Thursday, 26 March 2026

Salam Hari Raya

Seronoknya Raya

Assalamualaikum 

Haluuuuu...

Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tulis. Music dia pulak aku minta suna yang creat. Aku bagitau ape yang aku nak, bunyi macamana aku nak, lenggok macamana aku nak. So bila dah ada semua suno tolong buatkan.

Ada 8 sample yang aku buat, and last sekali ni telinga aku layan giler. Ahahah tetiba wehhh ok yang ni sedap. Boleh pergi jauh ni hahhaha. 

Dengan ini aku wish lagi selamat hari raya kat korang semua tapi guna lagu pula. Hehehe.

Aku belanja hat chorus je ye. Kalau ada yang nak full boleh roger aku.

Jomm layannn, tekan link ye. 



Selamat Hari Raya 2026

Assalamualaikuuuuuumm..

Anak itik makan kari,
Anak arnab berlari-lari,
Lama sungguh tak tulis entry,
Alhamdullillah tahun ni sy muncul lagi . 

Hahahahah kemain pantunnye.
Yeee lame tak bertemu di halaman bunga seindah biasa ni. Ada ke yg rindu?
Aku??? Rinnduuu..rindu nak menulis, rindu nak blog walking.Rindu nak tinggalkan komen2 di blog kawan² yang ada.

In sya Allah, ada kesempatan mesti jalan2.Tunggu tauuuu!

Oh yeee sebelum nak wish selamat hari raya ....aku amik kesempatan ni nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU semuaaa. Hahah maafkan sy kawan² , sy selalu muncul diawal tahun atau pertengah tahun atauuuupunn diakhir tahun. Bulan² lain aku pun x tau aku buat apa! Harap tahun ni aku boleh kongsi banyak lagi cerita. Harap² lepas ni akan ada entry sebulan sekali. Tahun lepas ada 2 entry je😆.. jadi lah. Menjadi tanda aku masih disini, masih nak menulis dan masih nak berkongsi. Hehe

Hmm sekarang dah masuk raya ke6 cepat masa berlalu. Masih belum terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat kawan² semua. 

Seronok tak raya tahun niii??? Aku alhamdullillah seronok. Seronok sampai baju raya koyak rabak ahahaa.

Sampai sini dulu, jumpa lagi next entry. In sya Allah, aku share moments raya disini.

Bye .
             Nah bukti baju raya koyak😆

Wednesday, 9 July 2025

Nikmat yg mana mahu kau dustai.

Alhamdulillah... Semalam family belah mertua datang singgah rumah untuk bermalam. 

Planning haritu kami beramai-ramai nak bercuti ke Terengganu, tapi last minit husband bagitau budget x cukup nak pergi. At least nak kena ada rm1k ++ dalam tangan. Aku ok je. Takde rezeki kan. 

Berbalik dengan family mertua tadi diorg dari manjung ke pahang.. pahang ke terengganu, habis bercuti dari terengganu singgah rumah kami dulu buat buang lelah. If diorg direct dari terengganu ke manjung makan masa 9jam. So singgah beristerirehat dulu di bukit jalil ni. 

Alhamdulillah.. tak dapat pergi terengganu dapat ole2 dari terengganu. Terima kasih adik ipar belikan baju, tq mak mertua belikan kita baju tido terengganu , durian terengganu, heheheh. Tq tok cik aka acik sarimah bawa keropok lekor , buah laici, mangga... Ahhh terasa kita sendiri shopping kat terengganu hehehe. Syukur... Alhamdulillah segala puji bagi Allah. 

Harini 9/7/2025 rabu , bersiap la diorang nak balik ke Manjung semula. Semoga perjalanan mereka di peremudahkan. Selamat sampai ke destinasi. Sayang semua. 

Rezeki bukan datang dari harta benda atau wang ringgit semata. Kadang rezeki silaturahim dan kasih sayang yang terjalin baik sesama saudara, ipar duai, mertua , dan orang sekeliling juga merupakan rezeki yang dimpikan. 

Alhamdulillah aku antara yang dikurniakan rezeki kasih sayang ni. Mak mertua baik, mak pak sedara belah mertua baik, adik ipar biras semua baik. Syukur sangat. Nikmat yang mana lagi mahu didustai??

Terima kasih ya Allah. 

Yeayyy Entry ke 2 tahun ini. 

- baju kelawar terengganu. Baju tido.
  Macih makkkkk.

Gambar lain xde. Mana p tak tau. Gambar makanan jangan tanya...Dalam perut semua. Ahahhah!

Monday, 7 July 2025

Here we GOOO...... Hi July 2025

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk jengah blog yang hidup segan mati tak mau ni. 

Hahahah! Adakah ini satu-satunya entry untuk tahun 2025 atau masih ada cerita ceritot yang akan menyusul.

In Sya Allah sekiranya aku di berikan kesempatan atau rezeki untuk menulis lagi. Yup! sudah pasti ada cerita yang bakal menyusul.

Kawan-kawan atau reader yang di sayangi ada ke yang merindui aku. Ahahah feelinggg retissss macam ada yang baca je ko punya blog hehehe.

2025 aku masih menjalani kehidupan harian yang masih sama seperti tahun-tahun yang lalu. Tiada apa yang menarik berlaku. Aku hidup masih bertiga dengan suami dan dak mija.

Masih menjual dari rumah cuma aku tak buat nasi lemak dah. Takde untung wehh penat je banyak yang dapat. Sekarang aku ambil order untuk lunch dengan dinner je. lebih practical aku rasa. badan pun tak penat.

Alhamdulillah boleh la cover mana yang patut.

Semalam pulak aku terkerat jari sendiri. harga semangkuk kari ayam. Ahaha!

Citernye aku dah selesai menjala roti jala, dah siap nak lah buat kuah cicahnya. Disebabkan dak mija suka kari aku decide masak kari je senang. Potong ayam guna parang baru bebbb. Aku berangan apa tak tau, tau - tau aku mengelupur kat sinki sambil jerit "sakit..sakit."

Tak comei dah jari aku. Yela dah hilang separuh kuku and isi jari aku. huhuhu sian.

Korang kalau tengah memasak janganlah berangan atau cuai kalau tak bukan jari je boleh hilang. kepala pun boleh hilang. Eh! tiberrr hahaha.

Sampai sini cerita aku., kalau ada rezeki tulis lagi...kalau tak jumpa lagi tahun depan ahahaha. adiosssss



Berlambak2 darah keluar, 







Friday, 7 June 2024

Hi 2024 !

 Assalamualaikum


Buat kawan-kawan dan reader ssemua. Ye setelah 2 tahun lebih lenyap di telan masa, aku kembali menghantui uols. Hahahaha adoiii tenggelam timbul ni dah macam jadi habit aku agaknye. Setahun sekali or dua kali baru nak update entry.

Nak kata sibuk, tak juga. Nak kata lapang sangat pun tidak, tapi aku tak ada masa nak menulis. Masa aku banyak di habiskan dengan tengok TikTok je hahaha.

Korang semua apa kabar? sihat? aku sihat alhamdulillah masih di beri kesempatan oleh NYA untuk menyayangi dan di sayangi.. Tapi tu la biasa bila bab di sayangi ni aku je yang selalu perasan, Padahal xde pun yang sayang..sob sob sobbb!!

Mulai hari ni aku ingat nak consistent untuk memeriahkan suasana blog aku yang kesepian ini.Harap masih ada yang sudi baca celoteh aku yang kadang mengarut dan merapu ni. heheh

Jumpa lagi next entry

Sunday, 12 December 2021

Allah sayang kalian. Rindu tak berpenghujung.

Assalammualikum kawan-kawan,

Kejutan demi kejutan, kadang hati rasa terlalu rapuh untuk terima kenyataan. Tapi sebagai manusia, sebagai hamba yang masih sedaya upaya memasak kukuh iman didada, aku akur, aku redha ini takdir yang Allah s.w.t bagi pada aku dan keluarga.

Setahun yang lalu, Raya haji pertama aku hilang kakak ipar yang sangattt baik, meninggal secara mengejut,lepas habis solat isyak duduk bersembang dengan suami, sekelip mata Allah ambil pulang, mudahnye dia pergi.. tinggallah abg cik dan 4 anak yang masih kecil. 

Tahun ini bulan september yang lepas , Ayah mertua aku pula Allah panggil pulang, Perginya abah akibat jangkitan Covid-19. Jahatnya kamu covid,menjangkiti tanpa kenal sesiapa. Abah pergilepas sehari ditidurkan. Maka tinggal lah mak dengan adik-adik ipar dikampung, Aku jatuh cinta dengan kawasan perkuburan abah, lepas 24 jam abah di kebumikan, kami pergi melawat, masuk je perkarangan kubur...Allahhhhh tenangnye aku rase, seronok pun ada..sangat cantik, tersusun, kemas, dan aku tengok "eh macam meriah je kat sini" sentiasa ada orang, ada tempat orang tanam bunga, macam banyak pula aktiviti kat situ. Aku harap abah pun tenang disana, macamana aku rasa seronok datang situ, aku harap abah pun gembira disa.

Allah.. 28.11.2021, pagi2 dapat panggilan dari emak kat kampung minta kami balik, along pengsan, masa mak telifon, dia bagitahu tengah tunggu ambulans datang. Allah tu maha mengetahui, kebetulan aku ada dekat rumah kakak aku di selayang, Aku call suami, bagitau nak balik kg, along sakit.. ok balik lah nanti pape update katanya. suami aku sibuk shooting and edit video time ni, aku nak suruh dia balik sekali pun serba salah. Tak sampai 10 minit aku letak telifon, kakak aku yang tengah bercuti di seremban telifon, bagitau Along dah takde, dia on da way balikke teluk intan dah. Maka aku dengan kakak aku dirumah berpelukanlah kami. Menangis lah kami berdua. 

Siap packing terus balik, sampai je tengok rumah dah penuh dengan orang ramai, masa ni nampak abg cik yang isterinya meninggal tahun lepas ada depan pintu,, aku peluk dia,,,nangis lagi...dia kata "sabarlah, dah janji allah long pergi dulu" huaaaaaa nangis  lagi.. aku masuk rumah nampak sekujur tubuh di balut kain batik lepas. Aku tak tengok jenazah masa ni, aku cari mak dulu.. tak jumpaa..rupanya mak sebok cari jarum dan benang. Aku tengok mak under control, aku pun control emosi pergi tengok jenazah.. Allahhh manis je muka along.

Along meninggal dalam pukul 7.30 pagi.. urusan pengkebumian selesai sebelum pukul 1, Masa di tanah kubur, Ada kereta putih masuk, tenung no plate..ehhh laki aku sampai..huhu dia balik kejap  je. petang tu balik semula ke kl. keje banyak katanya. Tapi dia bagi aku tinggal seminggu kat kg teman mak. Alhamdulillah suami sangat memahami.

Ada cerita di sebalik kematian along.. Aku takkan lupa dan aku doa akan ada kifarah untuk kamu yang aniaya along, masa balik hari meninggal tu dalam hati aku dah nekad, kalau kau tunjuk muka kat situ memag aku rentap kepala dia. huhuh.. maka sampai masa kebumi x nampak bayang kau.. bukan kata aku sorang, sekampung yang kenal kau memaki hamun , mencurah rase geram dekat engkau yang takde hati perut. Mesti kau pun tak sangka kann.. takut orang tuduh kau punca along pergi.. dan yeee Aku tetap salahkan kau.. kau pembunuh!!

Pergi la along,, takkan ada lagi kesedihan dan kerinduan yang along terpaksa tanggung.  Acha doakan long damai disana, harap long dapat jumpa abah di sana.


allahhhh angkatlah darjat mereka yang telah meninggalkan kami, tempatkan lah mereka di kalangan orang2 beriman,lapangkan dan terangilah kubur mereka. amin


Al-Fatihah.

Faizatul Akmar Binti Mohd adnan

Abu Bakar Bin Mad Nor

Nor Azman Bin Zanal

Zanal Bin Bahari.

Friday, 26 November 2021

Acha Origami & Diy Art

 Assalmualaikum

Hello geng , berdasar tajuk entry terbaru, ini adalah channel youtube aku. Sebelum ni content dalam youtube aku masak n makan. Memandang kan aku tak boleh nak konsisten dengan masak n makan makan aku tuka kepada tutorial origami dan diy art. 

So far untuk diy art belum ada lagi sebab aku tengah tunggu material, dah ada nnt in sya allah aku buat laju-laju. heheh

Alhamdulillah untuk origami dah ada 9 video. aku harap korang boleh support aku untuk dapatkan 1k subscriber dan 4k jam menonton.

Tolong ye korang, aku berharap sangat content origami aku ni diterima dan boleh jadi bahan rujukan untuk siapa-siapa yang berminat dengan seni origami.

Harini aku aku share content harini, harap korang sudi subscribe like and share.


Acha Origami & Diy Art



Origami love bereben. Kalau korang takde aktiviti  nak buat dengan anak-anak korang boleh cuba tutorial ni. Dah siap boleh bagi pada yang tersayang.

Next nnt aku share video yang lain pula, Thank korang.


Friday, 19 November 2021

Aku kembali untuk kesekian kali.

 Assalamualaikum....

Hamboi tajuk bukan main... Entah berapa kali tenggelam timbul aku dalam berbloger. Orang lain jadi bloger consistent , aku pula macam chipsmore. Sekejap ada sekejap takde. Hilangnya tu bukan sekejap berbulan-bulan. Nak masuk tahun baru, maka muncul la aku. Hahahah.

