Showing posts with label Haldang. Show all posts
Showing posts with label Haldang. Show all posts

Monday, 28 September 2020

Masaaaaaaaa

 Tik tok tik tok !

Waktu pun berlalu.  Di anak tirikan dan diabaikan lagi blog ini. Kesian! Tiada pengisian dan perkongsian yang di buat. Kenapa ? dan Mengapa?

Tiada kata yang dapat diungkapkan melainkan masa yang dikejar untuk diri sendiri juga masih belum cukup, inikan pula nak mencuri waktu menulis seketika. 

Omong kosong !!

Sekarang ni kan sedang menulis?

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk aku beristirehat dari banyak perkara contohnya??? 

Cuti masak.. hihihi ADUIIII poyo je ayat2 kat atas ni hahaha.

Sekarang banyak masa terluang sebab cik suami tiada untuk di beri keutamaan, sebab beliau ada short course sebulan. 

Cik somi balik hujung minggu je. Jadiii masa yang adaa memang boleh hadap blog laaaaa.. hehehe

Harap lepas ni semua media sosial aku berupdate lah hendaknye..

OKKKK. tak sabar untuk next entry.. hmmm  bye,,,, jumpa lagi. takde idea nak tulis ape lagi sekarang ni. heheh.

Monday, 6 July 2020

Telur dadar je pun hehehe

Assalamualaikum semua,

Aku fikir dua tiga kali juga nak share video ni dengan korang. Malu pun ada maklum lah beginner.. hahahah

Al-kisahnye mana aku tau kalau nak record video tak boleh menegak. Aku pulak balun je merakam video menegak. Siap edit semua , aku pun tunjuk la kat laki aku tanya

 "banggg pelik tak video ni bila sampai intro?"

 Laki aku pun kabo "aah pelikkk mana ada orang record menegak"

"ngape abang tak bagitau acha, acha mana tau" aku balas.

"Kata nak jadi youtuber kena lah tau" laki aku jawab lebih kurang cenggitu.

Aku pun garu kepala yang memang tengah gatal. Cane ni..video dah edit, rugi lah aku berpeluh2 merakam tadi.

Setelah penat berfikir dan juga bersoal jawab dengan abang chik aku (dia pun youtuber), dia pun kabo apload je.

Maka aku pun buang perasaan malu dan teruskan dengan perasaan tak tau malu upload jugalah resepi  telur dada aku yang tak seberapa tu.

Harap sudi tonton like dan subscribe.

TELUR DADAR SEDAP DAN LEMBUT

Bahan:

Telur ayam
Bawang
Cili Padi
Lada Sulah
Mayonis

Cara masak:

Campur semua dan pukul rata. Panaskan minyak dan goreng macam biasa.

Hati-hati ye. Telur ni bila dah tambah mayonis dia jadi super lembut n gebu. so masa nak flip tu senang hancur. hati-hati. 

Selamat mencuba.


Please tonton dan subscribe.


Thursday, 2 July 2020

Mohon bantuan korang jangan gelakkan aku huhuh

Assalamualaikum semua.

Bantuin aku teman-temannnnn. hehehe

Ni bukan suka-suka, tapi salah satu platform aku untuk tambah pendapatan. Maklum le baru kena buang keje.

Semua benda yang boleh datangkan peluang untuk aku tambah pendapatan semua aku cuba hehehe.

Tapi perlukan sokongan orang kiri kanan depan belakang dan korang as kawan2 blooger juga.

Ini cubaan pertama aku upload video kat youtube.

Jangan gelak sebab aku masih malu-malu kucing bila bercakap depan camera huhuhu.

So untuk content youtube ni mungkin aku takde specific sangat. Masih mencari2 idea untuk buat content ape huhu.

Korang rase content ape yang menarik? Bagilah idea kat aku.

Dannn paling penting untuk permulaan aku harap korang boleh subscribe channel aku biar ada 1k subscribers dan 4k viewer. Pleaseeee help me.

Bantuinnn aku temannnn temannnnnn.


First video. Dapat hadiah dari kakak tercinta. So kita unboxing la hadianye.

Friday, 26 June 2020

Aku kena buang keje time PKP

Assalamualaikum semua

Cerita pagi tadi pergi mydin beli barang nak masak nasi ayam, dah ambik sos cili dengan sos tiram tetiba nampak cekodok adabi. Teringat dak mija suka minta makan memalam.

