Wednesday 31 December 2014

RIP Kembang

Biarkan  gambar  berbicara .. Kesedihan  dalam  hati tak siapa tahu. Setelah  berhari2 menahan  kesakitan  berhari2  xnak  berenggang akhirnye  kucing  kesayangan hakak si kembang  menghembuskan  nafasnye  yang terakhir . Walaupon  dia hanya seekor  kucing  tapi  hakak  dah  anggap  kembang  mcam adik sendiri . Teringat  kembang  tak  nak  bermanja  dengan  org  lain  selain  hakak .

Peel si kembang  kalau  adik  beradik  hakak balik  kampung dia bolayannn  je. Cuba  kalau  hakak  yang  balik  kampung . . Hakak pergi  memerut  dalam  toilet  pon  dia  sanggup  tunggu . Nampak  je  muka  hakak  mula  la  dia  mengada2  mintak  perhatian lebih huhu .

Kini  tiada  lagi  kembang. Damailah  engkau  di  sana  kembang . Hakak tau tempat  kamu  dimana. Semoga  kita  bertemu  lagiiii .. huhuhu


Kembang with baju raya  


Perut kembang membesar mcm kucing bunting.


Kembang  on  the way  g klinik


28/12/2014 kembang meninggalkan Hakak


kembang dikebumikann bersama selendang hakak Pusara kembang sebelah kebun bunga mak huhu


Damailah engkau disanaaa...

I MISS YOU KEMBANG!

Saturday 27 December 2014

Idea.. awakk .. awakk ..awak kat mane... huhuhu

Sekarang  jam  menunjukkan  pukul  12:37  am yang  mana sepatutnya  hakak sudah pon  lena  dibuai  mimpi  indah ..huhu  tapi  di  sebabkan mata nih X boleh  nak  tdo  makanya  hakak pon mencari  la idea  kot2  datang  bergolek  untuk  update  entry . Pejam  celik  Pejam  celik mata sambil   tengok  dinding mencari  idea  yang bernas  untuk  di  kongsikan .Tapi  hampeh  idea  x  datang ..huhuhu oh  idea... awak ..awak kat manaaa . ..oh.. awakk . .awak  kat  maneeee .. huhuhu .. Otak  hakak  dah  gelong  memalam  nih..huhu maklumlah  dah  2  hari  X  tdo...huhuhu  makanya  oleh  kerana  ketiadaan  idea  terpaksalah  hakak  mengundur  diri  dahulu .. semoga  bertemu  lagi  di  lain  entry .. huhuhuhu


Notabulukakikuyanglurusbertrim:huarghhhhhh menguap  beria  
tapi xleh  tdoooo  huhuhu

Friday 26 December 2014

35 days absence / Unpaid Leave

Unpaid  leave  for  35  days approved  by  bos  kecik  and  bos  besar. Everything   gonna  be  okay. Hopefully  my  beloved  mummy will recover  quickly .



Sunday 21 December 2014

Cheat Day - Kuew teaw goreng

Tak  nak  tulis  panjang2 . . Meh  layan  resepi  Kuew  teaw  goreng  sedap  hingga  menjilat pinggan  nih  hhe he he

Bahan2

Kuew Teaw
sawi
carot
tauge
cili  kering  (siap  blend )
isi  ayam
udang
sos  tiram
kicap  mee
air  rebusan  udang
sedikit  garam
serbuk  perasa
Minyak  masak

Cara  memasak :

1. Panaskan  minyak  dan  tumis  cili  kering  yang  sudah  di  blend sehingga  wangi .
2. Masukkan  isi  ayam, sawi  dan  carot. Tumis  sehingga sawi  kelihatan layu.
3. Tambah sos  tiram dan  air  rebusan  udang sehingga mengelegak .
4. Masukkan  udang dan  tambah  garam  dan  serbuk  perasa  secukupnye.
5. Masukkan  Kuew  Teaw  dan  tambah kicap  mee  secukupnye.
6. Setelah  hampir  masak  masukkan  tauge . Kacau  sebentar dan  bolehlah  tutup  api    dapur.
7. Pindahkan kedalam  pinggan  dan  tabur  sedikit  daun  bawang .
8. Bawa  pinggan  ke  hadapan  TV  dan  bolehlah  makan  sambil tengok  running  man . .muehehhe

Selamat  mencubaaaaaa .



Notabulukakikuyanglurussiapbertrim: brurrrrrrr kenyanggggg heheh



Saturday 20 December 2014

Balik Kampung . . Tiket takde . .Hahaha

Bangun  pagi  nak  balik  kampung ... sekali  tiket takde  hahah . . Tepon  mak . .mak  marahhhh  hahahah . .  Ini  ketawa  dalam  tangisan  namanye ..  sob . .sob..sob..

merenung  masa depan . .huhu

*notabulukakikuyanglurusbertrim : Hakak  stressssssedd  

Friday 19 December 2014

company gathering . .. hehe

19th  December  2014 .. company  gathering  heheh  xcited . X  sabar  nak  makan  wahahaha .


