Wednesday 6 August 2014

Spaghetti Carbonara Mushroom Penuh Kasih Sayang Lemak Berkrim.

#Patahbelakang

Tu diaaaa... berjela panjangnya nama menu resepi hakak kali ni. Entry sebelum ni hakak ada bagitahu yg tunang hakak request nak makan spaghetti. Hakak dengan en.tunang tak suka makan spaghetti bolognese sbb tak kena dengan tekak kami.

Sabtu hari tu habis kerja terus menapak ke Giant membeli bahan2 keperluan. Selepas beli hakak terus belah balik rumah.huhu menapak lagi.. letih tau jalan kaki tapi sayang punya pasal hakak gagahkan jua.ngeeee

So sape yg berminat nak masak spaghetti carbonara mushroom penuh kasih sayang lemak berkrim yang simple lagi sedap ni boleh la refer resepi kat bawah ni ye. heheh

Bahan2 (4 org makan)

1 Tin preggo carbonara mushroom 
½ tin susu sejat penuh berkrim heheh
1 mangkuk Isi Ayam (hiris nipis) 
10 ekor Udang (buang kulit) 
Sosej (6-7 btg potong kecil2) 
Serbuk lada hitam
 Garam (optional) 
1 biji bawang besar (potong dadu) 
4 biji bawang putih (potong dadu) 
2 sudu besar minyak masak
 ¾ cawan air

Cara Memasak

*Rebus spaghetti dan campurkan sedikit minyak masak untuk mengelakkan dari melekat.

1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan bawang sehingga wangi. 
2. Masukkan sosej, isi ayam dan udang. 
3. Masukkan 1 tin preggo carbonara mushroom dan kacau sebati dengan bahan2 lain. 
4. Tambahkan air dan susu sejat (air tambah kalau tak nak kuah terlalu pekat) 
5. Kacau sehingga masak. Sebelum tutup api tambahkan serbuk lada hitam sesedap rase. 
6. Tambah garam kalau tawar .


Nota Kaki: Hiasan dan menambah rase sedap hakak tabur daun ketumbar. heheh oh ye lagi satu nak menambah kemarvellousannye uols taburlah parmesan cheese. heheh

Meh hakak belanja gambar yew..


nyumm nyumm nyumm

No comments:

Post a Comment