Friday 13 December 2019

Kenangan Berpeluh ketiak Masa pergi interview.

Assalamualaikum, 

Apa khabar korang semua. Aku busy dua tiga hari ni. Busy siapkan resume. Heheh. Rasa awkward betul bila dah lama tak kerja tetiba ada yang sudi panggil interview. Berbunga-bunga juga hati ni. Maklum lah orang kata, perempuan ni once dia berhenti kerja sebab bersalin nak minta kerja balik memang susah. tambah lagi kalau yang dah berusia macam aku ni.

Memandangkan tahun depan Muhamammad Iman Mirza dah mula sekolah aku pun decide nak kerja semula. Start minggu lepas lagi aku dah search sana sini tengok jawatan kosong. Paling banyak aku apply dekat job street lah. Tapi nak tggu feedback dari kampeni-kampeni ni paling lewat 2 minggu. Sambil tunggu maklum balas diorang, ada juga aku apply dekat mudah.my. Ada dalam 5 job juga la aku apply.

Jawatan yang aku apply pun jawatan biasa je, kerani dan Logistic Executive memandangkan last kerja aku bahagian logistic tu je la yang aku confident nak minta huhuhu. Ada experience kann..  

Alhamdulillah dalam banyak-banyak permohonan yang aku apply dari mudah tu , ada satu kampeni minta aku datang interview untuk kerani data entry. Happy giler aku bila buka email semalam. (12.12.2019) . Cepat-cepat aku inform laki aku bagi tau jumaat ada interview (hari ni 13.12.2019). Laki aku pun kata ok. Siap peringat suruh photostat apa yang patut.

Bab baju tudung semua tu aku takde masalah, yang jadi masalahnya kasut. Mana ada aku kasut sarung yang formal. Ada pun kasut selipar getah purple yang aku pakai hari-hari.

Mula aku garu kepala. Tetiba teringat kasut lama kat luar rumah. Kasut tu sebelah tapak belakang dah tercoit sikit. Cecepat aku pergi ambil dan repair. Mujur laki aku ada gam gajah. Setel bab kasut. senang hati semua dah complete. Tinggal nak pergi interview je.

Aku bertolak dalam pukul 9.30 pagi dari LRT Alam Sutera. Company yang aku nak pergi ni dekat Sg Besi. memang tak jauh dah dari LRT Alam sutera. Lebih kurang dalam 5 stesen je. Tambang pun rm2.4 je. Masa ni aku berangan dah..kalau dapat kerja , seronok ni tambang murah. Jimat banyak huhuhu.

Sampai lrt Sg.Besi, Mula lah kesukaran aku nak pergi ke company tu. aku memang tak pernah sampai kawasan situ. Lalu je pernah le itu pun naik lrt hehe.  Masa dekat parking bertingkat lrt Sg Besi tu aku call pihak sana tanya mcamna nak pergi pejabat tu.  admin tu kabo " Cari  Subway, kami sebaris dengan Subway" aku tanya lagi dekat ke dengan parking bertingkat tu. Admin tu kat "oh kami belakang sikit, Cari subway ye." aku pun iye kan ajelahhh uhuhu.

Berpeluh ketiak aku mencari pejabatnye tak jumpa-jumpa. Bertambah malang kasut sarung yang aku pakai rosak tercabut lunyai langsung tak boleh nak pakai. Masa ni aku rase give up dah nak cari pejabat tu. Misi aku masa ni tinggal nak cari kasut baru je. interview dah jadi no dua. Hehehehe.

Punya besar kawasan tu satu kedai kasut pun tak ada. Sudah nye aku aku beli selipar je. Masa ni aku dah serba salah nak pergi interview ke tidak. Sebab pakai selipar je.