On  the  way  for  makan  makan  makannn

Monday 8 December 2014

Sesi menguruskan badannn ...

Beruntunglah  wahai kalian  yang mempunyai susuk tubuh yang kurus  mulusss . Tak payah  susah2  nak  kuruskan  badan  mcm  hakak  nih .. hakak  ni  berapa  kali cuba  diet entah .  Setiap  kali  mula diet  mesti  kelaut.. Tak  pernahnye  ke  darat  huh. STRESS tau. Tambah2  lagi  kenduri  hakak dah  nak  dekat  nih . Pakai  baju  pengantin nanti  mesti  buruk . .huhu  nak  nangis  hakak  rase .

Sekarang hakak dah  on balik  diet sebabnye  baju pengantin untuk  majlis  belah  lelaki  udah  bertempah  kang kalo  makan  ikut napsu  gajah, baju tu bolehlah  di  sarungkan  dekat pokok  betik . Huhu

Harini  dah  masuk  hari  ke 8  hakak  diet, penurunan  sangatlah  slow .. 8  hari  diet  baru  turun  2.2kg  huhuhh  padahal  yang  nak  dibuang  dekat  30kg  huaaaa  sempat  ke tak  ni nak  kurus  sebelom  kenduri .. sob..sob..sob

Susah  hati  hakak  nih.. 2 minggu  lagi  nak  pi  tempah  baju pengantin  belah pompuan  lak .  Haritu  tengok  baju  semua  stock  untuk  org  kuruih  je ... telan  air  liur  hakak .. Tu laaa , masa  zaman  selim  melim  dulu  X mau  nak jaga  sekarang  sape   susah . . Diri  sendiri gak  yang  merana  huhuh

Semoga  diet  hakak yang ke 150 juta  kali  nih  boleh  buat  hakak  kurus mcm   Fazura  heheheh . . Sape  tu?alaaaa  juri  tetap  maharaja lawakkk  mega  tu . Hehe dannn  semoga  semangat  hakak ni bukannya  "HOT HOT CHIKEN  SHIT" je huhuhh. . Ok  lee  ngantuk  dah. .heeee  lenguh  lah  update  pakey  enpon  nih  huhu.. byeee  nuniteee . ..

meh nak blanja  1 gambo  pajura  yg  meletoppp  heheheh


Huhuhu sukaaaa

Cuba try test..

Assalamualaikummm .. berhabuk dah blog hakak nih .. almaklumlahhh kat opis bos hakak dah block balik tenett huhu kedekukk .. nak hupdate kat umah lappy pulak xde .. huh sian hakak .

Nak tak nak hakak hupdate la pakey phone . .tu pun jenuh study huhu.. hakak ni org kampung tak pandey sangat bab gadget nih huhu.. Cuba punya cubaaa hehhe yeayyyy boleh ponn . Hehe  hakak  berjayaaaa..



sekadar  gambar  hiasan  huhu

Saturday 27 September 2014

Pilihan Diet

Mengikut pandangan Kevin Zahri sila google kalau tak kenal siapa dia. huhuhu. Ada lima diet yang popular dekat Malaysia ni. Antaranyaaa:

1.Diet ATKINs

Diet ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis.

Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak.


2. Diet DETOX

Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.
Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan disini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mat tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Keraan badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.

3. Diet mengikut jenis darah

Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.
Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.
Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

4.Diet Seimbang

Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.
Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

5. Diet NoRice

Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata.

Sooo mana satu pilihan diet hakakkk untuk dapatkan figure mcm dulu2..huhuhu



Friday 19 September 2014

Dilema Kegemukan melanda

Assalamualaikum.

Kebizian membuatkan hakak tak sempat nak update apa2 entry di sini. Kesian blog hakak ni dah berabuk dan bersawang akibat kekurangan kasih sayang huhuh.. apa hakak mencarut nihhh!!!Hakak sedang dilanda dilema wanita. Sedih sangat mengenangkan masalah yang hakak cari sendiri. Nak jadi macam sekarang sikit punya senang tak payah minta bantuan sesiapa pon. Tak fikir pon kesan yang akan datang macamana. Sekarang hakak terpaksa menanggung akibatnye keseorangan. Penyelesaiannya tak dapat dibantu oleh sesiapa melainkan diri akak sendiri. Boleh kalau hakak nak mintak bantuan pada yang pakar, tapi biasa la dah nama pon pakar mestila minta bayaran riban riban.. tak mampu hakak.. huhu kesiannyaaa hakakkk nih.. huhu

Poyo je hakak ni kan. Sebenarnya hakak mengalami pertumbesaran yang agak extreme pada tubuh badan atau Bahasa shahdunya akak dah gemuk gedempol huhuhu Zaman dahulu kala sewaktu zaman hakak jadi best student di unibersiti (hahahah best student la sangat 2 kali repeat paper kot bhahahaha) hakak slim melim je tau. Tapi semenjak dua menjak ni pertambahan berat badan semakin semakin di luar kawalan.

