Friday 10 July 2020

Gaya macam busy.. tapi busy makan je.

Assalamuaikum semua.

Alhamdulillah harini diizinkan lagi aku untuk menulis. Thank you Allah. Tapi nak buh tajuk apa aku pon tak tau...

Setelah berbulan-bulan aku stop buat kuih dan nasi lemak untuk jualan pagi sebab dapat kejekan So stop la berniaga. Sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya  covid 19 melanda. Keje pun kena buang muahahaha. Takpelah aku anggap je Allah nak bagi rezeki lebih kat tempat lain huhuh.

Tempat lama aku berniaga nasi lemak dulu dah ada jiran take over jual nasi lemak kukus. Aku ok je.
Jiran a.k.a aku panggil Kak Jun just buat nasi lemak berlauk benda lain dia takde. So datang sorang jiran blok lagi satu pulak tumpang letak bihun dengan laksa dekat situ. Aku pula Kak jun called hari Rabu pukul 12 tengah malam suruh aku buat kuih. Hahahah ketawa aku..awat x cakap awal-awal. mana ada aku barang nak buat. Hari Khamis aku terlajak tido tak sempat buat kuih. So hari ni aku hantar donut dengan karipap. Alhamdulillah habis laku licin.Tolak komisen Kak jun 0.05 sen setiap sebiji kuih dapat la aku RM20.25 . Dapat duit terus masuk tabung hehehe.

Aku bangun pukul 5 am untuk buat kuih. Lepas subuh siap cecantik dalam pukul 7 am aku menapak ke kedai kak jun untuk hantar kuih. Balik kejut dak Mija bangun pergi sekolah. Pukul 8 am aku dengan laki aku pergi hantar dia pulak ke sekolah. Kalau korang baca ni , macam busy je aku kannn hehehe

Balik dari hantar mija laki aku tanya nak breakfast tak? Aku cakap "aku ikut je.." Tau tau dia bawak aku breakfast kat Puncak Jalil kedai "MAK CHIK" . Sebelum keluar kereta aku tanya siap-siap kat dia boleh ke aku order macam biasa. hehehe Dia cakapp orderrr leeee. Senyum sampai telinga aku ngeh ngeh ngehhh.

Apa yang order macam biasa tuu???

TARAAAAAAA!!! Roti kawennnnn banjirrrr satuuu. Roti kawen tu ape? heheh Roti telur 1 + Roti Kosong 1 dan kalau aku yang makan haruslah banjirrrrrrrrrrrrrrrrrrr.


ni pon tak cukup banjir. 


Tengah duk tunggu roti siap aku terpandang pulak tapai ubi.. Ya Allahhhh punyalah lama aku mencari tapai ubi ni. Sebelum PKP masa bawa mak mertua n makcik laki aku pergi pasar shah alam tu ada aku jumpa tapai ubi ni. konon masa nak balik baru beli , sekali lagi pusing dah tak jumpa kedainye heheh. Melepas aku. Apa lagi aku pun tanya, abgggggg nak tapai ubi bolehhhh. hehehe lagi sekali jawapan diaaa sangat memberansangkan, amikkkk laaaa. yahuuu lepas kempunana. Ya Allah kau murahkan lah rezeki suami ku . aminn


tapai yang menggoda iman aku pepagi.

Kekenyang aku hari ni, lepas balik breakfast aku suruh laki aku turunkan aku dekat kedai kak jun, sampai kedai kak jun ada pulak bihun goreng tauge. Allahhh.... di sebabkan aku ni seorang pecinta tauge amik la sebungkus makan kat situ. Maka kenyanglah perut aku untuk satu hari ni.

Belum pukul 10 am perut aku penuh macam nak meletup hahahah. Giler ape tah keje harini asek nak makan je.

