Sunday, 16 February 2020

Donut gebu segebu tukang uli buat minum petang.

Salam ahad... Last day cuti untuk minggu ni. Besok dah masuk keje seperti biasa.

Harap hati terus kuat untuk kerja. Maklum le..selepas 5 tahun jadi suri rumah tangga sepenuh masa tetiba tahun ni jadi orang berkerjaya. Seronok tapi belum biasa dengan persekitaran baru kat tempat kerja. 

Hati kadang meronta nak duk je kat rumah, memandangkan takde sokongan kewangan yang kukuh kene juga keje.

Masa berniaga nasi lemak haritu pun ok tapi jalan tutup pula. Jualan pun slow. So stop la dulu meniaga.Alhamdulillah dapat kerja, kalau tak lagi haru kot. 

Tapiiiii tu laaaa hatiii niiiii asekkkk tertinggal kat rumah. Huaaaaaa.

Korang doakan aku terus bertahan ye. Heheheh. Sekarang nak cari keje bukan senang. Tambah orang dah kawen ni lagi jarang orang nak ambil kerja.

So bila kerja aku jarang dapat masak sesedap untuk anak aku . Harini buat kuih sesama dengan dak mija. 

Aku suruh buat donut, dia sebuk nak buat karipap. Naik angin pulak aku..hahahah last aku bagi je dia main acu karipap dgn doh donut . 

Minum petang yang simple aje harini..Alhamdulillah..kenyang dapat juga bagi jiran 6 ketul. Heheheh.

Selamat menjamu mata. 

Siap doh.
Doh sudahhh gebuu segebu tukang uli hahah.
penampakan DKU ...donut kurang upaya.hehe
Siappppppp.



6 comments:

  1. cantik hasilnya donat tuh... gebus gebas...
    apa pun moga dapat sesuaikan diri di tempat kerja baru, biasalah baru nak mula kerja memang kadang ada macam-macam rasa, tapi nanti bila dah ada kawan pejabat yang ok, dan dah selesa mesti kita ok punya

    ReplyDelete
  2. insyaAllah sumenya baik2 je..
    nt lame2 ok la ngn suasana tempat keje..
    sy pon kalo kaya mls nk keje.. duk umh pon syok.. haha

    elok kejadian donut tu..

    ReplyDelete
  3. Tukang masak selalunya gebu2 oppss! 😁

    ReplyDelete
  4. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete