Friday, 19 November 2021

Aku kembali untuk kesekian kali.

 Assalamualaikum....

Hamboi tajuk bukan main... Entah berapa kali tenggelam timbul aku dalam berbloger. Orang lain jadi bloger consistent , aku pula macam chipsmore. Sekejap ada sekejap takde. Hilangnya tu bukan sekejap berbulan-bulan. Nak masuk tahun baru, maka muncul la aku. Hahahah.

Apa khabar kawan2. Sihat semua? Semoga dimusim covid ni semuanya sihat2 aja. Apa peristiwa yang berlaku sepanjang aku tak active berbloger.

Untuk pengetahuan semua kawan-kawan pada 22 September 2021 aku kehilangan Ayah mertua akibat jangkitan Covid-19. Mohon sedekahkan Al-fatihan dan doakan beliau berada di kalangan orang-orang beriman.

Selain dari peristiwa sedih ni takda apa pun yang nak dikongsikan sebab maklumlah sepanjang tahun lockdown. Makan tido makan tido jela keje aku. huhuhu. 

Selain tu busy buat kek. Saja asah skill huhu.

Dan sekarang aku kembali busy dengan  buat content untuk youtube pula. Hahahah nak gelak pun ada, dulu buat video masak makan masak makan,tapi aku rase macam tak best pula dan sekarang tukar content pula. Nak tau apa, nanti aku share.

Sampai sini dulu aku update,  lain kali atau lain bulan mungkin kita bersua lagi. hahah doakan aku rajin macam korang boleh hari2 update ok.

Done... aku nak berblog walking jap... lama tak lawat kawan2.  Byeeeee




3 comments:

  1. Salam takziah di atas kepergian FIL ke tempat abadi

    ReplyDelete
  2. Salam takziah..banyakkan sabar, semoga arwah ditempatkan disisi orang yang beriman. Ammin,...saya dah follow blog ya

    ReplyDelete
  3. takziah akak ucapkan. akak pun hilang abah akibat covid.

    ReplyDelete