Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, 4 October 2020

Batuk.

 Assalamualaikum semua.


Harap ada diantara sahabat-sahabat yang membaca niada petua atau cara untuk menghilangkan batuk.

Aku dah tak tahan dengan batuk yang ada sekrang ni. Sangat mengganggu. Nak solat serba tak kena, nak duduk tak boleh, nak baring tak boleh, pendek kata setiap kali aku bergerak aku akan batuk dengan teruk.

Aku rase korang mesti biasa  dengar orang cakap "aku batuk sampai terkencing-kencing" betul tak?

Masalahnya aku batuk sampai terus rase nak buang air besar. Stress sangat. Aku dah makan ubat batuk, dah cube petua2 yang ada dekat internet. Semua tak menjadi.

Pernah sekali aku batuk sambil ketawa sebab masa tu tengah tengok running man, aku ketawa sambil batuk, tiba2 batuk aku tak mahu berhenti,  aku sampai tak boleh bernafas , muka sampai ke leher rase kembang macam nak pecah, tangan aku dah menggapai2 apa yang ada nak bangun dari tempat aku duduk tu, nasib baik laki aku nampak. Cepat-cepat dia bagi air suruh minum. Rase kalau laki aku tak nampak tu mau putus nyawa aku haritu huhuhu.

So kawan-kawan yang di kasihi semua, kasihanilah aku. ada tak sebarang petua atau ubat yang boleh aku ambil untuk hilangkan bauk ni.

Sekarang suami aku takde sebab ada short course dekat dengkil sana. Tinggal berdua dengan dak mija je. Kadang2 aku risau kena batuk tengah malam takde siapa tolong.

Harap kawan-kawan semua dapat tolong aku. Pleaseeeee!




Wednesday, 11 December 2019

Serai Ganti Ubat Nyamuk

Assalamualaikum,

Macamana dengan tido korang semua malam tadi? Lena? Tido aku dengan dak mirza terganggu dek segerombolan nyamuk yang terlepas masuk dalam rumah.

Actually dah 2 3 hari nyamuk-nyamuk ni berpesta muda mudi riang ria dirumah aku. Sebelum ni tak pernah pula ada nyamuk memandangkan rumah aku tingkat 4. Orang kata rumah tinggi ni nyamuk tak larat nak terbang tapi rumah aku penuh nyamuk. Seronok nyamuk-nyamuk tu mengendurikan aku anak beranak.

Hari 1 boleh tahan lagi.

Hari ke 2 dak mirza bangun pukul 3 pagi mengamuk minta aku garu belakang dia.

Hari ke 3 tak boleh tahan, ubat nyamuk takde sebab lupa nak beli. Hari-hari keluar beli barang tapi aku lupa nak beli ubat nyamuk. Punyalah pelupa.

Malam tadi aku teringat masa zaman suka mandi wap dulu mak aku selalu letak serai wangi dan rumah selalu takde nyamuk

Tengah pekan ni mana nak cari serai wangi? Aku buka peti ais serai masak je yang ada hehehe.

Serai tu aku tumbuk and campurkan dengan air suam. tutup sekejap sampai naik bau lepas tu lumurkan dekat badan. Habis satu badann dak mirza aku lumur. Tidur dengan bau serai kami malam tadi heheh.

Alhamdulillahh laa.. nyamuk memang takde lepas tu. agaknya sebab bau serai tu kuat kut.

Korang pun boleh cuba  lagi bagus guna serai wangi dan tambah lemon dan bunga cengkih.

Selamat mencuba heheh.




Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...