Saturday, 27 June 2020

Setahun craving akhirnya dapat juga


Assalamualaikum semua.

Salam sabtu, salam hujung minggu, salam istirehat. Amboiii banyaknye salam gitchewww. hehehe.

Tahun ni aku memang craving giler kot nak makan durian tapi takde rezeki. Tengok orang lain makan dan borong durian menitik-nitik air liur aku teringin. hahaha melampaukan macam tak pernah makan je.

Alhamdulillah semalam gara-gara minyak naik seposen laki aku keluar pergi isi minyak siap-siap. hehehe. Memang aku ada minta bawa balik kudap-kudap tapi tak terlintas pula dia bawa balik durian .
Punya la suka aku malam tadi. Yahooooo akhirnya dapat makan durian. Dia bawa balik 2 biji je. Syukur dari tak merasakan. Terima kasih en.somi, semoga  murah rezeki sebab belanja bini makan durian. All the time favorite. 

Buah elok cantik, tak rugi beli. Cuma sebiji tu isi dia nipis tapi yang lagi satu puas hati makan. Isi tebal lemak berkrim and ada rasa manis-manis pahit tu. Ya Allahhhh terasa-rasa lagi dalam mulut ni hehehe.

2 biji durian, sebiji makan malam tadi sebiji lagi baru je habis pagi ni. hohh  bersarapan pagi dengan durian kami heheh.

Puas juga makan sebab, nasib baik dak mija tak suka durian, kalau tak kena kongsi pula lagi dengan dia hahahah.

Rugi la nakkkk oii kamu tak makan durian. Ummi harap esok dah besar jadi lah pencinta durian seperti ummi mu ini hehehe.

Akhir kata. Alhamdulillah syukur rezeki dapat makan durian.

Buat suami terima kasih lagi sekali, walaupun bukan sabakul durian semoga menjadi asbab diperluaskan lagi rezekimu kerana mengembirakan aku sebagai isteri.

aminnn.


Friday, 26 June 2020

Aku kena buang keje time PKP

Assalamualaikum semua

Cerita pagi tadi pergi mydin beli barang nak masak nasi ayam, dah ambik sos cili dengan sos tiram tetiba nampak cekodok adabi. Teringat dak mija suka minta makan memalam.

Letak tepi dulu sos tiram n sos cili, pergi belek cekodok pulak dulu. Puas hati dengan cekodok pilihan aku pun menonong pergi counter bayar barang. Penyudahnya dalam perjalanan balik baru teringat sos cili n tiram tak beli.
Hahhahaah tak tau nak nangis ke nak berhuhuhu.

Jadi masak jelah dengan bahan apa yang ada sebab dah terjanji dengan en.somi dengan dak mija nak masak nasi ayam. Tengah memasak tetiba nampak en.somi siap hensem2 dengan berkurta bagai, laju aku tanya "abg nak pergi mana?" .. " sembahyang jumaat!" ehhh lupa pula hari ni hari jumaat. Macam pelik pulak tengok laki aku pergi sembahyang jumaat hahah maklumlah musim pkp haritu lama tak sembahyang jumaatkan.

Alhamdulillah negara kita dalam fasa kemenangan walaupun covid ni tetap akan ada bersama kita semua tapi in sya Allah negara kita mampu mengatasinya. RAKYAT MALAYSIA BOLEH.. 

Dalam masa tu aku adalah salah seorang mangsa PKP huhuhu, sehari sebelum PKP kontrak kerja aku dengan company bersambung sampai bulan 6.  Kontract pekerja baru sambung setiap 3 bulan. So bulan 6 tu aku sambung untuk 3 bulan lagi la kononnye. 

