Posts

Showing posts from 2021

Allah sayang kalian. Rindu tak berpenghujung.

Assalammualikum kawan-kawan, Kejutan demi kejutan, kadang hati rasa terlalu rapuh untuk terima kenyataan. Tapi sebagai manusia, sebagai hamba yang masih sedaya upaya memasak kukuh iman didada, aku akur, aku redha ini takdir yang Allah s.w.t bagi pada aku dan keluarga. Setahun yang lalu, Raya haji pertama aku hilang kakak ipar yang sangattt baik, meninggal secara mengejut,lepas habis solat isyak duduk bersembang dengan suami, sekelip mata Allah ambil pulang, mudahnye dia pergi.. tinggallah abg cik dan 4 anak yang masih kecil.  Tahun ini bulan september yang lepas , Ayah mertua aku pula Allah panggil pulang, Perginya abah akibat jangkitan Covid-19. Jahatnya kamu covid,menjangkiti tanpa kenal sesiapa. Abah pergilepas sehari ditidurkan. Maka tinggal lah mak dengan adik-adik ipar dikampung, Aku jatuh cinta dengan kawasan perkuburan abah, lepas 24 jam abah di kebumikan, kami pergi melawat, masuk je perkarangan kubur...Allahhhhh tenangnye aku rase, seronok pun ada..sangat cantik, tersusun...

Acha Origami & Diy Art

Image
 Assalmualaikum Hello geng , berdasar tajuk entry terbaru, ini adalah channel youtube aku. Sebelum ni content dalam youtube aku masak n makan. Memandang kan aku tak boleh nak konsisten dengan masak n makan makan aku tuka kepada tutorial origami dan diy art.  So far untuk diy art belum ada lagi sebab aku tengah tunggu material, dah ada nnt in sya allah aku buat laju-laju. heheh Alhamdulillah untuk origami dah ada 9 video. aku harap korang boleh support aku untuk dapatkan 1k subscriber dan 4k jam menonton. Tolong ye korang, aku berharap sangat content origami aku ni diterima dan boleh jadi bahan rujukan untuk siapa-siapa yang berminat dengan seni origami. Harini aku aku share content harini, harap korang sudi subscribe like and share. Acha Origami & Diy Art Origami love bereben. Kalau korang takde aktiviti  nak buat dengan anak-anak korang boleh cuba tutorial ni. Dah siap boleh bagi pada yang tersayang. Next nnt aku share video yang lain pula, Thank korang.

Aku kembali untuk kesekian kali.

Image
 Assalamualaikum.... Hamboi tajuk bukan main... Entah berapa kali tenggelam timbul aku dalam berbloger. Orang lain jadi bloger consistent , aku pula macam chipsmore. Sekejap ada sekejap takde. Hilangnya tu bukan sekejap berbulan-bulan. Nak masuk tahun baru, maka muncul la aku. Hahahah. Apa khabar kawan2. Sihat semua? Semoga dimusim covid ni semuanya sihat2 aja. Apa peristiwa yang berlaku sepanjang aku tak active berbloger. Untuk pengetahuan semua kawan-kawan pada 22 September 2021 aku kehilangan Ayah mertua akibat jangkitan Covid-19. Mohon sedekahkan Al-fatihan dan doakan beliau berada di kalangan orang-orang beriman. Selain dari peristiwa sedih ni takda apa pun yang nak dikongsikan sebab maklumlah sepanjang tahun lockdown. Makan tido makan tido jela keje aku. huhuhu.  Selain tu busy buat kek. Saja asah skill huhu. Dan sekarang aku kembali busy dengan  buat content untuk youtube pula. Hahahah nak gelak pun ada, dulu buat video masak makan masak makan,tapi aku rase macam t...

Sweet 35

Image
 Alhamdulillah syukur ya Allah. Hari ini 18/4/2021 aku masih di beri kesempatan menikmati nikmatnya usia. Meningkat satu angka semakin dekatlah aku dengan pengakhiran. Andai esok takdir Allah menjemput aku pulang. Maafkan aku wahai sahabat. Jika ada perlakuan, tuturkata dan tingkah laku yang mengguris hati, maafkan aku. Aku hanya manusia yang pada dasarnya nampak sempurna tapi sebenarnya penuh dengan kekhilafan. Aku masih seorang pendosa.  Di saat usia menginjak di pertengahan usia tidaklah  ku minta lebih, hanya doa dari kalian agar aku bahagia bersama keluarga dan hidup dalam kesederhanaan tanpa perlu menyusahkan sesiapa. Terima kasih suami, terima kasih buah hati ummi iman mirza, kalian pinjamaan Allah buat aku yang paling berharga. Tiada galang gantinya.  Buat sahabat blogger yang acapkali hadir memberi komentar di setiap helaian luahan aku di Bunga Seindah Biasa ini, Terima kasih aku ucapkan. Hadirnya kalian buat aku rasa di sayangi dan di hargai. TERIMA KASIH S...

Selamat tahun baru???

Image
Assalamualikum semua, Entah keberapa ratus kali tah aku asek lupa dengan blog bunga seindah biasa ni. Tahun 2021 dah menginjak ke bulan 3 masih tiada entry baru nak aku kongsikan. Actually aku blur sebab lama sangat terperuk kat rumah. So takde benda yang menarik sepanjang dilanda PKP ni. terkurung dan terussssss terkurung. Makan tido makan tido je kerja aku.  Lagi satu aku takde laptop nak udate entry, PC laki guna buat keje. Nak guna HP ehhh juling biji mata aku menulis. Jadi berbulan2 lahhh blog ni sepi tanpa belaian kasih seorang ibu.. ehhh tiberrrr hahahaa. Ni dapat guna PC sebab laki g shootinggggg makannn dapatlah update entry.  In sya Allah bulan depan dapat kutu + dapat i - sinar  kita cari laptop murah satu.  Baru boleh update entry hari-hari huhuhu. Sebelum mengakhiri entry untuk kali ini, harap tak terlamabt untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU. muahahahaha gilerrr dah nak habis bulan 3 kot heheeh. BYE!