Letak tepi dulu sos tiram n sos cili, pergi belek cekodok pulak dulu. Puas hati dengan cekodok pilihan aku pun menonong pergi counter bayar barang. Penyudahnya dalam perjalanan balik baru teringat sos cili n tiram tak beli.
Hahhahaah tak tau nak nangis ke nak berhuhuhu.

Jadi masak jelah dengan bahan apa yang ada sebab dah terjanji dengan en.somi dengan dak mija nak masak nasi ayam. Tengah memasak tetiba nampak en.somi siap hensem2 dengan berkurta bagai, laju aku tanya "abg nak pergi mana?" .. " sembahyang jumaat!" ehhh lupa pula hari ni hari jumaat. Macam pelik pulak tengok laki aku pergi sembahyang jumaat hahah maklumlah musim pkp haritu lama tak sembahyang jumaatkan.

Alhamdulillah negara kita dalam fasa kemenangan walaupun covid ni tetap akan ada bersama kita semua tapi in sya Allah negara kita mampu mengatasinya. RAKYAT MALAYSIA BOLEH.. 

Dalam masa tu aku adalah salah seorang mangsa PKP huhuhu, sehari sebelum PKP kontrak kerja aku dengan company bersambung sampai bulan 6.  Kontract pekerja baru sambung setiap 3 bulan. So bulan 6 tu aku sambung untuk 3 bulan lagi la kononnye. 

Tetiba esoknya pkp. genap 2 minggu aku wfh, dapat email kata aku di berhentikan kerja.. masa ni aku rase cam kosong jeeeeeee. Tak tau nak buat ape. Aku sms bos tanya kenapa? tetiba kata performance aku tak bagus. Masa ni aku rase nak gelak pun ada. Setelah berhempas pulas tahan maki , kena marah bagai, performance x bagus katanya. Aku baru keje 3 bulann kotttttttttt. Yeahh lama-lama aku anggap takde rezeki aku kat situ. Ada satu hari aku teringat nak contact member yang masuk keje sama2 dengan aku dulu tapi opis dia kat hq, rupanya bukan aku je kena buang, mana pekerja baru semua kena buang muahahahaah. So tak jadilah aku nak sedih beria. 

Sekarang aku duk umah je lah sambil buat florentine cookies. Korang nak order boleh roger aku ye. hehehe nanti aku up gambor bebanyak. Selain tu aku sekarang ada cita2 baru nak jadi youtuber lah.. mana tau dapat 100 dollar sebulan pun jadi lah.. wakakakakak.

Jumpa lagi next entry. Doakan aku murah rezeki ye.




Saturday, 22 February 2020

Cara makan megi zaman universiti.

Assalamualaikum..hi kawan2... Dua tiga harini tak sihat. Perut meragam dan makan pun tak tentu hala.

Aku dah sakit perut dekat seminggu. Ceri beri. 

So ceri beri aku ni boleh dikatakan dekat seminggu juga le. Huhuhu...

Stress pula aku. Mana tak stress, ceri beri kalau sekali je takpe tapi berkali2 .. nak kata keracunan , xde pula aku muntah². Nak kata makan pedas pun sekali sekala je kot. 

Hari khamis hari tu aku dah rase seram sejuk kat office, aku bagitau dekat bos nak pinjam themormeter , nak cek suhu tapi aku macam di perlekehkan pula.. " takpe boleh buat keje lagi" lebih kurang macam ni la jawapan yang aku dapat.

What the heckkkk... Aku nak pinjam sbb nak cek suhu bukan aku tak nak buat keje.

Dua kali kot aku minta tapi di gelakkan dan di senyum sinis aje.. kecewa siottt. Sakit hati aku.  

Balik keje aku memang gigil habis and aku decide mc hari jumaat. Padan muka depa. Muahahah. 

Alhamdulillah dapat la rehat 3 hari ni. 

Aku sedih layanan kat opis tu macam hare sikit... sepanjang aku keje boleh nampak dia punya layanan antara staff tu berbeza2. 

Hmm eh terluah perasaan pula. Niat aku tadi nak update dinner malam ni .lain pula perginye hehe.

Malam ni tak tau nak makan ape. So ini je yang boleh buka selera aku.

Jemput tengk semua hehehe.

megi asam laksa sama nasi putih. Ni makan aku masa kat unisel dulu. Heheh 
Sedap tau. Sape tak pernah cuba, boleh la sesekali cuba makan dengan nasi. Sedappp

Tuesday, 17 December 2019

Back to work!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pencarian kerja sudah tamat. Aku grabbed je mana kerja yang datang dulu. Desperate. Yes, I am. Memang aku desperate.  Semalam 16.12.2019 (Isnin) jam 5 lebih cam gitu ada sorang admin dari satu company yang aku pergi interview untuk kali ke2. Bila? Biarlah rahsia.. ecehh 

Sambung balik. Tengah aku memasak petang semalam dapat called yang minta aku datang keje hari khamis ni. 

Mula-mula teragak-agak juga aku nak terima sebab aku tak tau basic dapat berapa. Bila dia tanya bila boleh masuk kerja, aku minta hari isnin minggu depan supaya aku boleh bereskan hal si budak mirja ni, tapi diminta asuk awal pula. Hari khamis dah kene pergi. Aku on je lah. Lepas tu baru dia bagitau aku basic gaji berapa. ada elaun semua. Aku minta sekian -sekian tapi dapat kurang rm100 dari yang aku minta. Ok lah tu , kalau tambah alaun dah lebih dari yang aku minta.  Alhamdulillah.

Sekarang pening pulak kepala aku nak cari pengasuh dekat budak miraza ni. Nak cari yang boleh jaga sampai hujung tahun ni je. Tahun depan dia dah pergi sekolah. Tahun depan dia akn terus transit sampai petang kat tadika. So tahun depan memang takde masalah. 

Harap-harap dapat la cari pengasuh. Pengasuhnya ada cuma tak confirm je lagi.

Harap doakan urusan aku nak hantar mirza dekat pengasuh dipermudahkan.

Dan doakan aku istiqomah dengan kerja baru. heheh



sumber:google


Friday, 13 December 2019

Kenangan Berpeluh ketiak Masa pergi interview.

Assalamualaikum, 

Apa khabar korang semua. Aku busy dua tiga hari ni. Busy siapkan resume. Heheh. Rasa awkward betul bila dah lama tak kerja tetiba ada yang sudi panggil interview. Berbunga-bunga juga hati ni. Maklum lah orang kata, perempuan ni once dia berhenti kerja sebab bersalin nak minta kerja balik memang susah. tambah lagi kalau yang dah berusia macam aku ni.

Memandangkan tahun depan Muhamammad Iman Mirza dah mula sekolah aku pun decide nak kerja semula. Start minggu lepas lagi aku dah search sana sini tengok jawatan kosong. Paling banyak aku apply dekat job street lah. Tapi nak tggu feedback dari kampeni-kampeni ni paling lewat 2 minggu. Sambil tunggu maklum balas diorang, ada juga aku apply dekat mudah.my. Ada dalam 5 job juga la aku apply.

Jawatan yang aku apply pun jawatan biasa je, kerani dan Logistic Executive memandangkan last kerja aku bahagian logistic tu je la yang aku confident nak minta huhuhu. Ada experience kann..  

Alhamdulillah dalam banyak-banyak permohonan yang aku apply dari mudah tu , ada satu kampeni minta aku datang interview untuk kerani data entry. Happy giler aku bila buka email semalam. (12.12.2019) . Cepat-cepat aku inform laki aku bagi tau jumaat ada interview (hari ni 13.12.2019). Laki aku pun kata ok. Siap peringat suruh photostat apa yang patut.

Bab baju tudung semua tu aku takde masalah, yang jadi masalahnya kasut. Mana ada aku kasut sarung yang formal. Ada pun kasut selipar getah purple yang aku pakai hari-hari.

Mula aku garu kepala. Tetiba teringat kasut lama kat luar rumah. Kasut tu sebelah tapak belakang dah tercoit sikit. Cecepat aku pergi ambil dan repair. Mujur laki aku ada gam gajah. Setel bab kasut. senang hati semua dah complete. Tinggal nak pergi interview je.

Aku bertolak dalam pukul 9.30 pagi dari LRT Alam Sutera. Company yang aku nak pergi ni dekat Sg Besi. memang tak jauh dah dari LRT Alam sutera. Lebih kurang dalam 5 stesen je. Tambang pun rm2.4 je. Masa ni aku berangan dah..kalau dapat kerja , seronok ni tambang murah. Jimat banyak huhuhu.

Sampai lrt Sg.Besi, Mula lah kesukaran aku nak pergi ke company tu. aku memang tak pernah sampai kawasan situ. Lalu je pernah le itu pun naik lrt hehe.  Masa dekat parking bertingkat lrt Sg Besi tu aku call pihak sana tanya mcamna nak pergi pejabat tu.  admin tu kabo " Cari  Subway, kami sebaris dengan Subway" aku tanya lagi dekat ke dengan parking bertingkat tu. Admin tu kat "oh kami belakang sikit, Cari subway ye." aku pun iye kan ajelahhh uhuhu.

Berpeluh ketiak aku mencari pejabatnye tak jumpa-jumpa. Bertambah malang kasut sarung yang aku pakai rosak tercabut lunyai langsung tak boleh nak pakai. Masa ni aku rase give up dah nak cari pejabat tu. Misi aku masa ni tinggal nak cari kasut baru je. interview dah jadi no dua. Hehehehe.

Punya besar kawasan tu satu kedai kasut pun tak ada. Sudah nye aku aku beli selipar je. Masa ni aku dah serba salah nak pergi interview ke tidak. Sebab pakai selipar je.

Fikir punya fikir aku gigih la cari juga office tu, lewat sejam dah aku time ni. Alang-alang dah sampai tak pergi interview rase rugi la pulak. Belasah je lah pakai pakai selipar pun. Setiap kali jumpa orang aku tanya subway kat mana. Semua dok kata kat belakangg kat belakang. Berapa banyak belakang darrrrr.. Aku dah mandi peluh mencari tak jumpa jumpa. last aku jumpa satu brother tengah makan roti kat moto. Penyelamat.. hahah belakang cimb dia kabo. fuhh rupanya belakang sekaliii bangunan baru palingggggg hujungggg. sejam lebihhh aku mencari.

Aku pendek kan cerita.. bengang je aku rasa masa interview, First aku minta maaf sebab pakai selipar tapi aku tunjuk kat orang interview tu kasut aku yang dah kopak tu. Dia kata xpe je... Dia suruh aku tunggu  dalam bilik meeting. boleh pulak dia pergi bersembang, dekat 15 minit juga aku menunggu. Bila dah mula sesi interview dia kabo " jawatan yang aku mohon tu diorang dah isi kemarin" whatttttt dah tu semalam kau anta email suruh interview buat apa kalau dah tau takde kosang dah. eh panas pula hati aku. Rupenye dia nak offer aku jawatan telemarketer... hmm first aku tanya dia gaji berapa. RM1100.00 . Aku diam je masa ni. heheh awkward gilerr. Dia tanya lagi tau ke telemarketer tu apa?
Aku cakap tau "buat  outbound Call untuk offer service yang kita ada pada customer" yang aku nak tergelak tu boleh pulak dia tanya aku Outbound call tu ape? Garu kepala aku bila tukang interview tak tau. Sudahnye aku pula yang terangkan kat dia  pasal inbound outbound.

So citer dia aku tolak lah mentah-mentah offer untuk aku jadi telemarketer kat situ. Bebetul kalau nak jadi telemarketer better aku join etiqa , basic pun tinggi takde la ralat sangat kalau komisen takde.

Sooo interview hari ni sia-sia saje sebab jawatan yang aku nak tu depa dah pass dekat orang lain. Ngok betul la... Aku geram sebab kenapa panggil aku interview kalau jawatan tu dah takde huhu.



Sampai Sg. Besi 10.04 pagi.



Kasut rabakkkk..



tak memasal beli selipar baru. Balik anak aku tanya "ehh ummi ada selipar baru" hehehe



Berpeluh ketiak dengan tak makan dari pagi. Balik aku tapau ni makan kat stesyen LRT.



Air manis tak boleh tinggal huhuhu




Monday, 9 December 2019

Selipar dan kami sekeluarga

Assalamualaikum.

Harini nak cerita pasal selipar. Ahhh takde benda lain ke nak cerita? ehhh apa salahnya jadikan selipar satu entry dalam blog ni., memandangkan selipar juga menjadi sebahagian dari setiap manusia di seantero dunia. hehehe.

Kami bukan dari golongan have have untuk ada 3 4 selipar dalam satu masa. Kami cuma rakyat marhein yang boleh dikatakan miskin bandar. huhuhu

Selipar baru cuma akan berganti kalau selipar sedia ada sudah tahap tak boleh pakai. Baru ni selipar anak aku si mirza yang dia pakai since umur dia baru nak masuk 3 tahun . sekarang mirza dah 4 tahun. Mirza pakai selipar dia sampai 7.12 kemarin. Genap umur dia 4 tahun. Memang lunyai selipar tu. 

Aku memang dah ada niat nak ganti yang baru lepas nampak tapak selipar dia koyak. Setiap kali keluar pergi beli barang dapur aku tengok selipar untuk dia. Selipar kalau elok sikit harga punyalah bapakk mahal giler. Bila harga tak mampu milik tu fikir 2 kali gak nak beli yang baru.