Tetiba esoknya pkp. genap 2 minggu aku wfh, dapat email kata aku di berhentikan kerja.. masa ni aku rase cam kosong jeeeeeee. Tak tau nak buat ape. Aku sms bos tanya kenapa? tetiba kata performance aku tak bagus. Masa ni aku rase nak gelak pun ada. Setelah berhempas pulas tahan maki , kena marah bagai, performance x bagus katanya. Aku baru keje 3 bulann kotttttttttt. Yeahh lama-lama aku anggap takde rezeki aku kat situ. Ada satu hari aku teringat nak contact member yang masuk keje sama2 dengan aku dulu tapi opis dia kat hq, rupanya bukan aku je kena buang, mana pekerja baru semua kena buang muahahahaah. So tak jadilah aku nak sedih beria. 

Sekarang aku duk umah je lah sambil buat florentine cookies. Korang nak order boleh roger aku ye. hehehe nanti aku up gambor bebanyak. Selain tu aku sekarang ada cita2 baru nak jadi youtuber lah.. mana tau dapat 100 dollar sebulan pun jadi lah.. wakakakakak.

Jumpa lagi next entry. Doakan aku murah rezeki ye.




Wednesday, 24 June 2020

Halimunan

Assalamualaikum semua,

Tengok banyak bulan aku tak update dekat blog ni. Padahal banyak je cerita yang aku nak simpankan dalam ni. Tapi setiap kali aku on je computer setiap kali tu kerja aku tertangguh.

Banyak benda jadi sepanjang aku "turn off" mood blogging aku ni.

Bukan aku tak buka blog, kadang aku baca je entry lelama yang aku tulis tapi bak halimunan. aku ada tapi takde..xde hati nak menulis.

Hari ni terdetik nak buka "Kisah Seorang Aku" ni sebab malas nak bergaduh berebut handphone dengan dak mija. So aku main computer dia main handphone.

In sya Allah next entry aku akan buat secepat mungkin. Nak meluahkan perasaan yang aku sekarang menjadi seorang penganggur semula. huhu sedih.

Jumpa next entry. Adios...

Saturday, 22 February 2020

Cara makan megi zaman universiti.

Assalamualaikum..hi kawan2... Dua tiga harini tak sihat. Perut meragam dan makan pun tak tentu hala.

Aku dah sakit perut dekat seminggu. Ceri beri. 

So ceri beri aku ni boleh dikatakan dekat seminggu juga le. Huhuhu...

Stress pula aku. Mana tak stress, ceri beri kalau sekali je takpe tapi berkali2 .. nak kata keracunan , xde pula aku muntah². Nak kata makan pedas pun sekali sekala je kot. 

Hari khamis hari tu aku dah rase seram sejuk kat office, aku bagitau dekat bos nak pinjam themormeter , nak cek suhu tapi aku macam di perlekehkan pula.. " takpe boleh buat keje lagi" lebih kurang macam ni la jawapan yang aku dapat.

What the heckkkk... Aku nak pinjam sbb nak cek suhu bukan aku tak nak buat keje.

Dua kali kot aku minta tapi di gelakkan dan di senyum sinis aje.. kecewa siottt. Sakit hati aku.  

Balik keje aku memang gigil habis and aku decide mc hari jumaat. Padan muka depa. Muahahah. 

Alhamdulillah dapat la rehat 3 hari ni. 

Aku sedih layanan kat opis tu macam hare sikit... sepanjang aku keje boleh nampak dia punya layanan antara staff tu berbeza2. 

Hmm eh terluah perasaan pula. Niat aku tadi nak update dinner malam ni .lain pula perginye hehe.

Malam ni tak tau nak makan ape. So ini je yang boleh buka selera aku.

Jemput tengk semua hehehe.

megi asam laksa sama nasi putih. Ni makan aku masa kat unisel dulu. Heheh 
Sedap tau. Sape tak pernah cuba, boleh la sesekali cuba makan dengan nasi. Sedappp

Sunday, 16 February 2020

Donut gebu segebu tukang uli buat minum petang.

Salam ahad... Last day cuti untuk minggu ni. Besok dah masuk keje seperti biasa.