Fikir punya fikir aku gigih la cari juga office tu, lewat sejam dah aku time ni. Alang-alang dah sampai tak pergi interview rase rugi la pulak. Belasah je lah pakai pakai selipar pun. Setiap kali jumpa orang aku tanya subway kat mana. Semua dok kata kat belakangg kat belakang. Berapa banyak belakang darrrrr.. Aku dah mandi peluh mencari tak jumpa jumpa. last aku jumpa satu brother tengah makan roti kat moto. Penyelamat.. hahah belakang cimb dia kabo. fuhh rupanya belakang sekaliii bangunan baru palingggggg hujungggg. sejam lebihhh aku mencari.

Aku pendek kan cerita.. bengang je aku rasa masa interview, First aku minta maaf sebab pakai selipar tapi aku tunjuk kat orang interview tu kasut aku yang dah kopak tu. Dia kata xpe je... Dia suruh aku tunggu  dalam bilik meeting. boleh pulak dia pergi bersembang, dekat 15 minit juga aku menunggu. Bila dah mula sesi interview dia kabo " jawatan yang aku mohon tu diorang dah isi kemarin" whatttttt dah tu semalam kau anta email suruh interview buat apa kalau dah tau takde kosang dah. eh panas pula hati aku. Rupenye dia nak offer aku jawatan telemarketer... hmm first aku tanya dia gaji berapa. RM1100.00 . Aku diam je masa ni. heheh awkward gilerr. Dia tanya lagi tau ke telemarketer tu apa?
Aku cakap tau "buat  outbound Call untuk offer service yang kita ada pada customer" yang aku nak tergelak tu boleh pulak dia tanya aku Outbound call tu ape? Garu kepala aku bila tukang interview tak tau. Sudahnye aku pula yang terangkan kat dia  pasal inbound outbound.

So citer dia aku tolak lah mentah-mentah offer untuk aku jadi telemarketer kat situ. Bebetul kalau nak jadi telemarketer better aku join etiqa , basic pun tinggi takde la ralat sangat kalau komisen takde.

Sooo interview hari ni sia-sia saje sebab jawatan yang aku nak tu depa dah pass dekat orang lain. Ngok betul la... Aku geram sebab kenapa panggil aku interview kalau jawatan tu dah takde huhu.



Sampai Sg. Besi 10.04 pagi.



Kasut rabakkkk..



tak memasal beli selipar baru. Balik anak aku tanya "ehh ummi ada selipar baru" hehehe



Berpeluh ketiak dengan tak makan dari pagi. Balik aku tapau ni makan kat stesyen LRT.



Air manis tak boleh tinggal huhuhu




15 comments:

  1. Bestnya dapat offer interview. Walaupun banyak dugaan cari tempat interview, kasut rosak ganti pulak selipar.

    Tapi pelik lah dorang... Dah panggil interview. Alih² pas kat orang lain. Ngok sungguh. Apa² pun cik bunga, selamat berkenalan. Fiza follow sini jugak #37. Terima kasih ye sudi singgah dan follow blog fiza. 😊

    ReplyDelete
  2. Menipu je tu... sebenarnya dorang memang nak cari telemarketer... dah ramai yang terkena... iklan lain offer lain.

    ReplyDelete
  3. Kasihan jalan jauh-jauh. Harap ada rezeki nanti.

    ReplyDelete
  4. Kalau saya pun geram. Dah tahu dah bagi ornag lain buat suruh datang interview kan. Takpe mungkin tak ada rezeki lagi. Akan datang in syaa Allah ada.

    ReplyDelete
  5. Lupa nak kabo, saya dah follow blog ni

    ReplyDelete
  6. insyaAllah adalah hikmah semua tuuhh...ami n

    ReplyDelete
  7. Aduhhh..dugaan betul nak pergi interview dengan semangat tapi last-last jawatan lain pulak di offer. kadang dorang ni suka iklan jawatan lain, jawatan lain yang dorang offer. Pelik betul. Takpe lah. moga ada rezeki lebih baik.

    ReplyDelete
  8. Allah.. betul2 dugaan.. Tak baik orang tu buat macam tu.. Kalau jawatan tu dah tak ada, tak payahlah offer lagi.. huhuhu.. Sabar jelah..

    ReplyDelete
  9. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
    terimakasih ya waktunya ^.^

    ReplyDelete
  10. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete