Posts

Showing posts from 2019

Dance Monkey - Tones and I

Image
Lagu ni terngiang-ngiang kat telinga aku je. Hehehe Jom layan hehehe. "Dance Monkey" (feat. Major Lazer) They say, oh my god, I see the way you shine Take your hand, my dear, and place them both in mine You know you stopped me dead while I was passing by And now I beg to see you dance just one more time Ooh I see you, see you, see you every time And, oh my, I, I, I like your style You, you make me, make me, make me wanna cry And now I beg to see you dance just one more time So they say Dance for me Dance for me Dance for me oh oh oh I've never seen anybody do the things you do before They say Move for me Move for me Move for me ay ay ay And when you're done, I'll make you do it all again I said, oh my god, I see you walking by Take my hands, my dear, and look me in my eyes Just like a monkey I've been dancing my whole life But you just beg to see me dance just one more time Ooh I see you, see you, see ...

Back to work!!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah pencarian kerja sudah tamat. Aku grabbed je mana kerja yang datang dulu. Desperate. Yes, I am. Memang aku desperate.  Semalam 16.12.2019 (Isnin) jam 5 lebih cam gitu ada sorang admin dari satu company yang aku pergi interview untuk kali ke2. Bila? Biarlah rahsia.. ecehh  Sambung balik. Tengah aku memasak petang semalam dapat called yang minta aku datang keje hari khamis ni.  Mula-mula teragak-agak juga aku nak terima sebab aku tak tau basic dapat berapa. Bila dia tanya bila boleh masuk kerja, aku minta hari isnin minggu depan supaya aku boleh bereskan hal si budak mirja ni, tapi diminta asuk awal pula. Hari khamis dah kene pergi. Aku on je lah. Lepas tu baru dia bagitau aku basic gaji berapa. ada elaun semua. Aku minta sekian -sekian tapi dapat kurang rm100 dari yang aku minta. Ok lah tu , kalau tambah alaun dah lebih dari yang aku minta.  Alhamdulillah. Sekarang pening pulak kepala aku nak cari pengasuh dekat budak mira...

Nasi goreng Cina Hujan Cintee Gitewww.

Image
Assalamualaikum, Selamat berhujung minggu buat semua follower and reader.. ecehhh macam banyak je readerrrkann hehehe.. In sya Allahhh one day mana tau semua orang baca blog aku.. hihihi  Rutin mak-mak di hujung minggu, orang lain tak bangun lagi , dialah yang paling sibuk bersilat kat dapur untuk sediakan breakfast.  Termasuklah aku mak anak sorang ni.  Harini buat breakfast simple je. Nasi goreng Cina. Request dari laki aku semalam.  Malam tadi dia pesan suruh masak nasi siap-siap, so bila bangun boleh terus masak. Aku dengar je dia cakap semalam tapi bak mencurah air di daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. heheh.  Terlupa nak masak nasi semalam , pagi ni terkocoh-kocoh  masak nasi putih dulu.  ALhamdulillah  awal juga siap nasi goreng cina aku.  Jom aku belanjaaa.. tapi belanja gambar je lah hehehe. cing cing cing bunyi sudip dan kuali bersatu hehe ini cara aku.. berenang-ren...

Kenangan Berpeluh ketiak Masa pergi interview.

Image
Assalamualaikum,  Apa khabar korang semua. Aku busy dua tiga hari ni. Busy siapkan resume. Heheh. Rasa awkward betul bila dah lama tak kerja tetiba ada yang sudi panggil interview . Berbunga-bunga juga hati ni. Maklum lah orang kata, perempuan ni once dia berhenti kerja sebab bersalin nak minta kerja balik memang susah. tambah lagi kalau yang dah berusia macam aku ni. Memandangkan tahun depan Muhamammad Iman Mirza dah mula sekolah aku pun decide nak kerja semula. Start minggu lepas lagi aku dah  search sana sini tengok jawatan kosong. Paling banyak aku apply dekat job street lah. Tapi nak tggu feedback dari kampeni-kampeni ni paling lewat 2 minggu. Sambil tunggu maklum balas diorang, ada juga aku apply dekat mudah.my. Ada dalam 5 job juga la aku apply. Jawatan yang aku apply pun jawatan biasa je, kerani dan Logistic Executive memandangkan last kerja aku bahagian logistic tu je la yang aku confident nak minta huhuhu. Ada experience kann..   Alhamd...

