Alhamdulillah... Semalam family belah mertua datang singgah rumah untuk bermalam. Planning haritu kami beramai-ramai nak bercuti ke Terengganu, tapi last minit husband bagitau budget x cukup nak pergi. At least nak kena ada rm1k ++ dalam tangan. Aku ok je. Takde rezeki kan. Berbalik dengan family mertua tadi diorg dari manjung ke pahang.. pahang ke terengganu, habis bercuti dari terengganu singgah rumah kami dulu buat buang lelah. If diorg direct dari terengganu ke manjung makan masa 9jam. So singgah beristerirehat dulu di bukit jalil ni. Alhamdulillah.. tak dapat pergi terengganu dapat ole2 dari terengganu. Terima kasih adik ipar belikan baju, tq mak mertua belikan kita baju tido terengganu , durian terengganu, heheheh. Tq tok cik aka acik sarimah bawa keropok lekor , buah laici, mangga... Ahhh terasa kita sendiri shopping kat terengganu hehehe. Syukur... Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Harini 9/7/2025 rabu , bersiap la diorang nak balik ke Manjung semula....
Assalamualaikum Buat kawan-kawan dan reader ssemua. Ye setelah 2 tahun lebih lenyap di telan masa, aku kembali menghantui uols. Hahahaha adoiii tenggelam timbul ni dah macam jadi habit aku agaknye. Setahun sekali or dua kali baru nak update entry. Nak kata sibuk, tak juga. Nak kata lapang sangat pun tidak, tapi aku tak ada masa nak menulis. Masa aku banyak di habiskan dengan tengok TikTok je hahaha. Korang semua apa kabar? sihat? aku sihat alhamdulillah masih di beri kesempatan oleh NYA untuk menyayangi dan di sayangi.. Tapi tu la biasa bila bab di sayangi ni aku je yang selalu perasan, Padahal xde pun yang sayang..sob sob sobbb!! Mulai hari ni aku ingat nak consistent untuk memeriahkan suasana blog aku yang kesepian ini.Harap masih ada yang sudi baca celoteh aku yang kadang mengarut dan merapu ni. heheh Jumpa lagi next entry
Assalamualaikum..hi kawan2... Dua tiga harini tak sihat. Perut meragam dan makan pun tak tentu hala. Aku dah sakit perut dekat seminggu. Ceri beri. So ceri beri aku ni boleh dikatakan dekat seminggu juga le. Huhuhu... Stress pula aku. Mana tak stress, ceri beri kalau sekali je takpe tapi berkali2 .. nak kata keracunan , xde pula aku muntah². Nak kata makan pedas pun sekali sekala je kot. Hari khamis hari tu aku dah rase seram sejuk kat office, aku bagitau dekat bos nak pinjam themormeter , nak cek suhu tapi aku macam di perlekehkan pula.. " takpe boleh buat keje lagi" lebih kurang macam ni la jawapan yang aku dapat. What the heckkkk... Aku nak pinjam sbb nak cek suhu bukan aku tak nak buat keje. Dua kali kot aku minta tapi di gelakkan dan di senyum sinis aje.. kecewa siottt. Sakit hati aku. Balik keje aku memang gigil habis and aku decide mc hari jumaat. Padan muka depa. Muahahah. Alhamdulillah dapat la rehat 3 hari ni. Aku sedih layanan kat opis tu m...
Comments
Post a Comment