Sunday, 4 October 2020

Batuk.

 Assalamualaikum semua.


Harap ada diantara sahabat-sahabat yang membaca niada petua atau cara untuk menghilangkan batuk.

Aku dah tak tahan dengan batuk yang ada sekrang ni. Sangat mengganggu. Nak solat serba tak kena, nak duduk tak boleh, nak baring tak boleh, pendek kata setiap kali aku bergerak aku akan batuk dengan teruk.

Aku rase korang mesti biasa  dengar orang cakap "aku batuk sampai terkencing-kencing" betul tak?

Masalahnya aku batuk sampai terus rase nak buang air besar. Stress sangat. Aku dah makan ubat batuk, dah cube petua2 yang ada dekat internet. Semua tak menjadi.

Pernah sekali aku batuk sambil ketawa sebab masa tu tengah tengok running man, aku ketawa sambil batuk, tiba2 batuk aku tak mahu berhenti,  aku sampai tak boleh bernafas , muka sampai ke leher rase kembang macam nak pecah, tangan aku dah menggapai2 apa yang ada nak bangun dari tempat aku duduk tu, nasib baik laki aku nampak. Cepat-cepat dia bagi air suruh minum. Rase kalau laki aku tak nampak tu mau putus nyawa aku haritu huhuhu.

So kawan-kawan yang di kasihi semua, kasihanilah aku. ada tak sebarang petua atau ubat yang boleh aku ambil untuk hilangkan bauk ni.

Sekarang suami aku takde sebab ada short course dekat dengkil sana. Tinggal berdua dengan dak mija je. Kadang2 aku risau kena batuk tengah malam takde siapa tolong.

Harap kawan-kawan semua dapat tolong aku. Pleaseeeee!




4 comments:

  1. Kena jumpa doktor.
    Maaf saya tiada petua.

    ReplyDelete
  2. dulu sy pernah try petua kicap + limau..
    tp ade sesetgh org xngam ngn petua ni..
    jd ada baiknya jumpa doc..
    semoga cepat sembuh.. =)

    ReplyDelete
  3. kalau semua petua dah cuba, akak rasa baik jumpa doktor dik... bahaya tu kalau dah batuk sampai rasa tak boleh nak napas...

    ReplyDelete
  4. https://tinkeringthink.blogspot.com/2017/12/diy-penawar-batuk-ilham-fb.html
    Cuba petua ini.
    Saya dah cuba utk suami dan anak.Alhamdulillah ok.

    ReplyDelete