Meremang bulu roma tengok straw kertas,

Image
Straw plastik diharamkan penggunaannya di restaurants terutamanya di Fast Food restaurant. Isu ni lama dah and aku pun sokong 100% walaupun kalau pergi makan Mcd atau KFC aku tetap minta straw hehehe. Tapi yang menjadi masalah aku sekarang bila diorang gantikan straw plastik dengan straw kertas. Ya ampunn aku tak tau apa nama penyakit aku nih, Aku langsung tak boleh tengok straw tu. Setiap kali aku tengok aku rasa nak demam. Bulu roma mencanak naik. Gigi semua rasa nak luruh. Sumpah tak tipu. Saat aku tengah menaip ni pun aku rasa seram sejuk. Aku baru je tau yang diorang gantikan dengan straw kertas masa beli air kat gsc panggung masa tengok ajen ali hari tu.  Stressnya aku nak habiskan air tu. Rasa nak nangis, Tadi laki aku belanja tealive. Aku buka straw tu nampak yang kertas terus menggigil. Seram sejuk nak demam. Sian aku tak boleh nak minum. Minum sikit je. Sudah nye dak mirza dengan apaknya yang habis kan. Aku telan air liur je huhuhu. Strawberry puding lak tu.My ...

Serai Ganti Ubat Nyamuk

Image
Assalamualaikum, Macamana dengan tido korang semua malam tadi? Lena? Tido aku dengan dak mirza terganggu dek segerombolan nyamuk yang terlepas masuk dalam rumah. Actually dah 2 3 hari nyamuk-nyamuk ni berpesta muda mudi riang ria dirumah aku. Sebelum ni tak pernah pula ada nyamuk memandangkan rumah aku tingkat 4. Orang kata rumah tinggi ni nyamuk tak larat nak terbang tapi rumah aku penuh nyamuk. Seronok nyamuk-nyamuk tu mengendurikan aku anak beranak. Hari 1 boleh tahan lagi. Hari ke 2 dak mirza bangun pukul 3 pagi mengamuk minta aku garu belakang dia. Hari ke 3 tak boleh tahan, ubat nyamuk takde sebab lupa nak beli. Hari-hari keluar beli barang tapi aku lupa nak beli ubat nyamuk. Punyalah pelupa. Malam tadi aku teringat masa zaman suka mandi wap dulu mak aku selalu letak serai wangi dan rumah selalu takde nyamuk Tengah pekan ni mana nak cari serai wangi? Aku buka peti ais serai masak je yang ada hehehe. Serai tu aku tumbuk and campurkan dengan air suam. tutup sekejap ...

Asam Pedas Ayam Campak-Campak & Rebus Bendi Sambal Belacan.

Image
Alhamdulillahhh.. kenyang makan nasi hari ni. Korang semua dah makan? Aku doa saat korang terbaca posting ni perut korang dah kenyang hehe.. Kalau tak berdosa pula rasa hati buat korang lapar heeeee. Lambat sikit aku masak hari. Terlupa nak keluarkan ayam awal-awal. Terpaksa tunggu 2 3 jam sampai ayam lembut. heheh Menu hari ni semua main campak-campak je. Asam pedas ayam dan rebus bendi cicah sambal belacan. Kalau ada yang nak resepi asam pedas versi aku boleh drop komen kat bawah. In sya Allah nanti aku share. Buat korang yang baru nak makan. Selamat menjamu seleraaaaa. Asam pedas ayam aku ada terung heheeheh haaa ini yang paling padu. Sambal belacan memerut namanya. lepas makan sakit perut. hahaha pedas ya ampunnnnnn.

Makan Benda haram.

Image
Assalamualaikum.. Selamat tengahari. Amboi macam kontroversi je tajuk entry aku hari ni. Takdelah saja nak share kat korang benda jadi kat aku bulan lepas. Staff: Ini je? Aku: Ye ni je. Staff : RM**.** (aku tak ingat berapa) Aku: Ehh air milo dengan lolipop ni dah kira ke. (tanya sbb ada kat hujung kounter) Staff: Dah kak (sambil masukkan barang dalam plastik) ............................................................. Ni conversation aku masa pergi pasaraya beli barang bulan lepas. Aku tengok staff yang kira barang tu macam kelam kelibut. Buat keje pun tergesa-gesa. Sebelum pergi aku sempat minta resit. Biasa kalau aku beli barang sikit aku tak minta pun resit. Resit tu nanti jadi sampah je  dalam wallet. Orang perempuan ni kalau resit semua dia simpan dalam wallet. Sudahnya resit lagi banyak dari duit hehehe. So lepas je beli barang aku terus pergi kedai mamak sebelah pasaraya tu sebab dak mirza dengan ayahnya dah tunggu kat situ. Ngetehhhh....