Apa khabar kawan2. Sihat semua? Semoga dimusim covid ni semuanya sihat2 aja. Apa peristiwa yang berlaku sepanjang aku tak active berbloger.

Untuk pengetahuan semua kawan-kawan pada 22 September 2021 aku kehilangan Ayah mertua akibat jangkitan Covid-19. Mohon sedekahkan Al-fatihan dan doakan beliau berada di kalangan orang-orang beriman.

Selain dari peristiwa sedih ni takda apa pun yang nak dikongsikan sebab maklumlah sepanjang tahun lockdown. Makan tido makan tido jela keje aku. huhuhu. 

Selain tu busy buat kek. Saja asah skill huhu.

Dan sekarang aku kembali busy dengan  buat content untuk youtube pula. Hahahah nak gelak pun ada, dulu buat video masak makan masak makan,tapi aku rase macam tak best pula dan sekarang tukar content pula. Nak tau apa, nanti aku share.

Sampai sini dulu aku update,  lain kali atau lain bulan mungkin kita bersua lagi. hahah doakan aku rajin macam korang boleh hari2 update ok.

Done... aku nak berblog walking jap... lama tak lawat kawan2.  Byeeeee




Monday, 19 April 2021

Sweet 35

 Alhamdulillah syukur ya Allah.

Hari ini 18/4/2021 aku masih di beri kesempatan menikmati nikmatnya usia. Meningkat satu angka semakin dekatlah aku dengan pengakhiran.

Andai esok takdir Allah menjemput aku pulang. Maafkan aku wahai sahabat. Jika ada perlakuan, tuturkata dan tingkah laku yang mengguris hati, maafkan aku. Aku hanya manusia yang pada dasarnya nampak sempurna tapi sebenarnya penuh dengan kekhilafan. Aku masih seorang pendosa. 

Di saat usia menginjak di pertengahan usia tidaklah  ku minta lebih, hanya doa dari kalian agar aku bahagia bersama keluarga dan hidup dalam kesederhanaan tanpa perlu menyusahkan sesiapa.

Terima kasih suami, terima kasih buah hati ummi iman mirza, kalian pinjamaan Allah buat aku yang paling berharga. Tiada galang gantinya. 

Buat sahabat blogger yang acapkali hadir memberi komentar di setiap helaian luahan aku di Bunga Seindah Biasa ini, Terima kasih aku ucapkan. Hadirnya kalian buat aku rasa di sayangi dan di hargai.


TERIMA KASIH SEMUA.

LOVE dari CIKBUNGA a.k.a achaspertibiasa. 

#imturned35




Monday, 22 March 2021

Selamat tahun baru???

Assalamualikum semua,

Entah keberapa ratus kali tah aku asek lupa dengan blog bunga seindah biasa ni. Tahun 2021 dah menginjak ke bulan 3 masih tiada entry baru nak aku kongsikan.

Actually aku blur sebab lama sangat terperuk kat rumah. So takde benda yang menarik sepanjang dilanda PKP ni. terkurung dan terussssss terkurung.

Makan tido makan tido je kerja aku. 

Lagi satu aku takde laptop nak udate entry, PC laki guna buat keje. Nak guna HP ehhh juling biji mata aku menulis. Jadi berbulan2 lahhh blog ni sepi tanpa belaian kasih seorang ibu.. ehhh tiberrrr hahahaa.

Ni dapat guna PC sebab laki g shootinggggg makannn dapatlah update entry. 

In sya Allah bulan depan dapat kutu + dapat i - sinar  kita cari laptop murah satu. 

Baru boleh update entry hari-hari huhuhu.

Sebelum mengakhiri entry untuk kali ini, harap tak terlamabt untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU. muahahahaha gilerrr dah nak habis bulan 3 kot heheeh.

BYE!

Monday, 9 November 2020

Unboxing periokkk baru..

Assalamualaikumm..
Alhamdulillahh dalam tak berapa nak ada duit tu..sempat juga aku main kutu periok bahahah.

Merasa juga pakai periok mahal. Harap² bila ada periok mahal ni rajin la memasak yang sedap².

Maklum le aku ni masak ikot mood. Kalau mood baik mesti sedap.. kalau mood kelaut haaa kelaut la rasenye.

Jom layan iols unboxing periok baru. Klik link ye. Jangan lupa like n subscribe. Eemm update entry pakai phone dapat la taruk link je. Huhuhu

Sayang korang. Ni link dia ye unboxing periuk. Tolonggg tolonggg subscribe n tekan loceng.   

Saturday, 31 October 2020

Yahoo dapat makan sedap.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur rezeki harini terasa mewah sangat makan tengahari tadi. Lama sangat dah aku ngidam nak makan ketam masak lemak cili padi tapi mengenangkan harga ketam oun dah dekat rm40 hengget sekilo memang fikir 10x nak beli.

So sebab nak makan sedap punya pasal. Kena la tunggu hujung bulan. Masa untuk tutup akaun. Ada baki baru boleh beli cik ketam. 

Beli 2 ekor je. Rm15 nok. Kira murah sikit daripada bulan lepas. Bulan lepas amik 2 ekor juga tapi harga rm19 . Lepas timbang dapat tau harga terus letak balik kat tempat asal. Tak mampu teman.. 

Tapi kalini belanjawan diurus dengan baik sekali, maka lepas tutup akaun (jualan kuih pagi) ada baki beli lauk sedap hehehe.  Bulan depan target beli sotong pula.

Sekarang dengan keadaan ekonomi tak menentu bukan boleh belanja suka hati. Norma baru, nak makan sedap² kumpul duit bebanyak dulu. Supaya tak ganggu belanja yang lain. Kalau tak nanti lari budget. Ada ke macam aku ni? 

Jangan salah faham kate somi tak bagi duit belanja. Adaaaaa ..disebabkan pendemik ni gaji laki aku kena potong separuh, so kat situ je dah lari sikit budget kami. Gaji dia buat belanja makan macam biasa tapi tak boleh la nak mewah². Komitmen lain pun nak kena bayor. So as a wife yang memahami.. kalau nak makan sedap aku kumpul la duit. Sama² kami dapat makan sedap heheh.

So rezeki hari ni makan masak lemak cili padi ketam, tumis bayam and ayam goreng.

Lepas makan tadi, aku duk kat dapor lagi masak tauhi bergedil pule. Hehe. Alhamdulillah dapat 27 ketul. Bahagi² sikit dengan jiran². Jiran kata sedap boleh jual. 

Hahah jual tauhu bergedil pulak nampak gayanya lepas ni.





Sunday, 4 October 2020

Batuk.

 Assalamualaikum semua.


Harap ada diantara sahabat-sahabat yang membaca niada petua atau cara untuk menghilangkan batuk.

Aku dah tak tahan dengan batuk yang ada sekrang ni. Sangat mengganggu. Nak solat serba tak kena, nak duduk tak boleh, nak baring tak boleh, pendek kata setiap kali aku bergerak aku akan batuk dengan teruk.

Aku rase korang mesti biasa  dengar orang cakap "aku batuk sampai terkencing-kencing" betul tak?

Masalahnya aku batuk sampai terus rase nak buang air besar. Stress sangat. Aku dah makan ubat batuk, dah cube petua2 yang ada dekat internet. Semua tak menjadi.

Pernah sekali aku batuk sambil ketawa sebab masa tu tengah tengok running man, aku ketawa sambil batuk, tiba2 batuk aku tak mahu berhenti,  aku sampai tak boleh bernafas , muka sampai ke leher rase kembang macam nak pecah, tangan aku dah menggapai2 apa yang ada nak bangun dari tempat aku duduk tu, nasib baik laki aku nampak. Cepat-cepat dia bagi air suruh minum. Rase kalau laki aku tak nampak tu mau putus nyawa aku haritu huhuhu.

So kawan-kawan yang di kasihi semua, kasihanilah aku. ada tak sebarang petua atau ubat yang boleh aku ambil untuk hilangkan bauk ni.

Sekarang suami aku takde sebab ada short course dekat dengkil sana. Tinggal berdua dengan dak mija je. Kadang2 aku risau kena batuk tengah malam takde siapa tolong.

Harap kawan-kawan semua dapat tolong aku. Pleaseeeee!




Monday, 28 September 2020

Masaaaaaaaa

 Tik tok tik tok !

Waktu pun berlalu.  Di anak tirikan dan diabaikan lagi blog ini. Kesian! Tiada pengisian dan perkongsian yang di buat. Kenapa ? dan Mengapa?

Tiada kata yang dapat diungkapkan melainkan masa yang dikejar untuk diri sendiri juga masih belum cukup, inikan pula nak mencuri waktu menulis seketika. 

Omong kosong !!

Sekarang ni kan sedang menulis?

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk aku beristirehat dari banyak perkara contohnya??? 

Cuti masak.. hihihi ADUIIII poyo je ayat2 kat atas ni hahaha.

Sekarang banyak masa terluang sebab cik suami tiada untuk di beri keutamaan, sebab beliau ada short course sebulan. 

Cik somi balik hujung minggu je. Jadiii masa yang adaa memang boleh hadap blog laaaaa.. hehehe

Harap lepas ni semua media sosial aku berupdate lah hendaknye..