Kebetulan masa nak pergi pasar malam hari tu selipar dia putus, nasib jumpa orang jual selipar getah yang sedap di pakai untuk mirza. Tengok harga rm10 je. Ape lagi aku suruh je laki aku beli. Tak yah pikir dah.  Seo belilah selipar superman untuk dia. Punya la seronok dapat selipar baru. huhuhu sian dia mak ayah bukan keje cop duit senang2 nak keluar belanja gitew je.

Lepas beli selipar mirza bapaknye pulak beli selipar baru, sambil angkat selipar yang dia tengah pakai tunjuk kat aku. Ohh selipa laki aku pun dah nak terbelah dua. wakakakak.. hahaha belilahhhh lagi sepasang untuk ayahnya.

Aku tak beli pun selipar baru sebab selipar aku yang beli tahun lepas elok lagi. tunggu lunyai baru ganti hehehe.

Aku memang tak suka nak membeli kalau takde keperluan sebab duit tu simpan lagi bagus. Tapi tu la duit ni datangnye sekajp habis pun sekejap huhuhu.. walaupun kau tak nak membazir, sebolehnya tetap nak berjimat dia tetap meninggalkan kita. huaaaaaaaaaaaaaaaaa nangisss hehehe.







ini selipar aku yang beli tahun lepas. Tahun lepas tengah jalan2 kasut aku putus kebetulan ada kedai kasut kat depan aku. Terus beli. RM25. Sekali aku jalan kat tingkat bawah. ada lagi kedai kasut harga rm20 je.. kambingg betull la. huhu


selipar baru apaknya. RM13


selipar baru dak mirza; Superrrmannnnnn rm10.


nahhh ni dia seliapar lama dak mirza yang dah lunyaii. selipar ni pun rm10 je aku beli dekat the store.
Memang lunyai habis. uhuhu

Friday, 6 December 2019

Atasi Jerawat Pasir @ Black head dan White Head.

Assalamualaikum

Memandangkan aku ni seller skincare rasa macam tak complete pula kalau tak share something yang bermanfaat untuk bantu korang kat luar sana yang ada masalah kulit.

So untuk first entry aku mengenai kecantikkan ni, aku nak cita pasal Jerawat pasir / Black head n white head.

Punca muka korang ada masalah jerawat pasir atau black head and white head adalah disebabkan kulit muka yang berminyaaaakkkkk.

Yes bebeh kulit berminyaklah punca utama jerawat pasir, white head and blackead korang bergembira dan berdangdut dia atas kulit korang. hehehe

Cara nak atasi masalah ni senang je..semudah yeyyybbbbbccccc. 

Penggunaan pencuci muka yang disarankan untuk mengawal pengeluaran minyak di wajah adalah dengan menggunakan cleanser yang mengandungi AHA BHA . 

Apa pula natang aha bha ni tanya kak limah pada cik bunga.. (>.<).

Nah aku shared kat bawah.

APA ITU AHA

Aha bermaksud Alpha Hydoxy Acid. Berasal dari tebu atau dari sumber tanaman lain. Dirujuk juga sebagai acid buah.

KEBAIKAN

Aha bha ni bagus untuk lapisan luar kulit dan lapisan dalam kulit. Berfungsi untuk tarik kulit2 mati yang ada dipermukaan kulit .

APA ITU BHA

Bha bermaksud Beta Hydoxy Acid. Berbeza dengan AHA, BHA termasuk dalam kumpulan Carboxylic Organic dan paling popular dalam skincare ialah Salicylic Acid. 

KEBAIKAN

AHA untuk permukaan kulit tapi BHA sangat bagus untuk lapisan paling dalm kulit yang mana dia boleh angkat segala kotoran dalam kulit tu keluar. BHA ni larut minyak so minyak2 yang terkumpul dalam kulit tu senang-senang je dia angkat. So adanya BHA ni dapat kawal pengeluaran minya kat kulit muka.

Ini pulak Contoh sabun atau cleanser yang korang boleh guna.

Bye Bye Balck Head dari somebymi.
memang syok kalau pakai.

Aha Bha Pha 30 Days miracle soap bar.
Recommended sangat untuk yang berjerawat and breakout


Aha Bha Pha 30 days miracle acne foam
Recommended juga untuk yang breakout.


ini bukan cleanser tapi peeling gel dari Yeon



Haaaa yang ni supr best sangat pakai heheh.  Besar gedabak botol dia. 
Tahan Berbulan2. Ada 3 jenis.