Selipar dan kami sekeluarga

Image
Assalamualaikum. Harini nak cerita pasal selipar. Ahhh takde benda lain ke nak cerita? ehhh apa salahnya jadikan selipar satu entry dalam blog ni., memandangkan selipar juga menjadi sebahagian dari setiap manusia di seantero dunia. hehehe. Kami bukan dari golongan have have untuk ada 3 4 selipar dalam satu masa. Kami cuma rakyat marhein yang boleh dikatakan miskin bandar. huhuhu Selipar baru cuma akan berganti kalau selipar sedia ada sudah tahap tak boleh pakai. Baru ni selipar anak aku si mirza yang dia pakai since umur dia baru nak masuk 3 tahun . sekarang mirza dah 4 tahun. Mirza pakai selipar dia sampai 7.12 kemarin. Genap umur dia 4 tahun. Memang lunyai selipar tu.  Aku memang dah ada niat nak ganti yang baru lepas nampak tapak selipar dia koyak. Setiap kali keluar pergi beli barang dapur aku tengok selipar untuk dia. Selipar kalau elok sikit harga punyalah bapakk mahal giler. Bila harga tak mampu milik tu fikir 2 kali gak nak beli yang baru. Kebetulan mas...

Pasar Malam..kita lupakan Diet. hehehe

Image
Assalamualaikum. Pagi-pagi ni takde aktiviti menarik aku buat melainkan masak untuk sarapan pagi. Harini aku masak mee goreng je, kebetulan ada adik ipar aku datang semalam. Masak la 2 bungkus mee goreng pagi ni. Jangan tanya gambar. lupe nak snap. Lemau pulak aku pepagi cenggini. Semalam lepas pick up adik ipar aku kat lrt Alam Sutera, kitaorang terus vrommmm ke pasar malam di puncak jalil. 2 hari ni memamng kelaut diet aku. Hahaha. actually aku tak diet pun just aku jaga waktu makan aku je. So malam sebolehnya aku memang takkan makan apa2. Tapi dua hari ni ermm mencabar pulak sikit ngeh ngeh ngehh.. takpelah. nanti aku cover balik. Aku dah turun 2kilo lebih minggu lepas. Syok la juga. Makan sedap pun berat still turun. Minggu ni tak nak tengok penimbang. Seram rase kalau tetiba naik 100g. hahaha. Nahh ni tangkapan aku semalam.. Tangkapan aku saja tau, hat laki aku beli lain pulak heheh. Oh keropok lekor tu adik ipar aku beli. Dengan hasil tangkapan ni tak mus...

Atasi Jerawat Pasir @ Black head dan White Head.

Image
Assalamualaikum Memandangkan aku ni seller skincare rasa macam tak complete pula kalau tak share something yang bermanfaat untuk bantu korang kat luar sana yang ada masalah kulit. So untuk first entry aku mengenai kecantikkan ni, aku nak cita pasal Jerawat pasir / Black head n white head. Punca muka korang ada masalah jerawat pasir atau black head and white head adalah disebabkan kulit muka yang berminyaaaakkkkk. Yes bebeh kulit berminyaklah punca utama jerawat pasir, white head and blackead korang bergembira dan berdangdut dia atas kulit korang. hehehe Cara nak atasi masalah ni senang je..semudah yeyyybbbbbccccc.  Penggunaan pencuci muka yang disarankan untuk mengawal pengeluaran minyak di wajah adalah dengan menggunakan cleanser yang mengandungi AHA BHA .  Apa pula natang aha bha ni tanya kak limah pada cik bunga.. (>.<). Nah aku shared kat bawah. APA ITU AHA Aha bermaksud Alpha Hydoxy Acid. Berasal dari tebu atau dari sumber tan...

Prosperity IS BACKKKK

Image
Assalamualaikum, Prosperity Burger is backkkkkk. Yeah salah satu hidangan mcd yang aku tunggu-tunggu setiap hujung tahun. Entah aku pun tak tau le kenapa aku suka sangat prosperity burger ni. Padahal rasa black pepper je pun heheh. Malam tadi setelah 18 kali aku ajak laki aku makan mcd dia tolak tapi kali ke 19 dia tak mampu nak tolak dahhh.. Auraa diaa Masyaaaallahhh..heheh ok ni tipu..saja nak selit salingan iklan yang bersepah di facebook 2 3 harini. Siapa yang paham aku bagi A+, yang tak paham .. bagus..tu tanda korang tak suka gosip murahan di sosial media dan dunia hiburan.. wakakaka. Malam tadi laki aku ajak keluar, memula aku eksyen tak nak ikut, sbab aku tau laki aku nak pergi ngeteh je malam tadi. Disebab aku sekarang memang tengah cuba disiplin untuk elak makan malam, soo perasaan nak ikut tu cuba ku tahan jebatttttt..kalau aku ikut juga dah tentu nasi goreng USA depan mata. huhuhu Dalam pada aku tak nak ikut tu, tetiba anak aku pulak nak ikut. Sian la pulak. Dia d...

Eh! by Zizi Kirana lirik

Image
Sendiri mau ingat Rambut sendiri sikat Kusut lama tak sihat Bagaimana dengan kamu? Sendiri boleh kira Meroyan itu gila Tanya diri sampai bila Nak jaga tepi kain aku? Sakit hati semua nak luah Banyak sudu sampai tak cukup kuah Hati hitam boleh tutup dengan jubah Kecam orang lain sendiri taknak ubah Eh  Eh  Eh  Eh Eh  Eh  Eh Mari Mari membawang Pasang telinga pasang Kau ada citer aku ada citer Mari kita berdagang Asah asah lidah Usah susah natijah Bukak tutup telinga mulut ... Eh Kita hebahkan ghibah Zizi itu zizi ini Dulu suka sekarang benci Makin banyak kena lanyak Bila zizi keluar tv Beras dapur engkau takkan jadi nasi aku Jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku Sakit hati semua nak luah Banyak sudu sampai tak cukup kuah Hati hitam boleh tutup dengan jubah Kecam orang lain sendiri taknak ubah Eh  Eh  Eh  Eh  Eh Eh  Eh Mari kita kecam Cerita hangat semalam Si dia tu si dia ni si fulan Resam kita lepaskan geram B...

Ayam Masak Kicap

Image
Salam tengahari.. Dah lama rasanya tak makan ayam masak kicap. Harini melunasi keinginan tekak. Rupanya hitam kelat tapi rasenye aummmm boleh bisa buat mak mertua naik gilerrrr sebab menantu makan tak tinggal kat dia sikit pun.. halahhhh gitewww..sedap sangat le konon nye tu.. Eh sedap la juga kat tekak aku. Hehehe. Simple je makan hari ni.  Resepinya pun semudah yeeyybbbbcccc.😂             Ayam masak kicap seanggun                       Tukang masak.🤣

5 sebab kenapa SKINCARE dari Korea is the BEST

Image
Assalamualaikum.. Pernah dalam entry sebelum ni aku ada bagitau yang ada buat online business, tapi aku tak inform pun jual apa. Ye ye aku lupa nak bagitau. Hari ni baru teringat . Banyak sangat makan semut gamaknya, asek lupe je. Padahal berhari-hari nak update pasal business ni. OK dengan ini untuk pengetahuan semua hampir 2 tahun aku jalankan business menjual product skincare dari negara KOREA. Originalllll ye tak main laaa jual barang fake. Kenapa aku pilih skincare dari korea? Nah aku aku bagi 5 sebab kenapa SKINCARE dari Korea is the BEST 1. Murah. Sebelum ni ada customer aku complain barang yang aku jual mahal. Tapi pada aku murah berbanding product local. Kenapa aku kata murah? Murah sebab walaupun at first korang terpaksa keluarkan segedebuk duit tapi product boleh guna up to 3 month keatas tau. Contoh Serum 50ml harga rm60 boleh guna berbulan-bulan tau. So keluar duit sekali je dalam tempoh masa yang lama. 2. Kandungan dari bahan semula jadi. Ada banyak negara...

Suara misteri minta TOLONGGGG!!!