Mula2 hakak tak kisah sangat berat badan naik nih.. al maklumlah masih ada yang sayang.. Kacak pula tu..hehehe sekali pandang macam hero Hindustan 2 kali pandang macam artis Korea.. 3 kali pandang baru macam anak orang Banjar.. heheheeh. Lebih pule hakak ni kann. Bila di sayangi oleh org yang yang tidak memandang paras rupa dan size badan, so hakak tak berapa nak heran sangat bab – bab berat badan ni. Namun begitu, kejadian pagi semalam yang bertarikh 18/9/2014 sewaktu sedang menyarung blouse fishtail kesayangan hakak untuk ketempat kerja tetiba.. arghhh tidakkk sendat sana sendat sini padahal minggu lepas hakak pakai ok je lagi huhuhu. Hakak terkedu sekejap, dalam masa seminggu je hakak terus tak boleh pakai blouse tu. 

Sedih sangat rasa hati ni. Hakak nekad kali ni, tak boleh jadi hakak kena kurus juga. Kurus untuk kesihatan tu yang penting. Baki 2 hari sebelum sampai ke hari Isnin minggu depan ni hakak akan buat research diet mana yang sesuai unutk hakak. Secara rasminya hakak akan mula diet Isnin minggu depan. Semoga hakak dikuatkan semangat dari segi mental dan fizikal.In Sya Allah.

Nota Kaki:
Berat sekarang: 78kg
Tinggi: 154 cm
Status: Obesity
Target : 47 Kg 

Tu diaaaaaa target tak hingatttt.. heheh moga tercapai.


erkkk.. tak mo jadi mcam nih.

Thursday 4 September 2014

Hingga Ke Hujung Dunia Lirik - Hanie Soraya

Hujung Dunia Lirik - Hanie Soraya


Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

Korus
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia

Aku dan kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

Korus
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

Walau ada pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
segala yang pernah kita lakui
Menjadi kita yang hari ini

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia


I'm back!!!!!! Internet tak kena block dah..heheeh

Assalamualaikumm.. yabedabedu...finally hakak dapat juga hupdate entry setelah hampir sebulan tak menjenguk kesini. Lame x hupdate bukan sebab buzy tapi bos hakak yang baik hati tu pergi block beberapa website yg ade termasuklah hakak punya blog.Huhuhu sian hakak tau. Nak online pakai lappy sendiri , akak hakak pule pinjam.Kesunyian kesepian keseorang lah hakak nih..

Harini hakak teringat semalam opismate hakak kate serve down so tangan ni pon gatal plak try buka youtube.. blink blink mata hakak bila tengok website youtube tu boleh buka.. hakak pon ape lagi mueheheeheh layankan aje lahhh ngeeeeeeee (^___*)

Banyak benda nak hupdate tapi mcm x boleh nak cerita semua sebab hakak pon dah lupe jalan cerita bhahahahaha.. :)

Excited sebenarnye bila hakak dapat buka blog ni sampey lupe nak tulis entry ape.. heheh

Nak sambung wat keje jap. Harap2 bos hakak lupe nak block balik..wakakak

Bye.. Adiosssss.....




Thursday 7 August 2014

Dollhouse by Melanie Martinez

Hakak suke Melanie Martinez nih. She's unique. hehe masa dia dalam The Voice hakak tak pernah misss tau tgk dia.. suke sangatt huhu. Jom layan..

Hey girl, open the walls
Play with your dolls
We'll be a perfect family
When you walk away
Is when we really play
You don't hear me when I say
Mom, please wake up
Dad's with a slut
And your son is smoking cannabis
No one ever listens
This wallpaper glistens
Don't let them see what goes down in the kitchen

Places, places
Get in your places
Throw on your dress and put on your doll faces
Everyone thinks that we're perfect
Please don't let them look through the curtains
Picture, picture, smile for the picture
Pose with your brother, won't you be a good sister?
Everyone thinks that we're perfect
Please don't let them look through the curtains

D-O-L-L-H-O-U-S-E
I see things that nobody else sees
D-O-L-L-H-O-U-S-E
I see things that nobody else sees

Hey girl, look at my mom
She's got it going on, ha
You're blinded by her jewelry
When you turn your back
She pulls out a flask
And forgets his infidelity
Uh oh she's coming to the attic, plastic
Go back to being plastic
No one ever listens
This wallpaper glistens
One day they'll see what goes down in the kitchen

Places, places
Get in your places
Throw on your dress and put on your doll faces
Everyone thinks that we're perfect
Please don't let them look through the curtains
Picture, picture, smile for the picture
Pose with your brother, won't you be a good sister?
Everyone thinks that we're perfect
Please don't let them look through the curtains

D-O-L-L-H-O-U-S-E
I see things that nobody else sees
D-O-L-L-H-O-U-S-E
I see things that nobody else sees

Hey girl
Hey girl, open your walls
Play with your dolls
We'll be a perfect family

Places, places
Get in your places
Throw on your dress and put on your doll faces
Everyone thinks that we're perfect
Please don't let them look through the curtains
Picture, picture, smile for the picture
Pose with your brother, won't you be a good sister?
Everyone thinks that we're perfect
Please don't let them look through the curtains

D-O-L-L-H-O-U-S-E
I see things that nobody else sees
D-O-L-L-H-O-U-S-E
I see things that nobody else sees




Wednesday 6 August 2014

Spaghetti Carbonara Mushroom Penuh Kasih Sayang Lemak Berkrim.