OKKKK. tak sabar untuk next entry.. hmmm  bye,,,, jumpa lagi. takde idea nak tulis ape lagi sekarang ni. heheh.

Tuesday, 25 August 2020

Cyst dan aku!

Assalamualaikum.

Tarikh 17.8.2020 aku decided untuk pergi juga scan perut aku yang macam orang mengandung 4 bulan ni.

Aku memang dah lama ada masalah period tak konsisten ni. Lepas je beranak kan mirza 7 bulan aku tak datang bulan, lepas tu start la merapu meraban period nyeeeee.. kejap datang kejap tak datang.

Awal tahun hari tu period datang macam orang tumpah darah. 2 bulan berturut-turun darah turun non stop. Muka pun pucat lesi.

Bila ada masa and duit lebih sikit ni aku pun terus la pergi scan dekat klinik siti. Mudah and cepat je buat kat situ. 

So dari scan yang di buat untuk gambar first tu, gambar rahim. Dinding rahim yang tebal dengan darah yang melekat. So bila darah-darah yang sepatutnya keluar setiap bulan tak keluar, maka dia menempellah di dinding rahim. Untuk masalah ni doctor ada bagi aku ubat turun darah. Alhamdulillah 24/08/2020 bersamaan dengan semalam aku pun period. Semalam saja aku tukar pad 8x. Stressnye aku rasa. Kalah orang lepas bersalin turun darahnya. Malam tadi aku baring nak tido pun rasa macam di awang-awangan. Agaknye sebab darah banyak sangat turun. Kepala pun ting tong.
Hari ni pun masih heavy flow dengan pekej sakit perut lebih sakit dari semalam. huhuhu

Gambar bawah tu pula, eh eh ehhh tetiba ada cyst pula sebiji. huaaaaa tapi doctor kata cyst tu kecik je and tak bahaya. Lege sikit aku dengar.  Doctor juga kata yang cyst aku tu tak aktive. Aku nak tanya dengan doctor tu tapi terlupa. Korang rasa cyst yang tak aktive tu berkemungkinan boleh jadi aktive atau tidak???

Kalau korang tau , korang drop komen kat bawah ye.

Aku menaip sambil tahan sakit ni huhuhu menaip sambil berguling2. Adeh! korang doakan aku sihat walafiat je ye.  Doctor ada bagi surat suruh refer pakar O&G, tapi aku belum pergi lagi. huhuhu 

Kalau free nanti aku pergi. huhu


Aku update gambar ni kat status wassap, habis semua ucap tahniah.. wehhhh aku bukan mengandung laaaaa huhuhuhuhuhu



Sunday, 23 August 2020

Bakso in da houseeee


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ni dapat masak makanan yang di minta en.somi. Biasanya selalu dia minta lain yang aku masak hehehe. Ini pun terpesong juga ni sebab asalnya laki aku minta bihun sup tapi aku upgrade jadi bakso bahahaha.

Laki aku kata sedap. Alhamdulillah menepati citerasa dia. Pada aku sedap juga cuma kalau masin sikit lagi baru sedap. huhhuhu

Papepun yang penting tekak suami dulu diambil kira. tekak aku telan je semua . Tolak batu dengan kayu je. heheh

So korang kalau takde idea nak masak boleh la cuba masak bakso hehehe.





Hanya Rindu - Andmesh

Saat ku sendiri, ku lihat foto dan video

Bersamamu yang telah lama ku simpan

Hancur hati ini melihat semua gambar diri

Yang tak bisa, ku ulang kembali

Ku ingin saat ini, engkau ada di sini

Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah

Bukannya diri ini tak terima kenyataan

Hati ini hanya rindu

Segala cara telah kucoba

Agar aku bisa tanpa dirimu,

Ho-oh

Namun semua, berbeda

Sulitku menghapus kenangan bersamamu

Ku ingin saat ini, engkau ada di disini

Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah

Bukan diri ini tak terima kenyataan

Hati ini hanya rindu,

Ho oh

Hanya rindu

Ho-oh

Ku…

Tuesday, 4 August 2020

Kemarin - Seventeen

Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana…

Sunday, 2 August 2020

Pergi Tak kembali. Al-Fatihah

Assalamualaikum semua,

"Paru-paru berair, heart attack, hati bengkak" ini keputusan post mortem yang sempat aku dengar masa doctor di bahagian forensik tu terangkan punca kematian kakak ipar aku. Aku juga ada dengar doctor tanya kakak ipar aku ada menyususkan baby masa baring atau sambil tido? Perlahan suara abang aku jawab " ha ah.. " sambil mengangguk.

Ya Allah Kau ampunilah dosa2 nya,
Kau lapangkanlah kuburnya,
Kau terangi lah cahaya kuburnya,
& kau tempatkan beliau bersama org2 yg beramal soleh..
Aaminn2 ya rabbal a'laminn...

Perginya tak kembali.
Maaf andai coretan aku hari ini terlalu panjang untuk korang,  aku cuma nak melapangkan dada yang sarat dengan kesedihan. Dari riak wajah mungkin korang tak nampak betapa aku sedih atas kehilangan kakak ipar tapi kehilangan dia sangat terkesan untuk aku.

Aku ingat mak dapat panggilan telifon dari abang aku yang menjerit2 bagitau " Makkk maaa sakit makkk maa sakitttt.. AllahhhuAkbarrr..Allahuakbarrrr.. Mak tolongggggg." talian telipon pon putus.

mak aku cuma sempat cakap.. "Allahhh ajie kat mana, mak ampunkan dosa ajie..mak datanggg ajiee mak datangg..." masa ni tak clear mak aku ingat abg aku yang sakit sebab sebelum ni dia ada mengadu sakit pinggang dekat mak aku.

Kebetulan aku dengan suami ada kat rumah. Tengok mak yang cemas tu dengan aku sekali kalut. Laki aku terus angkat anak yang tengah tido dalam kereta. aku pula yang baru lepas mandi capai je ape yang boleh di pakai. Dalam kereta nak menuju kerumah abang aku di kg sebelah memang tak berhenti mak dengan aku berdoa.

Hati berdebor dari jauh nampak ramai orang depan rumah abang cik , mak aku keluar kereta terus tanya mana abang cik.. mata aku tertancap dekat abang cik yang keluar rumah sambil dukung anak keciknya yang umur 1 tahun 1\2 . Abang aku nampak je mak terus cakap "makk kema kemaa makkk" sambil menangis peluk mak aku.

Aku terus lari masuk rumah , ada jiran2 perempuan dalam rumah suruh aku masuk bilik. Masuk je aku dalam bilik nampak jiran pangku kepala kakak ipar aku untuk letakkan bantal di bawah kepala. Aku berdiri kaku kat tepi, blur tak tau nak buat ape. Kak ma dah kaku tak sedarkan diri, Mak aku masuk terus teriak dapatkan kak ma.. abg cik aku masuk minta tolong pergi ambilkan mak mertua dengan anak sulung and anak no 2 dia, sebab call banyak kali tak de org jawab.

Balik dari amik mak mertua abg cik  kami nampak kereta polis dengan ambulans. Dalam perjalanan balik tu mak aku ada telipon bagitau yang kak ma dah takde. Aku diam je tak bagitau lagi pada mak mertua n anak2 abg cik. Sampai kat rumah kami semua menuju ke bilik. Sekujur tubuh kaku berselimut putih dengan wajah ditutup kain jarang. Menangis teresak mak mertua dengan anak2 buah aku. AKU? aku masih terkejut macam tak percaya yang kak ma dah takde. Sedihnya sampai ke ulu hati.

Masa ni abg cik dah tenang sikit. cuma sekejap2 dia menangis bila melati anak no 3 menangis nak mama dia. Anas yang paling kecil masih tak mengerti apa2.

Kematian kakak ipar aku dah disahkan oleh pegawai kesihatan yang datang. Asalnya tak payah bawa ke hospital tapi di sebabkan procedure kakak ipar meninggal muda bawah usia 50 tahun , dan meninggal secara mengejut post mortem perlu dijalankan.

Abang cik cerita masa kejadian kak ipar baru lepas sembahyang isya, lepas tu duduk sembang-sembang dengan abang aku sambil menyusukan anas. Lepas tu tiba-tiba kakak ipar aku mcm kena tarik macam orang kejang tu. Masa tu sempat abang cik ajar mengucap, dia lari keluar menjerit minta tolong dengan jiran2. Kakak ipar aku masa ni dah tak sedarkan diri. Tapi jiran kata masa diorang sampai dalam bilik pun nampak dah macam takde. 

Masa aku sampai rumah tu pun aku dah boleh agak yang kak kema memang dah takde masa tu. dari wanrna kulit dan bibirnya yang pucat kebiruan lebih kurang.

Kak kema kakak ipar yang baik,, rajin bercerita, senyum selalu, dia jaga mak dia, dia jaga mak aku macam mak sendiri. 

Petang raya haji haritu sempat sembang dengan dia. Tanya pasal business kuih aku, cerita pasal sakit darah tinggi dia, cerita pasal anak2. memang tak nampak langsung perubahan kak kema.

