Thursday, 3 March 2016

Onyau n Milah

Rindu tak terkata.

Dibela dari kecik pengakhiran mereka di kampung.

Sedih hati tinggalkan diorang disana.

Tak sabar nak balik kampung bulan 4 ni.

Ummi rindu sangat2 dengan onyau n milah. Milah kurang sikit sebab dia  berdikari punya kucing tak macam onyau.. Manje sangat.. nak makan tulang pon tak reti.. ingat onyau tercekik tulang hahah terkejutnye ummi.. sekarang onyau terpaksa berdikari..bukan ummi taknak bela onyau lagi tapi ayah tak kasi sebab dah ada baby.. takut baby jangkit kuman. Walaupon org kate kucing adalah binatang paling bersih tapi tak mustahilkann. Takpelah onyau jaga diri baik2 dekat kampung ye, bertahan 2 3 tahun nanti kalau ada rezeki ummi ambil balik tinggal dengan ummi.

Ummie rindu nak gomol2 onyau.. huhuh sedihnyeeee rindu sangat2 nih.. Agak2 kalau ummi balik kampung nanti onyau kenal ummi lagi tak?? Nanti ummi balik kampung ummi belanja onyau ayam rebus.. nnt ummi simpan duit sikit ummi kasikan onyau. takde onyau menyusahkan sape2 nnt. kalau onyau bunting xde sape nak jaga onyau dah nnt org kat kampung buang onyau lagi ummi sedih huhu

xleh tulis dah..ummi sedihh rindu sgt dengan onyau.. huhu

onyau mase kecik.

 onyau dah masuk 5 bulan. botol susu onyau tertinggal
kat rumah.sian onyau 


rindunyeee...



Wednesday, 2 March 2016

Muhammad Iman Mirza B. Muhammad Shahmil

Permata hati ummi n ayah. Anak Ayah dan Ummi yang di kasihi..

Semoga membesar sebagai khalifah yang taat kepada Allah dan kedua orang tuanya.

Ummi dan Ayah doakan mirza berjaya dunia dan akhirat dan semoga Ummi dan ayah juga berjaya mendidik mirza menjadi insan yg berguna pada agama bangsa dan negara..

ishh tetiba ummi touching plakkk huhuhu kejap je masa berlalu.. pejam celik pejam celik..esok anak ummi dah ada kat oversea.. further study.. bahahahha besor benor citer2 ummi nih..hihihi

ehh nak masaklahh byeee

pic dari baby dan masih baby lagi bahahah umur 1 hari sampey 2 bulan lebih.. syg anak ummi

yom cikeddddd..muahh muahhh









Saya kembali cuci habuk yg tertinggal hihih

Assalamualaikumm dunia

perghh berabokkkk.. punya lame x hapdate.. bahah

ermm ermm  harini update entry sebb nak simpan beberapa memori indah duka dan lara..
rasenyenye tak banyak duka lara. Adat berumah tangga.. bak kate pepatah usah berani berumah di tepian pantai andai takut di lambung ombak..e ceh ceh..madah pujangga pule hakakkk kannn. tapi betulkan..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pule suami isterii..ecehhhh lagi sekali.aumm mihihihi..

Andai terpadam kotak memori disinilah hakak kembali

cerita kisah kita.. alhamdulillah hakakkk dah bersalinnnnnn..normal..sakit oooo nangiss..dalam hati pasni tak mo beranak dah.. tapi dah pasang niat nak ada baby girl plak pas ni.hehehe

Baby boy hakak sangat kacak okehh sekacak namenye.."Muhammad Iman Mirza" cite2 beliau nak jadi cheff.. huhu sekarang umur beliau nak masuk 3 bulan dah.. mohon apaknye jgn lupe 15/3 ni ada appointment dekat klinik.

lagi nak citer pasal ape ye... ermm erm

ohoiiii..sekarang hakak dah naik pangkat tau.. Alhamdulillahh rezeki dari Allah.  Dulu kuli biasa sekarang naik pangkatttt jadi Pengurusssss... Pengurus dalam sektor rumah tangga..bahaha Sayalah Suri rumah tangga sepenuh masa dan suri di hati suami bahahah.. siapa nak caras sila langkah mayat sy dulu hihihi.