#Patahbelakang

Tu diaaaa... berjela panjangnya nama menu resepi hakak kali ni. Entry sebelum ni hakak ada bagitahu yg tunang hakak request nak makan spaghetti. Hakak dengan en.tunang tak suka makan spaghetti bolognese sbb tak kena dengan tekak kami.

Sabtu hari tu habis kerja terus menapak ke Giant membeli bahan2 keperluan. Selepas beli hakak terus belah balik rumah.huhu menapak lagi.. letih tau jalan kaki tapi sayang punya pasal hakak gagahkan jua.ngeeee

So sape yg berminat nak masak spaghetti carbonara mushroom penuh kasih sayang lemak berkrim yang simple lagi sedap ni boleh la refer resepi kat bawah ni ye. heheh

Bahan2 (4 org makan)

1 Tin preggo carbonara mushroom 
½ tin susu sejat penuh berkrim heheh
1 mangkuk Isi Ayam (hiris nipis) 
10 ekor Udang (buang kulit) 
Sosej (6-7 btg potong kecil2) 
Serbuk lada hitam
 Garam (optional) 
1 biji bawang besar (potong dadu) 
4 biji bawang putih (potong dadu) 
2 sudu besar minyak masak
 ¾ cawan air

Cara Memasak

*Rebus spaghetti dan campurkan sedikit minyak masak untuk mengelakkan dari melekat.

1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan bawang sehingga wangi. 
2. Masukkan sosej, isi ayam dan udang. 
3. Masukkan 1 tin preggo carbonara mushroom dan kacau sebati dengan bahan2 lain. 
4. Tambahkan air dan susu sejat (air tambah kalau tak nak kuah terlalu pekat) 
5. Kacau sehingga masak. Sebelum tutup api tambahkan serbuk lada hitam sesedap rase. 
6. Tambah garam kalau tawar .


Nota Kaki: Hiasan dan menambah rase sedap hakak tabur daun ketumbar. heheh oh ye lagi satu nak menambah kemarvellousannye uols taburlah parmesan cheese. heheh

Meh hakak belanja gambar yew..


nyumm nyumm nyumm

Saturday 2 August 2014

Laksa Kuala

Assalamualaikummmm.. Tuan tanah nak kongsi resepi laksa kuala yg sedap sehingga menjilat mangkuk. heheh. Al-Kisahnye semalam officemate hakak duk cerita pasal laksa,tetiba hakak rase mcm teringin pule nak makan. Hakak ni bukan boleh kalau teringin mesti nak kena makan juga. Lepas kerja hakak pon hayunlah kaki pergi ke Giant untuk beli barang. Sayang seribu kali sayang.. bahan yang hakak cari tak cukup puleee.. bunga kantan takdokk. huhu so akak masak jelah dengan bahan ape yang hadoo. Walaubagaimana pon laksa hakak tetap meletop. heheh pada yang teringin nak masak laksa. ni hakak ada kongsi resepi

Bahan Kuah Laksa:

1 kg ikan sardine/kembong/ikan selayang
1 tin ikan sardine cap ayam brand
2 kuntum bunga kantan, belah 2
1 ikat daun kesom. hakak panggil daun cendohom hehe
2 batang serai
4-5 asam keping
3/4 cawan cili kisar
1 inch belacan dikisar bersama cili kisar
Serbuk perasa
Garam sesedap rasa
Air Secukupnye

Bahan ulaman

Timun
Daun Salad
Cili Padi/ Cili Merah
Bawang besar
Limau Kasturi

Bahan Utama:

Mee Laksa. Kalau xde mee laksa bukan laksa namenye.he he he. Laksa korang boleh pilih nak yang kering atau basah. Hakak suka yang basah dari yang kering huhu.

Cara Memasak:

1. Siang ikan, cuci bersih dan rebus sehingga masak.Pastikan air di tuang sehingga ikan tenggelam. Sejukkan     ikan dan asingkan isi dan tulangnye. Air rebusan jangan buang ye.Tapis dan masukkan dalam periuk yg         korang nak guna untuk masak kuah laksa ni. Siap asing, gunaka air rebusan sedikit  untuk blend isi ikan         dan sardine dalam tin (amik isi saje ye).Tulang ikan sila jangan buang sebab itu pon nak di blend juga tapi       guna air biasa je ye.bukan air sirap huhu. Selesai sesi memblender isi  dan tulang ikan uols boleh                     campurkan ke dalam air rebusan tadi.

