Sunday, 2 August 2020

Pergi Tak kembali. Al-Fatihah

Assalamualaikum semua,

"Paru-paru berair, heart attack, hati bengkak" ini keputusan post mortem yang sempat aku dengar masa doctor di bahagian forensik tu terangkan punca kematian kakak ipar aku. Aku juga ada dengar doctor tanya kakak ipar aku ada menyususkan baby masa baring atau sambil tido? Perlahan suara abang aku jawab " ha ah.. " sambil mengangguk.

Ya Allah Kau ampunilah dosa2 nya,
Kau lapangkanlah kuburnya,
Kau terangi lah cahaya kuburnya,
& kau tempatkan beliau bersama org2 yg beramal soleh..
Aaminn2 ya rabbal a'laminn...

Perginya tak kembali.
Maaf andai coretan aku hari ini terlalu panjang untuk korang,  aku cuma nak melapangkan dada yang sarat dengan kesedihan. Dari riak wajah mungkin korang tak nampak betapa aku sedih atas kehilangan kakak ipar tapi kehilangan dia sangat terkesan untuk aku.

Aku ingat mak dapat panggilan telifon dari abang aku yang menjerit2 bagitau " Makkk maaa sakit makkk maa sakitttt.. AllahhhuAkbarrr..Allahuakbarrrr.. Mak tolongggggg." talian telipon pon putus.

mak aku cuma sempat cakap.. "Allahhh ajie kat mana, mak ampunkan dosa ajie..mak datanggg ajiee mak datangg..." masa ni tak clear mak aku ingat abg aku yang sakit sebab sebelum ni dia ada mengadu sakit pinggang dekat mak aku.

Kebetulan aku dengan suami ada kat rumah. Tengok mak yang cemas tu dengan aku sekali kalut. Laki aku terus angkat anak yang tengah tido dalam kereta. aku pula yang baru lepas mandi capai je ape yang boleh di pakai. Dalam kereta nak menuju kerumah abang aku di kg sebelah memang tak berhenti mak dengan aku berdoa.

Hati berdebor dari jauh nampak ramai orang depan rumah abang cik , mak aku keluar kereta terus tanya mana abang cik.. mata aku tertancap dekat abang cik yang keluar rumah sambil dukung anak keciknya yang umur 1 tahun 1\2 . Abang aku nampak je mak terus cakap "makk kema kemaa makkk" sambil menangis peluk mak aku.

Aku terus lari masuk rumah , ada jiran2 perempuan dalam rumah suruh aku masuk bilik. Masuk je aku dalam bilik nampak jiran pangku kepala kakak ipar aku untuk letakkan bantal di bawah kepala. Aku berdiri kaku kat tepi, blur tak tau nak buat ape. Kak ma dah kaku tak sedarkan diri, Mak aku masuk terus teriak dapatkan kak ma.. abg cik aku masuk minta tolong pergi ambilkan mak mertua dengan anak sulung and anak no 2 dia, sebab call banyak kali tak de org jawab.

Balik dari amik mak mertua abg cik  kami nampak kereta polis dengan ambulans. Dalam perjalanan balik tu mak aku ada telipon bagitau yang kak ma dah takde. Aku diam je tak bagitau lagi pada mak mertua n anak2 abg cik. Sampai kat rumah kami semua menuju ke bilik. Sekujur tubuh kaku berselimut putih dengan wajah ditutup kain jarang. Menangis teresak mak mertua dengan anak2 buah aku. AKU? aku masih terkejut macam tak percaya yang kak ma dah takde. Sedihnya sampai ke ulu hati.

Masa ni abg cik dah tenang sikit. cuma sekejap2 dia menangis bila melati anak no 3 menangis nak mama dia. Anas yang paling kecil masih tak mengerti apa2.

Kematian kakak ipar aku dah disahkan oleh pegawai kesihatan yang datang. Asalnya tak payah bawa ke hospital tapi di sebabkan procedure kakak ipar meninggal muda bawah usia 50 tahun , dan meninggal secara mengejut post mortem perlu dijalankan.

Abang cik cerita masa kejadian kak ipar baru lepas sembahyang isya, lepas tu duduk sembang-sembang dengan abang aku sambil menyusukan anas. Lepas tu tiba-tiba kakak ipar aku mcm kena tarik macam orang kejang tu. Masa tu sempat abang cik ajar mengucap, dia lari keluar menjerit minta tolong dengan jiran2. Kakak ipar aku masa ni dah tak sedarkan diri. Tapi jiran kata masa diorang sampai dalam bilik pun nampak dah macam takde. 

Masa aku sampai rumah tu pun aku dah boleh agak yang kak kema memang dah takde masa tu. dari wanrna kulit dan bibirnya yang pucat kebiruan lebih kurang.

Kak kema kakak ipar yang baik,, rajin bercerita, senyum selalu, dia jaga mak dia, dia jaga mak aku macam mak sendiri. 

Petang raya haji haritu sempat sembang dengan dia. Tanya pasal business kuih aku, cerita pasal sakit darah tinggi dia, cerita pasal anak2. memang tak nampak langsung perubahan kak kema.

Kak kema damailah disana. Berehatlah.  Acha doakan kak ma dikurniakan syurga sebab kak ma memang layak. 

In sya Allah abg cik dan anak2 kuat dan tabah hadapai dugaan yang Allah bagi ni.

Buat anak2 buh maksu:

Muhammad Amirul Hakimi
Amni Hadirah
Melati
Anas

Maksu sentiasa ada untuk kalian. Buat abg cik. kuatkan hati redha dengan ujian yang Allah bagi kami sentiasa ada di belakang abg cik.

Buat kawan2 yang baca, harap sudi sedekahkan Al-fatihah buat kakak ipar kesayangan aku.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



rindu


kenangann


Selamat Jalann



2 comments:

  1. allahuakhbar.. semoga ditempatkan dalam kalangan yang dikasihi. salam takziah..

    doa banyak2 ya..

    ReplyDelete