah idea kat aku.

Dannn paling penting untuk permulaan aku harap korang boleh subscribe channel aku biar ada 1k subscribers dan 4k viewer. Pleaseeee help me.

Bantuinnn aku temannnn temannnnnn.


First video. Dapat hadiah dari kakak tercinta. So kita unboxing la hadianye.

Sunday, 28 June 2020

Nasi Beriani masak dalam kuali non stick aje.

Assalamualikum semua.

Menu untuk makan tengahari tadi nasi beriani dengan ayam masak merah. Alhamdulillah nasi sedap ayam masak merah pun shoo shedapppp hehehe.

Harini mood swing sikit walau pun menu terangkat. Biasa lepas aku tumis aku akan pindahkan dalam periuk nasi tapi harini punya malas , aku masak je dalam kuali. hahahah

Masak dalam apa pun tak penting yang penting sedap. Nasi beriani aku simple je sebab guna perencah nasi beriani dari meggi. 100% aku follow je resepi dekat belakang perencah tu. Cuma bab air tu je kena pandai adjust dan aku tambah daun pandan buat nasi lagi wangi. 

So kalau yang beginner tak reti masak pun boleh pandai masak nasi beriani. Rasa sedap kena dengan selera aku yang memang kaki makan ni. Suami pun kata sedap. Dak mija pun suka.

Ayam masak merah guna resepi campak-campak and agak-agak aje. cong ceng cong ceng siap. 

Done! makan. kenyang perut suka hati.heheh

Siapa yang tak pernah cuba boleh cuba perencah nasi beriani meggi.

Selamat mencubaaa.


ayam masak merah.


Nasi Beriani

Friday, 6 December 2019

Prosperity IS BACKKKK

Assalamualaikum,

Prosperity Burger is backkkkkk. Yeah salah satu hidangan mcd yang aku tunggu-tunggu setiap hujung tahun.

Entah aku pun tak tau le kenapa aku suka sangat prosperity burger ni. Padahal rasa black pepper je pun heheh.

Malam tadi setelah 18 kali aku ajak laki aku makan mcd dia tolak tapi kali ke 19 dia tak mampu nak tolak dahhh.. Auraa diaa Masyaaaallahhh..heheh ok ni tipu..saja nak selit salingan iklan yang bersepah di facebook 2 3 harini. Siapa yang paham aku bagi A+, yang tak paham .. bagus..tu tanda korang tak suka gosip murahan di sosial media dan dunia hiburan.. wakakaka.

Malam tadi laki aku ajak keluar, memula aku eksyen tak nak ikut, sbab aku tau laki aku nak pergi ngeteh je malam tadi. Disebab aku sekarang memang tengah cuba disiplin untuk elak makan malam, soo perasaan nak ikut tu cuba ku tahan jebatttttt..kalau aku ikut juga dah tentu nasi goreng USA depan mata. huhuhu

Dalam pada aku tak nak ikut tu, tetiba anak aku pulak nak ikut. Sian la pulak. Dia duk terperuk je kat rumah spanjang masa takde bawa jalan kemana-mana.

Makanyaaaa kami berdua pun membontoti si ayah untuk keluar .. Hehehe. Dalam kete laki aku tanya nak pergi mana je.. Dia kabo dia nak pergi ngetih. Aku cakapp "ikot laaaa nak bawa pergi mana pun.. kami ikut jeee"

Pergghh sekali laki aku ajak pergi ngetih kat MCd. Nasib aku ikut tadi kalau tak..tak merasa prosperity aku muahaha. Dalam perjalan nak ke mCD tu..tertanya2 juga "eh! dah hujung tahun laa..agak-agak ada tak prosperity burger" time ni aku lupa dah yaang aku sepatutnya skip makan malam. hahah dengar je MCD hilang ingatan terus aku.