Image
Assalamualaikum.. Entry pertama dibulan December. OMG pejam celik pejam celik dah hujung tahun. Masa bukan lagi berjalan tapi dah berlari laju. Sekejap je dah nak habis tahun 2019. Tak lama lagi kita menjengah ke tahun 2020. Semalam buka group wassap family "warisan mak andak", tengok ada mesej dari kakak no 2. Dia tanya " Dah tau ke siapa yang menjerit minta tolong masa takde letrik tadi?". Soalan tu kakak aku tuju kat emak aku. Oh ye.. kakak aku ada kat kampung masa kejadian ni. Aku ni jenis curious, walaupun takde kat kampung still nak tau. Tambah kakak aku tinggalkan soalan macam tu. Emak pula senyap tak reply. Aku pon gelabah lelemak nak tau cerita hehehe. So aku decide telifon mak kat kampung, tapiiii hampaa hendak ku kataaa telipon emak takde siapa yang angkat. huhuhu. Aku telifon pula kakak sulung aku. Nasib dia angkat. Aku pon ape lagi tanya dia kot-kot dia tau cerita. Maklum le dia dekat dengan umah kakak aku no 2. Alahaiiii dia pun tak tau rupan...

2 minggu di kampung halaman.

Image
Alhamdulillah. Hari ni berkesempatan aku nak update entry di blog bunga seindah biasa ni. Lebih kurang 2 minggu duduk dengan mak di kampung. Rumah mak takde internet dan kebetulan aku pon belum ada talipon baru lagi masa tu. Memang tak dapat nak update apa-apa pon nampaknya. Hati excited nak share perihal suasana kampung tapi apakan dayaaa, tak dapek teman nak nolong huhuhu. oh ye. kat kampung sekarang musim duriann komeeee wehhh. Puas hati balik kampung dapat makan durian atok. Selalu kalau balik beli je kat kedai abang karim dekat jambatan MCD nun.. heheh  Kalau nak tau kampung aku nama KUNCI AIR LANGKAP,  PERAK. Yeee teman orang perakkkk.. ape kaborrrr yopp yongggg semuaaa .. heheheh Satu tarikan yang ada kat kampung aku tu la jambatan MCD. sebab apaa sebab bentuk dia macam lambang MCD. hihi sumber: google haaa ni la dia jambatannyeeee hehehe. Alhadulillahh hari tu ada kabor kat entry sebelum ni yang aku tengah tunggu duit kutu untuk beli phone barukannn ka...

Mohon Doa kesembuhan dari Semua.

Image
Assalamualaikum Dengan rendah diri Saya dan keluarga memohon dari sahabat dan pembaca semua untuk mendoakan kesembuhan dan pembedahan adik ipar Adzmir supaya berjalan dengan lancar hari ini. Doakan juga untuk adik saya Fara Dina supaya terus tabah dengan uijian yang menimpa. Adik ipar menjalani pembedahan untuk buang sebelah buah pinggang yang rosak. (cancer buah pinggang) Sekarang berada di hospital Selayang. Sekali lagi kalau ada yang membaca mohon doakan keluarga adik saya.

Love Your Self

Image
Assalamualaikum Masa orang susah kita tolong itu biasa tapi time kita susah orang takde tolong , itu lagi biasa. Huhuhu Hargailah orang yang selalu ada time susah dan senang kita, sbb nak jumpa orang yang tau menghargai kita ni satu dalam sejuta. Umpama mencari sebutir permata di padang pasir gitcheww. Ape pon sayangilah diri sendiri itu lebih afdhallll.

Aku dan cita-cita. Yihuuuu

Image
Assalamualaikum. Aku nak tanya , korang ingat lagi tak cita-cita korang masa kat sekolah rendah? korang ingat tak file biru yang korang kena tulis 3 cita-cita setiap tahun, dari tahun 1 sampai tahun 6? Aku ingat dari tahun 1 sampai tahun 6 cita-cita aku tak pernah berubah. Ni antara 3 cita-cita aku dulu. Setiap tahun cita-cita yang sama. 1. Jururawat 2. Penulis 3. Pelukis Antara 3 cita-cita aku ni nak jadi jururawat tu hampir jadi kenyataan bila dapat tawaran interview ke apa tah untuk Jururawat Desa aku pun tak ingat. Emak yang bagitau suruh balik. Dia kata pergi la cha nanti boleh kerja kerajaan. mueheheh.  Aku pulak time ni dah masuk UNISEL duit banyak dah habis so aku cakap takpe la mak takde rezeki nak pergi sana. Bising juga mak aku masa tu heheh.  Aku ni macam takde luck nak keje bagus. lepas habis belajar amik degree multimedia aku terus keje jadi customer service. Lepas tu jadi graphic designer sekejap dekat production house. 2 bulan je aku...