Assalamualaikummmm.. Tuan tanah nak kongsi resepi laksa kuala yg sedap sehingga menjilat mangkuk. heheh. Al-Kisahnye semalam officemate hakak duk cerita pasal laksa,tetiba hakak rase mcm teringin pule nak makan. Hakak ni bukan boleh kalau teringin mesti nak kena makan juga. Lepas kerja hakak pon hayunlah kaki pergi ke Giant untuk beli barang. Sayang seribu kali sayang.. bahan yang hakak cari tak cukup puleee.. bunga kantan takdokk. huhu so akak masak jelah dengan bahan ape yang hadoo. Walaubagaimana pon laksa hakak tetap meletop. heheh pada yang teringin nak masak laksa. ni hakak ada kongsi resepi
Bahan Kuah Laksa:
1 kg ikan sardine/kembong/ikan selayang
1 tin ikan sardine cap ayam brand
2 kuntum bunga kantan, belah 2
1 ikat daun kesom. hakak panggil daun cendohom hehe
2 batang serai
4-5 asam keping
3/4 cawan cili kisar
1 inch belacan dikisar bersama cili kisar
Serbuk perasa
Garam sesedap rasa
Air Secukupnye
Bahan ulaman
Timun
Daun Salad
Cili Padi/ Cili Merah
Bawang besar
Limau Kasturi
Bahan Utama:
Mee Laksa. Kalau xde mee laksa bukan laksa namenye.he he he. Laksa korang boleh pilih nak yang kering atau basah. Hakak suka yang basah dari yang kering huhu.
Cara Memasak:
1. Siang ikan, cuci bersih dan rebus sehingga masak.Pastikan air di tuang sehingga ikan tenggelam. Sejukkan ikan dan asingkan isi dan tulangnye. Air rebusan jangan buang ye.Tapis dan masukkan dalam periuk yg korang nak guna untuk masak kuah laksa ni. Siap asing, gunaka air rebusan sedikit untuk blend isi ikan dan sardine dalam tin (amik isi saje ye).Tulang ikan sila jangan buang sebab itu pon nak di blend juga tapi guna air biasa je ye.bukan air sirap huhu. Selesai sesi memblender isi dan tulang ikan uols boleh campurkan ke dalam air rebusan tadi.
2. Masukkan semua bahan kisar, asam keping, bunga kantan, serai dan daun kesom. Biarkan mendidih
3. Masukkan serbuk perasa dan garam sesedap rase korang ye dan biar mendidih sehingga masa.
4. Dah settle semua korang boleh isi laksa dalam mangkuk, hiaskan dengan ulaman, telur rebus dan letaklah kuah yang sedap lagi ohsem nih. huhuhu
Selamat Mencuba semua. Pagi tadi hakak punya tunang talifon dia cakap macam nih "acha masak spaghetti hari nih" hohoho so pasni hakak nak g cari barang masak spaghetti pule.. sape nak ikot?? angkat kaki.. heheh byeee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Hari Raya
Seronoknya Raya Assalamualaikum Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...
-
Alhamdulillah... Semalam family belah mertua datang singgah rumah untuk bermalam. Planning haritu kami beramai-ramai nak bercuti ke Terengg...
-
Assalamualaikum Dengan rendah diri Saya dan keluarga memohon dari sahabat dan pembaca semua untuk mendoakan kesembuhan dan pembedahan a...
-
Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk jengah blog yang hidup segan mati tak mau ni. Hahahah! Adakah ini satu-satunya entry untuk tahu...


No comments:
Post a Comment