2. Masukkan semua bahan kisar, asam keping, bunga kantan, serai dan daun kesom. Biarkan mendidih

3. Masukkan serbuk perasa dan garam sesedap rase korang ye dan biar mendidih sehingga masa.

4. Dah settle semua korang boleh isi laksa dalam mangkuk, hiaskan dengan ulaman, telur rebus dan letaklah       kuah yang sedap lagi ohsem nih. huhuhu



Selamat Mencuba semua. Pagi tadi hakak punya tunang talifon dia cakap macam nih "acha masak spaghetti hari nih" hohoho so pasni hakak nak g cari barang masak spaghetti pule.. sape nak ikot?? angkat kaki.. heheh byeee


Friday 1 August 2014

Instant Ketupat Palas & Kari Ayam

Semalam masa tengah keje hakak dapat called dari housemate mintak tolong masakkan pulut & kari ayam. Teringin nak makan katenye. Sebenarnya kawan hakak ni tak balik beraya tu yang ngidam nak makan pulut tu. Kebetulan dia puasa pule semalam. Tapi hakak bgtau dia kalau nak masak pulut ni makan masa takut lambat pule nak berbuke puasa nanti.

So hakak belikan dia instant ketupat palas cap NONA. Balik dari membeli belah semua barang hakak terus masak.

Hakak nak kongsi sikit resepi Kari Ayam yang simple dan sedap nih.:

KARI AYAM (untuk 2 org)

Bahan2

1/4 ayam (Potong kecik2)
1 kotak santan cap ayam brand / 1 cawan santan segar
3 biji kentang di belah 4.
2 batang daun kari*
2 biji bawah merah (racik halus)*
3 biji bawang putih (racik halus)*
1/2 inch halia (racik halus)*
1 sudu besar cili giling
3 sudu besar serbuk kari (campurkan dengan air)
2 sudu besar minyak masak
asam jawa sesedap hati
garam ikot suka

Cara-Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan semua yang  bertanda * sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili giling tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang sebatikan bersama rempah kari selama 5 minit.
4. Masukkan ayam dan biarkan sehingga separuh masak dan kemudian masukkan santan, asam jawa dan        garam secukup rase.
5. Kacau sekejap dan biarkan sehingga  masak. Nak sedap lagi boleh tambah tomato ye.

Untuk resepi ketupat palas segera uols boleh refer kat belakang pembungkus ketupat tu ye..

SELAMAT MENCUBAAA.. ngeeeee

Bahan2 nye.. 


hahahah buruk benar rupa anak dara hidang makan. Brurrrr kenyang tgk gambar heheh

Semoga berjaya untuk semua yg mencuba  :)

Thursday 31 July 2014

Selamat Hari Raya

Rasanye tak terlambat lagi untuk hakak ucapkan Selamat Hari Raye buat semua.. Tahun ni hakak beraya ala kadar sajew dan ini tahun pertama hakak raye tanpa Abah di sisi. Bulan ni genap lah 6 bulan kepergian abah tercinta. Hakak rase sayu je tengok mak masa raye pertama hari tu. Selalu masa nak salam2 raye minta ampun bagai tu  emak ngan abah duduk same2 sambil tggu anak2 hulur duit raye n tangan memohon keampunan tapi kali ni mak duduk sorang2 je. Sebak hati hakak tgk. Hakak tahu mak hakak pon sedih.

Lepas salam2 raye family hakak berangkat ke tanah perkuburan untuk menziarahi pusara abah, anak sedara (Putera Muhammad Waiz Ghazi), sepupu (Mohd Edham B. Johari), ibu saudara , opah  dan atok. 

Hari Raya pertama hakak menunggu kedatangan en.tunang tersayang bersama family beliau. Nenek tunang hakak kelakauuuu sangat pastu cumel puler tu. hehehe lepas diorang balik baru hakak pergi ziarah sedara mara yang dekat2 je. Mula meround dalam pukul  3 petang gitu and balik rumah semula pukul 7 lebih pastu lepas isya sambung lagi jalan raye rumah sedara mara.

Hari Raya ke 2 hakak buat kunjungan balas ke rumah bakal parents in law di Manjung. Hakak sekeluarga di jamu dengan Air Ribena kelas kau Mariaaa hehe and bihun goreng, ketupat palas n rendang ayam. Misi ziarah menziarahi diteruskan lagi di sekitar kawasan berhampiran dengan rumah en.tunang hakak. Hakak beraya di rumah bestprend di Taman Samudera Manjung melawat baby yang baru lahir. Rumah terakhir hakak pergi di  Kuala Kangsar,rumah kawan abg ipar. Rumah kawan abg ipar hakak ni ada grumpy cat. Rase nak pengsan hakak tengok kucing jenis nih.. cutenyeeeee hakak rase mcam nak kunyah2 je. hehe 

Hari Raye ke 3 hakak siap2 nak balik Kelana Jaya dah. sob sob sobbb tak puasnye hakak rase. Sebelom bertolak hakak sempat la pergi open house kat umah uncle hakak. Pastu pastu pastuu hakak pon gerak balik waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedihnyeeee.

Hari Raye ke 4.....TARAAAA HAKAK DAH ADA DI OFFICE sambil update entry.. hahaha menangis dalam hati ni.. tuhan je yang tau perasaan hakak. Orang lain masih di kampung tapi hakak dah masuk keje. huhu. Hakak nak belanja gambar raya tapii erkkk tak de gambar raye rupenye.. sob sob sob.. akak kongsila ape yang ade ye.. huhu jom layann.


Ummu Nurrurzahra & Uwais Al-Qorni
main merecun

menu pagi raye.gambar ambil waktu hari memasak


keta ferari ni abg sepupu hakak yg punya. Taun lepas dia bawak bentley.Sonoknye jadi orang kaya nih. huhu


Thursday 24 July 2014

Tiada bonus raya tahun ini

Tak dapat digambarkan perasaan hakak sekarang bila dapat tahu takde bonus raya tahun ni. Hakak rase macam nak tercekik. Hakak betul2 mengharap sangat dengan bonus raya tapi tak sangka pula tahun ni tak merasa dapat bonus. Omokan dari senior2 tempat hakak kerja ni cakap kampeni akan bagi bonus 2x setahun. Raya Cina sekali dan Raya Puasa sekali. Tapi tahun ni why why why why dan whyyyyyy xde bonus. Hakak sedih tahu sedih ya amat.

Bila tengok akaun berbaki duit gaji hakak rase nak nangis. Baju raya kuih raya kasut raya atok semua tak beli lagi.Ya Allah semputnye hakak rase. Bukan hakak tak reti bersyukur tapi entah laa hakak pikir bulan depan ada 5 minggu. Gaji masuk awal so maknenye duit pon boleh jadi habis awal. Hakak tersangatlahh susah hati sekarang nih.

Hakak harap miracle will happen tomorrow.. mana tau boleh beranak pulak duit dalam bank tu. huhuh
Hakakkkk STRESSSSSSSSSSSSSS


Monday 21 July 2014

Buka puasa together2 dengan semua staff EM Sdn Bhd

Hari ini minggu terakhir kita menyambut bulan ramadhan..In Sya Allah kalau diberikan jodoh yang panjang mungkin bertemu lagi tahun hadapan. So hari ni office hakak  buka puasa dekat Yuen Buffet Steamboat Restaurant. Sekarang baru pukul 2:11 pm.. hohh lambat lagi rupanya hakak boleh buka pose.. rase mcm tak sabar je nih. Hakak ada google pasal restaurant nih takut di khuatiri kehalalannye (cam pelik je bunyinyer) huhu So atas bantuan atok google akhirnya status keraguan hakak dah pon terjawab..ngeee So petang sat g boleh la hakak makan macam org giler.HAHAHA..Nanti hakakkk update gambar yewww..huhu






Hambik gambar kat..


P/S: Hakak xde mood nak buat kerja. Fikiran dah dok melayang balik kg je nih.. huhu


Total Eclipse of The Heart by Bonnie Tyler

Lagiiii.. lagu favourite hakakk dek nonnn. Original By bonnie Tyler tapi hakak suke giler dengar cover yg dibuat oleh nenek Lola Fe from Philippine and Roadfill pon dari sana juga. Power kot suara nenek tu.. hehe jom layan lirik "Total Eclipse of The Heart" dan video cover tersebut.

(Turn around)
 Every now and then I get a little bit lonely
And you're never coming round
(Turn around) Every now and then I get a little bit tired
Of listening to the sound of my tears

(Turn around)
 Every now and then I get a little bit nervous
That the best of all the years have gone by
(Turn around) Every now and then I get a little bit terrified
And then I see the look in your eyes

(Turn around)
 Every now and then I get a little bit restless
And I dream of something wild
(Turn around) Every now and then I get a little bit helpless
And I'm lying like a child in your arms

(Turn around)
Every now and then I get a little bit angry
And I know I've got to get out and cry
(Turn around) Every now and then I get a little bit terrified
But then I see the look in your eyes

(Turn around, bright eyes)
Every now and then I fall apart
(Turn around, bright eyes)
Every now and then I fall apart

And I need you now tonight
And I need you more than ever
And if you'll only hold me tight
We'll be holding on forever

And we'll only be making it right
'Cause we'll never be wrong

Together we can take it to the end of the line
Your love is like a shadow on me all of the time (All of the time)

I don't know what to do and I'm always in the dark
We're living in a powder keg and giving off sparks

I really need you tonight
Forever's gonna start tonight
Forever's gonna start tonight

Once upon a time I was falling in love
But now I'm only falling apart
There's nothing I can do
A total eclipse of the heart

Once upon a time there was light in my life
But now there's only love in the dark
Nothing I can say
A total eclipse of the heart

(Turn around, bright eyes)
(Turn around, bright eyes)

(Turn around)
Every now and then I know you'll never be the boy
you always wanted to be

(Turn around)
 Every now and then I know you'll always be the only boy
Who wanted me the way that I am