Seronok jadi suri rumah ni sebenarnye almaklumlah kita didik dan tengok anak membesar depan mata tapi satu je hakak lemahh.. hakak tak reti kemas rumah.. huaaaaa nangissssss.. kemas rumah mcm x kemas.  kene g kursus ni. ngeee
ehh dah dekat pukul 4 ptg la. tadi en.somi pesan suh masak la.. heheh moh la masak dulu lain hari sambung lagi.

ehh kate nak kongsi kisah duke lara..ateee xde pon lare nyeee kot ada pon biorla hakak simpan dalam hati. heheh


bye bye

yg benar

ibu mithali  ibu yg sejati

Cik Seri Puan Jelita Ainshah

Thursday, 20 August 2015

Kuih Gelang a.k.a Kuih Keria

Hari ini 19.08.2015.. tapi lagi 6 minit nak masuk 20.08.2015 wahahahha... Baru berkesempatan hakak nak hupdate blog.. Lame dah teringin nak update tp mood asek ke laut dalam di tambah pulak penyakit M melanda.. Memang tak la jenguk blog nih. heheh

Harini hakak cuti keje.. sakit tangan ngan kaki tapi sebenarnye malas g keje je lebih tuu..huhu .. So memandangkan hakak ada kat rumah sehari suntuk teringin plak nak masakkan en.somi kuih untuk santapan minum petang..  hik hik hik..... rajin tak hakak....

Berbekalkan kerajinan yang diluar dari kebiasaan..maka untuk minum petang en.somi terhasil la kuih tradisional yg berasaskan ubi keledek iaituu jeng jeng jengggg KUIH KERIA a.k.a Kuih gelang. Hasilnye.. hohhhh opkos lah mengancam... nak resepi??? senang jehhh... meh hakak belanja resepi..

Kuih Keria a.k.a Kuih Gelang

Bahan2

1.Ubi keledek 3 ketui (akak suka yg oren)
2. Tepung gandum 3 sudu makan (penuh)
3. Garam secubit
4. Gula untuk buat Sira gule

Cara Masak?

Follow gambar yang hakak belanja nih... hehhe


1. Rebus ubi sampai empuk


2. Lepas buang kulit ubi.. lecekkan ubi sampai lunyai.. hik
hikkk hikk!


3. Garam secubit

                                      
                                                                 
         4. Masukkan tepung gaul sebati sampai jd doh mcm gambor kat bawah
ni hehehh


5. Jeng jeng jengg doh kalau lembik sikit takpe.
baru sedap nak kunyah ngeee


6. Buat bulat2 macam donut tu..


7. Pastu panaskan minyak n goreng keemasannn.. nanti boleh
gadaiiii wakaaka!


8. Erkkk yang ni dah siap goreng tapi xleh gadai
hik hik hik !


9. Untuk buat sira gula..
panaskan kuali isi air dalam 4 sudu besar
n gula 3 sudu besar. kacau sampai mendidih
dan masukkan kuih yg dah siap di goreng.
kacau sebati pastu tutup api gas dan kacau sampai kering
dan berkerak gule.

10..... Hasilllllllnye nantiiii akak jadi cenggini...


hehehh rupe x berapa nak lawa.. tapi rase sedapp
òooooo


Selamat mencubaaaaaaa!!!






Monday, 10 August 2015

To my little angel

Dear Anak ummi,

Betapa besarnya Rahmat yang Esa bila menganugerahkan awak dalam perut ummi. Gembira hati ummi tak terhingga. Semoga awak lahir dan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh untuk ummi dan ayah.

Disebabkan awak hari ini ummi belajar untuk menjadi seorang yang kuat dari segi mental dan fizikal. Semalam ummi rase sedih sangat. Ummi tak tahu nak cerita dekat siapa. Nak cerita pada opah mustahil sekali. Akhirnye ummi hantar message pada aunt Aishah.

 Ummi cakap dekat dia " Weh! aku sedih!! "
Aunt Aishah balas " Nape? Haish pergi ambil wuduk  solat sunat 2 rakaat.Tenangkan diri..Zikir banyak2.Kan dah pesan jangan sedih2 nanti baby susah hati. "

Ummi biarkan messange aunt Aishah berlalu macam tu aje. Malam2 nanti mesti dia tanya ummi lagi.. huhuhu!