Sian laki aku tengahari makan sensorang dia. Takpe la kot hari ni je makan sengsoran yang penting aku dah masak tengahati, hehehe

Tq sebab sudi baca. Aku xde idea nak letak tajuk apa. hehehe





Monday 6 July 2020

Telur dadar je pun hehehe

Assalamualaikum semua,

Aku fikir dua tiga kali juga nak share video ni dengan korang. Malu pun ada maklum lah beginner.. hahahah

Al-kisahnye mana aku tau kalau nak record video tak boleh menegak. Aku pulak balun je merakam video menegak. Siap edit semua , aku pun tunjuk la kat laki aku tanya

 "banggg pelik tak video ni bila sampai intro?"

 Laki aku pun kabo "aah pelikkk mana ada orang record menegak"

"ngape abang tak bagitau acha, acha mana tau" aku balas.

"Kata nak jadi youtuber kena lah tau" laki aku jawab lebih kurang cenggitu.

Aku pun garu kepala yang memang tengah gatal. Cane ni..video dah edit, rugi lah aku berpeluh2 merakam tadi.

Setelah penat berfikir dan juga bersoal jawab dengan abang chik aku (dia pun youtuber), dia pun kabo apload je.

Maka aku pun buang perasaan malu dan teruskan dengan perasaan tak tau malu upload jugalah resepi  telur dada aku yang tak seberapa tu.

Harap sudi tonton like dan subscribe.

TELUR DADAR SEDAP DAN LEMBUT

Bahan:

Telur ayam
Bawang
Cili Padi
Lada Sulah
Mayonis

Cara masak:

Campur semua dan pukul rata. Panaskan minyak dan goreng macam biasa.

Hati-hati ye. Telur ni bila dah tambah mayonis dia jadi super lembut n gebu. so masa nak flip tu senang hancur. hati-hati. 

Selamat mencuba.


Please tonton dan subscribe.


Sunday 5 July 2020

Cara-cara Masak Siakap Kengsom


Assalamualaikum semua,

Menu aku sekeluarga harini bukanlah Siakap masak kengsom ni, tapi tadi aku duk scroll gambar dalam handphone ternampak pulak gambar -gambar ni. Rupanya aku terlupa aku nak share kat sini. Seingat aku, aku share dekat fb je, tu pun gambar dah siap masak.

So jom aku share resepi kengsom yang mudah dan simple ni. Yang pentinggg sedappppp.


Bahan A.

Ikan siakap 1 ekor.
Nenas
Kangkung
Serai
Limau Nipis.



Bahan B. (Untuk kisar)

Bawang putih
Bawang merah / Bawang besar
Kunyit Hidup
Belacan (xde dlm gambar)
Kunyit Hidup
Cili padi + Cili Merah Besar



Cara Memasak

1.Masukkan bahan kisar dalam periuk dan tambah air ikut kesesuaian.
2. Tunggu mendidih Masukkan nenas, serai, ikan.
3. Tunggu mendidih lagi sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
4. Da masak tutup api baru masukkan kangkung dengan perahan limau nipis.

Kenapa masuk kangkung last sekali??? sebab nak biar dia rangup gitew. takde la lembik kangkung tu.

So selamat mencuba semua. 

Channel youtube besok baru aku update video baru. jangan lupa subscribe ye. 

Thursday 2 July 2020

Mohon bantuan korang jangan gelakkan aku huhuh

Assalamualaikum semua.

Bantuin aku teman-temannnnn. hehehe

Ni bukan suka-suka, tapi salah satu platform aku untuk tambah pendapatan. Maklum le baru kena buang keje.

Semua benda yang boleh datangkan peluang untuk aku tambah pendapatan semua aku cuba hehehe.

Tapi perlukan sokongan orang kiri kanan depan belakang dan korang as kawan2 blooger juga.

Ini cubaan pertama aku upload video kat youtube.

Jangan gelak sebab aku masih malu-malu kucing bila bercakap depan camera huhuhu.

So untuk content youtube ni mungkin aku takde specific sangat. Masih mencari2 idea untuk buat content ape huhu.

Korang rase content ape yang menarik? Bagilah idea kat aku.

Dannn paling penting untuk permulaan aku harap korang boleh subscribe channel aku biar ada 1k subscribers dan 4k viewer. Pleaseeee help me.

Bantuinnn aku temannnn temannnnnn.


First video. Dapat hadiah dari kakak tercinta. So kita unboxing la hadianye.