Harap hati terus kuat untuk kerja. Maklum le..selepas 5 tahun jadi suri rumah tangga sepenuh masa tetiba tahun ni jadi orang berkerjaya. Seronok tapi belum biasa dengan persekitaran baru kat tempat kerja. 

Hati kadang meronta nak duk je kat rumah, memandangkan takde sokongan kewangan yang kukuh kene juga keje.

Masa berniaga nasi lemak haritu pun ok tapi jalan tutup pula. Jualan pun slow. So stop la dulu meniaga.Alhamdulillah dapat kerja, kalau tak lagi haru kot. 

Tapiiiii tu laaaa hatiii niiiii asekkkk tertinggal kat rumah. Huaaaaaa.

Korang doakan aku terus bertahan ye. Heheheh. Sekarang nak cari keje bukan senang. Tambah orang dah kawen ni lagi jarang orang nak ambil kerja.

So bila kerja aku jarang dapat masak sesedap untuk anak aku . Harini buat kuih sesama dengan dak mija. 

Aku suruh buat donut, dia sebuk nak buat karipap. Naik angin pulak aku..hahahah last aku bagi je dia main acu karipap dgn doh donut . 

Minum petang yang simple aje harini..Alhamdulillah..kenyang dapat juga bagi jiran 6 ketul. Heheheh.

Selamat menjamu mata. 

Siap doh.
Doh sudahhh gebuu segebu tukang uli hahah.
penampakan DKU ...donut kurang upaya.hehe
Siappppppp.



Saturday, 15 February 2020

Menu tengahari yang terangkat.

Yeahhh.. salam sabtu.  Hari ni berkesempatan nak masak dengan tenang heheh.

Alhamdulillah...sedap sangat makan hari ni. Terutama sekali sup pedas cendawan enoki tu.. huuu suami siap hirup kuah giteww.

So menu hari ni sup pedas cendawan enoki, ayam masak sambal, kerang rebus, sotong bakar & sambal manis pedas berapi. Hahah boleh cirit bentet dia punya super pedasss wakakak.

Kerang dengan sotong tu beli sikit je buat makan sendiri. Maklum le laki teman ada gaut.. kang beli banyak join sekaki pula dia nanti.. tak memasal tak boleh berjalan hehehe.

Alhamdulillahhhh kenyang untuk hari ni.. Ada ke yang nak resepi sup pedas?? Kalau ada boleh roger ok hehehe. Nanti boleh share. 



                       Sup pedas

.                     Ayam sambal

      sotong 3 ketoi n kerang rm2 hahaha 

                 Sambal ni nampak buruk 
               tapi paduuuuu.

Tuesday, 11 February 2020

Nasi Ayam peram semingguuu bahahah.


Assalamualaikum reader.. ye aku baru nak bersiaran. hehehe ini pun entry yang sepatutnya aku update 2 hari lepas, tapi tak berkesempatan. Cuma sempat letak dalam draf je.huhu
Nak cite kemarin masak nasi ayam. Nasi ayam ni sepatutnya aku masak minggu lepas tapiiii sebab aku memang busy gilerrrrrrr, makanya bahan nasi ayam yang dah beli awal-awal tu semua tersadai dalam peti ais. Nak tak nak kena masak juga. Ye la hamper semua bahan dah nak buruk. tak nak aku jadi kawan syaitonnnnn...membazir je beli klu tak masak kannn.

So cong ceng cong ceng siap la nasi ayam aku hehehe.

taraaaaaaaaaa. walaupun bukan menu hari ni. tetap aku nak share bahahaha.

sila jilat screen . bahahah Nampak je buruk tapi sedap tau.. ecehh puji diri sendiri pule hehehe


nyummm

nyum nyummm 

nyum nyum nyummmm 

nyum nyum nyum nyummmm 

YUMMYYYYYYY 

Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...