(Turn around)
 Every now and then I know there's no one in the universe
As magical and wondrous as you

(Turn around)

Every now and then I know there's nothing any better
And there's nothing I just wouldn't do

(Turn around, bright eyes)
Every now and then I fall apart
(Turn around, bright eyes)
Every now and then I fall apart

And I need you now tonight
And I need you more than ever
And if you'll only hold me tight
We'll be holding on forever

And we'll only be making it right
'Cause we'll never be wrong

Together we can take it to the end of the line
Your love is like a shadow on me all of the time (All the time)

I don't know what to do, I'm always in the dark
We're living in a powder keg and giving off sparks

I really need you tonight
Forever's gonna start tonight
(Forever's gonna start tonight)

Once upon a time I was falling in love
But now I'm only falling apart
Nothing I can say
A total eclipse of the heart

A total eclipse of the heart
A total eclipse of the heart

Turn around, bright eyes
Turn around, bright eyes, turn around
Ooohooo, ooohooo

Ahaha, aha
Aha, aha
Ooohooohooo


turnn aroundddd..turnnn arounddd..rase nak sepak je laki nih.hahah

Friday 18 July 2014

Sesal Separuh Nyawa

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu
Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Nota Kaki: Hakakk takleh dengar lagu nih.. sedeyyy. sob sob sobb


Pray For MH17

Innalillahiwainnailaihirojiun dan Salam takziah buat keluarga mangsa MH17

-Speechless

-Shocked

-Sadness

Wednesday 16 July 2014

Mak Hakakkk masuk Majalah..

Mak hakakkk masuk majalahhh uolss.. fofulor emak hakakk.. Jom layannn






Hakak sayang emak hakkkk.. i love mummy

Fenomena Peugeot #CDM25

Astaghfirullal'Adzim.... mengucap panjang hakakkk tgk video minah yang memaki hamun sorang uncle yang langgar kereta mahal dia tuuuu.. mahallll sangattttkann..Dek noonnnn mahal pon bukan boleh bawa ke kubur ponnn tau.Amalan kita kat dunia ni yang akan di bawa bila mati nanti tau.. Hamboii udah macam ustazah hakakk ni.... tak salah pon kan kalau setakat nak ingat mengingati sesama manusia. (^.^)

Dek kerana kurangnya kawalan kemarahan kan tak pasal2 minah ni terus fofular. Bila dah tersebar identiti pemilik kenderaan Peugeot #CDM25 ni di facebook and dah jadi viral pon agak2 aman tak hidup minah ni.

Hakakkk pon selalu gak mengamok persis rimau tapi takde la sampai nak meroyan guna steering lock. hehe
Nasihat hakakk pada semua sebelum bertindak apa2 fikirkan kesan dikemudian hari..

SalamSteering lock dari hakakkk untuk semua,, heheh


Famouse Thai Plaza Masalam

Imbas kembali.. Firstime hakakk  bawa en.tunang buka buasa dengan family kakak sulung hakakk. Hehehe
Ape pun menu yang terhidang memang terbaik. Sedap sangat. Thanks to my brother in law sebab blanja kami makan.. Sedap sgt sampai lupe nak hamek gambor.


Wednesday 9 July 2014

Bride To Be

I'm soooo excited..merujuk perkara dia atas.. sebenarnye hakakkk dalam mood tak sabar nak jdi bini org bhahahahah.. merenyam je rupenye.. huhu Bila nak kenduri? Insyallah kalau diberikan keizinan dan kejodohan hakakkk dan en. tunang akan mengadakan majlis resepsi pada bulan February 2015.

Tarikh: 20 February 2015
Majlis: Nikah

Tarikh: 21 February2015
Majlis: Resepsi sebelah perempuan

Tarikh: 22 February2015
Majlis: Resepsi sebelah lelaki.

Kenduri In Sya Allah dijalankan 3 hari berturut2. Pada hakakkk senang buat sekali. Nak penat biar penat sekali je. hehe.

Persediaan?? Bhahahah belom prepare pape pon lagi.. excited tapi takde action.. apelah.. Sekarang hakak cuma rajin nak tgk2 baju nikah n sanding kat internet. Hakakk rasa mcm awal je lagi nak beli2 barang nih Sebenarnya Mak n kakak2 hakak dah bising n tanya bila nak beli barang kawen.

Eh alamak.. bos datang la.. nanti sambung lagi.. k bye..