Wonder Bath Super vegitoks.

OK ini antara product cleanser yang paling best and paling laju dijual kat kedai fb and ig aku. so kalau korang ada yang masalah kulit berminyak atau jerawat pasir , balck head n white head. korang boleh cari cleanser yg ada kandungan aha bha. banyak je jual kat pharmacy. 

Nak cuba product dari korea? boleh follow fb aku Ainshah Zanal @ Ig: @kbeauty_viral atau whatsup je aku di 01128345258. mueheheheh. Layanann baikk punyee heheh









Friday, 1 November 2019

Aku dan cita-cita. Yihuuuu

Assalamualaikum.

Aku nak tanya , korang ingat lagi tak cita-cita korang masa kat sekolah rendah? korang ingat tak file biru yang korang kena tulis 3 cita-cita setiap tahun, dari tahun 1 sampai tahun 6?

Aku ingat dari tahun 1 sampai tahun 6 cita-cita aku tak pernah berubah.

Ni antara 3 cita-cita aku dulu. Setiap tahun cita-cita yang sama.

1. Jururawat
2. Penulis
3. Pelukis

Antara 3 cita-cita aku ni nak jadi jururawat tu hampir jadi kenyataan bila dapat tawaran interview ke apa tah untuk Jururawat Desa aku pun tak ingat. Emak yang bagitau suruh balik. Dia kata pergi la cha nanti boleh kerja kerajaan. mueheheh.  Aku pulak time ni dah masuk UNISEL duit banyak dah habis so aku cakap takpe la mak takde rezeki nak pergi sana. Bising juga mak aku masa tu heheh. 

Aku ni macam takde luck nak keje bagus. lepas habis belajar amik degree multimedia aku terus keje jadi customer service. Lepas tu jadi graphic designer sekejap dekat production house. 2 bulan je aku keje situ. Pastu lari pergi ke kampeni yang supply  apc baterry and computer part. jadi kerani cabuk.Aku ingat mak kata nanti anak besar seronok nak tengok anak balik kampung naik keta besar , pakai baju cantik-cantik pastu turun dari kereta besar. bangganya makkk. Allahuu sedih pulaa aku kalau teringat.

Kerja jadi kerani tu tahan juga aku keje 3 tahun lepas tu kawen. Masa ngandungkan budak mirja aku takdela niat nak berhenti keje tapi masa aku tanya taska dekat rumah berapa dia amik untuk baby. Taska kabo rm500. Hoiii terkincit aku dengar. Separuh kot dari gaji aku.  huhuh. last aku decided berhenti keje jaga sendiri je. Masa ni mak aku kecewa lagi huhuhu. Sian mak. ampunkan acha makkkk huhuhu.

Balik pada cita-cita aku masa kecil selain nak jadi jururawat aku nak jadi "Penulis and Pelukis". Pelukis ni aku rasa tangan dah keras kejung memang tak boleh nak melukis dah. Nak lukis buaya jadi kanggaroo pulak nanti hahah.

Adakah masih ada kesempatan untuk aku jadi penulis? Belum terlambat ke? Umur sekarang dah 33 tahun. tahun depan dah masuk 34. Tua je rase huhuhu. Tapi aku rase macam masih boleh je nak kejar cita-cita aku nan satu ni. Hehehe cuma kurang motivate je.

Salah satu sebab aku nak kembali berblog adalah nak improve skill menulis aku. Idea bersepah, nak menulis tu aku tak reti. Aku lebih suka follow ape yang keluar dekat kepala. Sudahnye ape yang keluar semua cacar marba dah macam bubur lambok. macam2 ada dalam tu hehehe.

oh ye aku ada tulis novel kat wattpad tapi confident tu xde nak publishkan. Since aku blog walking dekat blog kawan-kawan banyak yang review buku. Teruja pulak aku rasa. Tapi segann rase macam ada ke nak baca cerita aku. Huhuhu.

Korang rasa patut tak aku publishkan?

nah aku belanja sikit teaser chapter 1. Kalau ada yang sudi komen dan bagi kata2 semangat lagi bagus hehehe.