Kak kema damailah disana. Berehatlah.  Acha doakan kak ma dikurniakan syurga sebab kak ma memang layak. 

In sya Allah abg cik dan anak2 kuat dan tabah hadapai dugaan yang Allah bagi ni.

Buat anak2 buh maksu:

Muhammad Amirul Hakimi
Amni Hadirah
Melati
Anas

Maksu sentiasa ada untuk kalian. Buat abg cik. kuatkan hati redha dengan ujian yang Allah bagi kami sentiasa ada di belakang abg cik.

Buat kawan2 yang baca, harap sudi sedekahkan Al-fatihah buat kakak ipar kesayangan aku.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



rindu


kenangann


Selamat Jalann



Friday, 10 July 2020

Gaya macam busy.. tapi busy makan je.

Assalamuaikum semua.

Alhamdulillah harini diizinkan lagi aku untuk menulis. Thank you Allah. Tapi nak buh tajuk apa aku pon tak tau...

Setelah berbulan-bulan aku stop buat kuih dan nasi lemak untuk jualan pagi sebab dapat kejekan So stop la berniaga. Sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya  covid 19 melanda. Keje pun kena buang muahahaha. Takpelah aku anggap je Allah nak bagi rezeki lebih kat tempat lain huhuh.

Tempat lama aku berniaga nasi lemak dulu dah ada jiran take over jual nasi lemak kukus. Aku ok je.
Jiran a.k.a aku panggil Kak Jun just buat nasi lemak berlauk benda lain dia takde. So datang sorang jiran blok lagi satu pulak tumpang letak bihun dengan laksa dekat situ. Aku pula Kak jun called hari Rabu pukul 12 tengah malam suruh aku buat kuih. Hahahah ketawa aku..awat x cakap awal-awal. mana ada aku barang nak buat. Hari Khamis aku terlajak tido tak sempat buat kuih. So hari ni aku hantar donut dengan karipap. Alhamdulillah habis laku licin.Tolak komisen Kak jun 0.05 sen setiap sebiji kuih dapat la aku RM20.25 . Dapat duit terus masuk tabung hehehe.

Aku bangun pukul 5 am untuk buat kuih. Lepas subuh siap cecantik dalam pukul 7 am aku menapak ke kedai kak jun untuk hantar kuih. Balik kejut dak Mija bangun pergi sekolah. Pukul 8 am aku dengan laki aku pergi hantar dia pulak ke sekolah. Kalau korang baca ni , macam busy je aku kannn hehehe

Balik dari hantar mija laki aku tanya nak breakfast tak? Aku cakap "aku ikut je.." Tau tau dia bawak aku breakfast kat Puncak Jalil kedai "MAK CHIK" . Sebelum keluar kereta aku tanya siap-siap kat dia boleh ke aku order macam biasa. hehehe Dia cakapp orderrr leeee. Senyum sampai telinga aku ngeh ngeh ngehhh.

Apa yang order macam biasa tuu???

TARAAAAAAA!!! Roti kawennnnn banjirrrr satuuu. Roti kawen tu ape? heheh Roti telur 1 + Roti Kosong 1 dan kalau aku yang makan haruslah banjirrrrrrrrrrrrrrrrrrr.


ni pon tak cukup banjir. 


Tengah duk tunggu roti siap aku terpandang pulak tapai ubi.. Ya Allahhhh punyalah lama aku mencari tapai ubi ni. Sebelum PKP masa bawa mak mertua n makcik laki aku pergi pasar shah alam tu ada aku jumpa tapai ubi ni. konon masa nak balik baru beli , sekali lagi pusing dah tak jumpa kedainye heheh. Melepas aku. Apa lagi aku pun tanya, abgggggg nak tapai ubi bolehhhh. hehehe lagi sekali jawapan diaaa sangat memberansangkan, amikkkk laaaa. yahuuu lepas kempunana. Ya Allah kau murahkan lah rezeki suami ku . aminn


tapai yang menggoda iman aku pepagi.

Kekenyang aku hari ni, lepas balik breakfast aku suruh laki aku turunkan aku dekat kedai kak jun, sampai kedai kak jun ada pulak bihun goreng tauge. Allahhh.... di sebabkan aku ni seorang pecinta tauge amik la sebungkus makan kat situ. Maka kenyanglah perut aku untuk satu hari ni.

Belum pukul 10 am perut aku penuh macam nak meletup hahahah. Giler ape tah keje harini asek nak makan je.

Sian laki aku tengahari makan sensorang dia. Takpe la kot hari ni je makan sengsoran yang penting aku dah masak tengahati, hehehe

Tq sebab sudi baca. Aku xde idea nak letak tajuk apa. hehehe





Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...