Friday 4 July 2014

Read All About It by Emeli Sandé

My Favourite Song. Let's Sing Together

You've got the words to change a nation
But you're biting your tongue
You've spent a life time stuck in silence
Afraid you'll say something wrong
If no one ever hears it how we gonna learn your song?
So come, on come on
Come on, come on
You've got a heart as loud as lions
So why let your voice be tamed?
Baby we're a little different
There's no need to be ashamed
You've got the light to fight the shadows
So stop hiding it away
Come on, Come on

I wanna sing, I wanna shout
I wanna scream till the words dry out
So put it in all of the papers,
I'm not afraid
They can read all about it
Read all about it oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh

At night we're waking up the neighbours
While we sing away the blues
Making sure that we remember yeah
Cause we all matter too
If the truth has been forbidden
Then we're breaking all the rules
So come on, come on
Come on, come on,
Lets get the tv and the radio
To play our tune again
Its 'bout time we got some airplay of our version of events
[ From:
There's no need to be afraid
I will sing with you my friend
Come on, come on
I wanna sing, I wanna shout
I wanna scream till the words dry out
So put it in all of the papers,
I'm not afraid
They can read all about it
Read all about it oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh

Yeah we're all wonderful, wonderful people
So when did we all get so fearful?
Now we're finally finding our voices
So take a chance, come help me sing this
Yeah we're all wonderful, wonderful people
So when did we all get so fearful?
And now we're finally finding our voices
So take a chance, come help me sing this

I wanna sing, I wanna shout
I wanna scream till the words dry out
So put it in all of the papers,
I'm not afraid
They can read all about it
Read all about it oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh

I wanna sing, I wanna shout
I wanna scream till the words dry out
So put it in all of the papers,
I'm not afraid
They can read all about it
Read all about it oh

Tuesday 1 July 2014

Akhiri Penantian ku by Alif Satar

Resah hatiku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktuku
tenang jiwaku
bila kau di sisi
Dalam dakapanmu buatku mati

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuanmu
Disiniku merindu
Jauh
Ku berharap
Kembali kau padaku
Akhiri penantianku
Tak mampunya aku
Bila kau tiada
Gelap hariku
Sepi hidupku
Lemah langkahku
Mendengar suaramu
Laju jantungku bila menyentuhmu
Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuanmu
Disiniku merindu
Jauh
Ku berharap
Kembali kepadaku
Akhiri penantianku
Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuanmu
Disiniku merindu
Jauh
Ku berharap
Kembali kau padaku
Akhiri penantianku
Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuanmu
Disiniku merindu
Jauh
Ku berharap
Kembali kau padaku
Akhiri penantianku

*Feeling mehhhhh heheheh

Patahbelakang- 3 days ago-

Sedar tak sedar dah masuk tiga hari umat islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah syukur kerana hakak masih berkesempatan untuk meraikan Ramadhan untuk hari yang ketiga.

Throwback cerita 3 hari yang lepas:
1.       Hari Sabtu 28/6/2014 balik kg sambut puasa dengan emak. Paling best aku terbuang tiket balik KL. Penat hakak cari sepanjang jalan. Nasib baik jumpa huhu

2.       Hari Ahad 29/6/2014 first day puasa. Bersahur ala kadar jer. Makan telur goreng. Mak pule masak ayam hutan masak kicap.Penat sikit puasa kali ni sebab cuaca panas. Tahun ni emak meniaga lauk depan rumah. Kalau abah ada mesti dia tak bagi emak meniaga tu. Huhu hakak ada la tolong sikit2 je sebab mak ada pekerja so hakak takde la risau sangat (pemalas sebenarnye huhu). Afte iftar terus pack barang n balik kl. Alhamdulillah pukul 11 pm sampai umah n golek2. Hehe

3.       Hari Isnin 30/6/2014 hari kedua puasa. Semangat puasa sebab nak berbuka dengan en.tunang tersayang heheh. Berbuka dengan en. Tunang pon ala kadar jer. Hehehe

So tiga hari yang lepas takde ape yang menarik sangat pun. Tapi hari ketiga puasa ni Ya Allahh penatnye. Rase nak nangis pun ada. Dengan office aircond takdenye dengan cuaca panasnye tuhan je yang tahu.
Serious.. tak sabar sangat nak balik rumah. Nak baring nak mandi nak duduk depan kipas huhu n nak buka puasa minum ais banyak2 huhu.




Lambatnye buke posee huhuhu...

Saturday 28 June 2014

Harapan Ramadhan Raihan ft Man Bai

 Harapan aku sempena Bulan Ramadhan.. (^___^)

(Start)
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

Balik Kampung

Pejam celik pejam celik hari Sabtu dah. Macam tak percaya je esok da nak puasa.. Hari ni hakak nak balik kampung nak sambut puasa dengan mak.

Abah dah takde rase tak sampai hati nak biarkan dia sambut puasa sorang2. So hakak nekad balik kampung walaupun fulus tak berapa nak mengizinkan. Tapii hakak yakin duit boleh cari tapi mak kalau dah takde..takde sape boleh ganti..abah pon takde sape boleh ganti huhu.

Niat hati nak balik semalam tapi tiket untuk hari Jumaat malam semua dah sold out.. (T.T) so terpaksa balik hari sabtu

Nak balik kg tapi satu apa pon hakak tak pack lagi. Kemalasan tahap gaban melanda. prurrrr

Pada sesiapa yang kot2 terbaca entry ni hakakkk nak ucapkan "Selamat Berpuasa" puasa jgn tak puasa..

Nak tdo dah.. sakit pinggang duk lama2.

Bye. Adios.. Nuniteeee