" Mak pergi rumah Kak Leha" Yasmin memberitahu. Penat matanya melihat Ana melilau kesana kemari mencari emaknya.
"Hah! Tu tak lain pergi membawang la tu." Getus Ana dalam hati. Langkahnya di hayun laju. Hatinya tak betah menunggu di rumah. Belum pun sempat sampai di rumah Kak Leha , dari jauh terlihat kelibat Cik Nor berjalan pulang.
"Amboiii bukan main lagi orang tua ni ye. Melenggang kangkung macam itik pulang petang. Dia tak tahu ke hati aku ni tengah sakit macam orang kalah perang." Bebel Ana sendiri.
------------------------------------
"Sejak bila mak cik pandai ambil kerja tuhan ni? Tak tahu ye  jodoh pertemuan tu semua urusan tuhan? Mak cik tak tak tahu ke? Atau mak cik sendiri nak jadi tuhan?" Ana tidak mahu kalah. Geram pula hatinya bila di sindir begitu. 
Haaa korang rase macamana patut tak aku publishkan hehehe. Minta pendapat sikit.


sekadar hiasan huhuhu



Thursday, 31 October 2019

Kedai IG

Assalamualaikum.

Dekat setengah tahun telifon rosak.maka dekat setengah tahun juga kedai IG aku tak beroperasi. Jangan aku lupa pasword sudah nanti huhuh kalau tak naya nak cari follower 4k lebih tu.

Jari jemari ni dah menggeletis nak update barang baru. Tak sabo nak tggu 8 aribulan huhuh. 8.11.2019 dapat duit kutu, jadinye tak nyabooooorrrr rase nak pegang henpon baru. 

Sementara menunggu  handphone baru muncul. Aku buat la logo baru untuk kedai ig. Biar nnt bernafas baru semuanyanya heheh. 

logo la sangat kan.. nak upah orang takde duit. Guna apps percuma je.

Ada je handphone baru nanti nak update tak berhenti biar sampai muntah hijau follower bahahaha. Melampau tak. kih kih ih. wehhh rindunye nak main ig. 

Semoga cepat dapat duit kutu hehehe.

Monday, 28 October 2019

Rezeki tak salah alamat.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih sempat nak update entry untuk bulan Oktober, kalau tak,alamatnye bersawang dan berkulat lagi la blog teman ni huhuhu.

Actually tengah tunggu laki aku habis sembahyang ni nak makan tengahari, tapi masalahnya sekarang jam dah pukul 5.31 petang. Bahahahah boleh lagi ke nak kabo makan tengah hari. Ni makan tengah hari merangkap makan malam sekali la kot. Aci tak? 

So aku nak cerita rezeki yang Allah hantar dekat aku. Sebelum tu aku nak tanya, pernah tak korang rasa susah hati bila tak dapat cari duit sedangkan korang punya komitmen berderet deret mintak di lunaskan? Mesti pernahkan.

Ni la yang terjadi sekarang. Citer dia macam gini, selain dari meniaga nasi lemak pepagi aku ni juga online seller. Bila jadi online seller kebergantungan aku 100% dengan handphone. Handphone yang aku guna sekarang ni dah rosak. Rosak dah lama tapi masih boleh guna lagi. Masih boleh wassap kalau ada customer yang nak order barang, Sekarang handphone aku totally damaged. Memang tak dapat di selamatkan lagi. Tinggal nak dikebumikan saje dan paling sedih takde pewaris yang nak mewarisi.. heheheh.

Aku memang kurang guna pc atau laptop untuk update iklan2 jualan ni. Sebab apa ? Sebab setiap kali aku buka laptop akan ada assistant tak berbayar sebuk nak tolong a,k,a budak kecik yang nama dak mirja tu. Aku buzy nak berniaga dia lagi buzy nak menyebok. So memang tak lah aku nak update guna laptop. Memang takkan jadi kerja punya.

So dipendekkan cerita aku terpaksa cuti berniaga online walaupun separuh dari commitment aku bergantung dari hasil kikis mengikis customer secara online. Senak juga perut bila takde pendapatan sampingan ni. Laki tak tolong ke?? hahahah laki aku tolong mana yang dia tau je..yang dia tak tau sendiriiiii tanggunggg laaaa muahahahah. salah satu punca sempit rezeki juga ni sebab berahsia dengan lakiii... alaaaaaa duit main kutu je ponnn. in sya Allah boleh cover sendiri heheheh

Kepala ligat berputar ape nak buat bagi tambah duit poket, dari jual nasi lemak kosong aku tambah ada lauk gulai. Alhamdulillah bertambah sikit, tapi masih tak cukup. maklum le nasi lemak bukan banyak sangat untungnyee.

Hati ni terus je berdoa supaya ada jalan, aku susah memang jarang kabo kat laki kalau boleh biar aku settle sendiri.