Malam tadi ummi terjatuhkan bakul kain dekat tangga rumah kita. Habis semua baju terkeluar. Bakul pulak tercampak jauh ke lantai. Ummi turun ambil bakul dan kutip semula kain2 kotor tu. Tiba2 ummi rase lemah hati jiwa dan perasaan. Ummi terduduk sambil menangis sorang2. Masa ni awak bergerak laju sangat. Awak tak pernah bergerak laju macam tu. Awak pon rase ke ape yang ummi rase?? Puas menangis di tangga ummi sambung basuh kain dan sidai kain tu pon tak habis sidai huhu.

Selesai kerja dibawah ummi naik berehat. Ummi teruja sangat awak bergerak tak henti2. Ummi nak panggil ayah, nak suruh ayah rase awak tapi ayah tengah moody. So ummi tak jadi panggil. Ummi sorang je yg rase.

Malam tadi sebelum ummi tidur lagi sekali ummi menangis tapi dalam toilet. Takut ayah dengar.
Ummi pun tak tau pukul berapa ummi tidur malam tadi. Yang pasti ummi tdur tak sampai 2 jam kot. Awak pon sama tak tidokan.. Sian anak ummi .. Ummi susah hati awak pon tak boleh tido.

Hari ni pon awak aktif sangat. Awak lapar ke? Sorry ummi takde selera nak makan.

Sekejap lagi ummi pergi cari makanan. Roti je la ye.. Ummi tak lalu nak makan yang lain. Tadi ummi beli nasi untuk awak  ummi makan 2 suap je. Ummi betul2 takde selera. Sorry sangat2.

Ummi tak sabar nak jumpa awak. heheh

Ummi da nak sambung buat kerja ni..

i love you.

bye bye...





Thursday, 30 July 2015

SURAH ALAM NASYRAH

COPY PASTE YE..HAKAK ULANG LAGI SEKALI ni COPY PASTE.. untuk rujukan masa kini dan akan datang.. Tak hingat pulak ambil kat fb sape tapi yg pasti akak amik dari fb seseorg.

MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

Sebentar tadi saya selesai menonton Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek (cuba cari profile FB beliau, tapi tak jumpa). Tajuk menarik untuk hari ni - ANAK ANUGERAH ALLAH. Topik yang saya kira sangat relevan memandangkan senario keruntuhan sosial dan cabaran-cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan konsep pendidikan berlandaskan agama adalah yang terbaik dan juga penyelesaian untuk 1001 macam permasalahan sosial. Semoga sahabat-sahabat dan mungkin saya juga (jika diizinkan Allah) mampu menjalankan amanah ini berlandaskan apa yang seharusnya bagi memastikan generasi akan datang, adalah generasi yang terpelihara dari 1001 macam cabaran masa kini.

Okay, saya sebenarnya nak kongsi beberapa ilmu yang saya peroleh sebentar tadi.

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana :)






#mohon dihalalkan huhuhuhu

Monday, 6 July 2015

Stupidity Never Ends..

Baru-baru ni viral kisah seorang pakar kewanagan yang berotak udang mencadangkan "jangan balik kampung kalau nak jimat" di musim perayaan nih. 

Kah Kah Kah! Aku rase mcam nak hempuk je beliau ni. ingatkan Ahmad Maslan je yang kebengapan rupanye ada lagi.. boleh dah tu kalau nak jadi Menteri kat Malaysia ni. Nak jadi menteri kat Malaysia nih tak banyak syarat  rasenye. Yang penting  mesti bangang tahap Dewata Raya..bahahah!!

Mungkin beliau lahir dari buluh betung kot .. xde mak bapak .. xde adik beradik untuk di lawati.. kesian....... Dia tak tau ke time ni la orang ambil peluang nak ziarah menziarahi kaum keluarga, sedara mara, kaum kerabat bagai.. arghhh stupidity never endssss... dari menteri hinggalahh ke bawah2annyeee.. tolong laaa jangan bagi statement bangang macam ni lagi.

Tak nak tulis bebanyak.. sebab banyak dah blogger yang update perkara ni. Just update kat entry aku supaya aku ingat banyak org kat Malaysia belajar tinggi2 tapi BODOH bertingkat2. bahahahah!

Belanja sikitttt..nahhh! bahaha


notabulukakikuyangsiapbertrim:Tahunnihakakdahada2kampung.heheh

Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...