Sampai kat MCD Technology Park Malaysia , first mata aku terus nampak Menu prosperity burger. ateee memang tak pandang le ponnn menu yang lain. Laju je aku kabo ke laki "abangg acha nak proeperity" .. Last.. dengan dia sekali terjebak hahaha.

So beronok-beronok la perut aku malam tadi dilimpahi cebisan-cebisan gigitan padu Prosperity Burger. heheh.

Pastu balik rumah terus boommm tidooo.

Ermm rase nak lagiiii.


gambor pinjam google..semalam tak sempat snap handpone habis bateri.




Tuesday, 3 December 2019

5 sebab kenapa SKINCARE dari Korea is the BEST

Assalamualaikum..

Pernah dalam entry sebelum ni aku ada bagitau yang ada buat online business, tapi aku tak inform pun jual apa. Ye ye aku lupa nak bagitau. Hari ni baru teringat . Banyak sangat makan semut gamaknya, asek lupe je. Padahal berhari-hari nak update pasal business ni.

OK dengan ini untuk pengetahuan semua hampir 2 tahun aku jalankan business menjual product skincare dari negara KOREA. Originalllll ye tak main laaa jual barang fake.

Kenapa aku pilih skincare dari korea?

Nah aku aku bagi 5 sebab kenapa SKINCARE dari Korea is the BEST

1. Murah.

Sebelum ni ada customer aku complain barang yang aku jual mahal. Tapi pada aku murah berbanding product local. Kenapa aku kata murah? Murah sebab walaupun at first korang terpaksa keluarkan segedebuk duit tapi product boleh guna up to 3 month keatas tau. Contoh Serum 50ml harga rm60 boleh guna berbulan-bulan tau. So keluar duit sekali je dalam tempoh masa yang lama.

2. Kandungan dari bahan semula jadi.

Ada banyak negara yang melarang penggunaan beberapa ramuan atau bahan tertentu dalam product skincare diorang. So peraturan ni memang ketat. Founder takleh memandai letak barang yang salah disisi undang undang. Termasuklah negara Korea. Bukan macam sesetengah founder kat malaysia ni, berapa kali masuk surat kabar barang diorang ada bahan terlarang pun masih jual lagi. Lagi aku tak paham yang beli dan guna. huhuh

3. Fokus kecantikan

Orang korea ni kalau bab cantik memang level dia semua negara takleh lawan kot. Diorang ni diajar seawal usia untuk jaga kulit. Same gak macam orang jepun. So kalau korang tengok product dari korea akan ada step by step dia. Ada sabun, toner, essence, serum , and banyak lagi. Korang kalau nak cantik boleh follow 10 step korean skincare routine. Paling sikit 5 step. Follow the rules confirm macam cermin kulit heheh silap2 memancor cahaya suci murni di wajah korang tu.hihi

4. Dibuat khas untuk Korang.

Haaa kenapa aku kata khas untuk kotrang. Produk dibuat mengikut masalah kulit korang. Korang bagitau je ape masalah kulit korang. Semua ada. Jerawat, jeragat, parut lekuk, kusam, nak putih semua ada. Tapi orang kita mana suka cenggitu depa suka 1 product pakat habisss sapu semua masalah kulit. muehehehe.. mana mauuuunyeee kata pak jabit. bahahah. eh tiberrr.

5. Inovatif

Ye ke? pada aku ye sebab diorang selalu keluarkan produk baru dan setiap product sentiasa menarik. contoh mcm buble foam, and cushion foundation. Korea keluar dulu tau pastu baru negara lain keluarkan same hew hew hew.

Haa 5 je lah aku bagi.. ini pun dah cukup membuktikan betapa bestnya pakai product skincare dari Korea ni.

So kalau korang nak order set skincare dari korea boleh roger je aku k. Bawah ni aku share hot product dari korea brand SOME BY MI.



Aha Bha Pha 30 Days Miracle Set.

Aha bha pha 30 days Miracle Starter Kit

So far sekarang paling popular brand SOME BY MI.

Next entry nanti aku share semua product list dari SOME BY MI.







Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...