Alhamdulillah berkat doa tak putus , mungkin doa dari suami dan mak kat kampung yang sentiasa mendoakan anaknye ni di murahkan rezeki, tengah kemas2 meja nak balik datang someone ni tanya "boleh hantar nasi lemak tak dekat construction site china international school kat atas bukit ni?"

Aku macam lembu kene cucuk idung laju je angguk hehehe. rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. memandangkan aku takde hadnphone , minta kak jun jiran depan rumah yang boleh kata hari2 lepak kat kedai tolong aku meniaga ni amikkan no en. amir a.k.a tuan punya kantin kat construction site tu.

Malam tu bincang dengan laki aku. Dia on aku pon on. soooooo Alhamdulillahhh terima kasih ya Allahh atas rezeki tak di sangka ini dapat la aku simpan sikit duit.

Syukurrr Alhamdulillah.

So korang kalau ada masalah kewangan. Jangan susah hati. Doa banyak2. Allah itu mendengar setiap doa hambanya. Cepat dan lambat je. Tapi jangn la doa je tanpa usaha, seeloknye biar seiring doa dan usaha.

OK sampai sini aje coretan aku buat kali ini. dari pukul 5.31 petang tadi aku menulis ni sekarang dah pukul 1.22 pagi baru siap. Nampak tak jarak masa yang aku amik nak tulis entry ni. ni semua gara2 rebut laptop dengan dak mirja la.. stresssss  makkkk huhuh

sekian jumpa lagi di next entry.

sumber:google



Thursday, 30 April 2015

Kerja.. Kerja.. Kerja.. Pengsannn

Selagi belom tutop mata... keje keje keje dan keje...  bila nak kaye nihhhh huhu
Cantik tak meja hakak??? Huhu
huhuhu pengsannnnn

notabulukakikuygsiapbertrim:moodcutinakbalikkampungsudahmari.

Friday, 26 December 2014

35 days absence / Unpaid Leave

Unpaid  leave  for  35  days approved  by  bos  kecik  and  bos  besar. Everything   gonna  be  okay. Hopefully  my  beloved  mummy will recover  quickly .



Friday, 19 December 2014

company gathering . .. hehe

19th  December  2014 .. company  gathering  heheh  xcited . X  sabar  nak  makan  wahahaha .


On  the  way  for  makan  makan  makannn

Thursday, 24 July 2014

Tiada bonus raya tahun ini

Tak dapat digambarkan perasaan hakak sekarang bila dapat tahu takde bonus raya tahun ni. Hakak rase macam nak tercekik. Hakak betul2 mengharap sangat dengan bonus raya tapi tak sangka pula tahun ni tak merasa dapat bonus. Omokan dari senior2 tempat hakak kerja ni cakap kampeni akan bagi bonus 2x setahun. Raya Cina sekali dan Raya Puasa sekali. Tapi tahun ni why why why why dan whyyyyyy xde bonus. Hakak sedih tahu sedih ya amat.

Bila tengok akaun berbaki duit gaji hakak rase nak nangis. Baju raya kuih raya kasut raya atok semua tak beli lagi.Ya Allah semputnye hakak rase. Bukan hakak tak reti bersyukur tapi entah laa hakak pikir bulan depan ada 5 minggu. Gaji masuk awal so maknenye duit pon boleh jadi habis awal. Hakak tersangatlahh susah hati sekarang nih.

Hakak harap miracle will happen tomorrow.. mana tau boleh beranak pulak duit dalam bank tu. huhuh
Hakakkkk STRESSSSSSSSSSSSSS


Monday, 21 July 2014

Buka puasa together2 dengan semua staff EM Sdn Bhd

Hari ini minggu terakhir kita menyambut bulan ramadhan..In Sya Allah kalau diberikan jodoh yang panjang mungkin bertemu lagi tahun hadapan. So hari ni office hakak  buka puasa dekat Yuen Buffet Steamboat Restaurant. Sekarang baru pukul 2:11 pm.. hohh lambat lagi rupanya hakak boleh buka pose.. rase mcm tak sabar je nih. Hakak ada google pasal restaurant nih takut di khuatiri kehalalannye (cam pelik je bunyinyer) huhu So atas bantuan atok google akhirnya status keraguan hakak dah pon terjawab..ngeee So petang sat g boleh la hakak makan macam org giler.HAHAHA..Nanti hakakkk update gambar yewww..huhu






Hambik gambar kat..


P/S: Hakak xde mood nak buat kerja. Fikiran dah dok melayang balik kg je nih.. huhu


Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...