Saturday 2 August 2014

Laksa Kuala

Assalamualaikummmm.. Tuan tanah nak kongsi resepi laksa kuala yg sedap sehingga menjilat mangkuk. heheh. Al-Kisahnye semalam officemate hakak duk cerita pasal laksa,tetiba hakak rase mcm teringin pule nak makan. Hakak ni bukan boleh kalau teringin mesti nak kena makan juga. Lepas kerja hakak pon hayunlah kaki pergi ke Giant untuk beli barang. Sayang seribu kali sayang.. bahan yang hakak cari tak cukup puleee.. bunga kantan takdokk. huhu so akak masak jelah dengan bahan ape yang hadoo. Walaubagaimana pon laksa hakak tetap meletop. heheh pada yang teringin nak masak laksa. ni hakak ada kongsi resepi

Bahan Kuah Laksa:

1 kg ikan sardine/kembong/ikan selayang
1 tin ikan sardine cap ayam brand
2 kuntum bunga kantan, belah 2
1 ikat daun kesom. hakak panggil daun cendohom hehe
2 batang serai
4-5 asam keping
3/4 cawan cili kisar
1 inch belacan dikisar bersama cili kisar
Serbuk perasa
Garam sesedap rasa
Air Secukupnye

Bahan ulaman

Timun
Daun Salad
Cili Padi/ Cili Merah
Bawang besar
Limau Kasturi

Bahan Utama:

Mee Laksa. Kalau xde mee laksa bukan laksa namenye.he he he. Laksa korang boleh pilih nak yang kering atau basah. Hakak suka yang basah dari yang kering huhu.

Cara Memasak:

1. Siang ikan, cuci bersih dan rebus sehingga masak.Pastikan air di tuang sehingga ikan tenggelam. Sejukkan     ikan dan asingkan isi dan tulangnye. Air rebusan jangan buang ye.Tapis dan masukkan dalam periuk yg         korang nak guna untuk masak kuah laksa ni. Siap asing, gunaka air rebusan sedikit  untuk blend isi ikan         dan sardine dalam tin (amik isi saje ye).Tulang ikan sila jangan buang sebab itu pon nak di blend juga tapi       guna air biasa je ye.bukan air sirap huhu. Selesai sesi memblender isi  dan tulang ikan uols boleh                     campurkan ke dalam air rebusan tadi.

2. Masukkan semua bahan kisar, asam keping, bunga kantan, serai dan daun kesom. Biarkan mendidih

3. Masukkan serbuk perasa dan garam sesedap rase korang ye dan biar mendidih sehingga masa.

4. Dah settle semua korang boleh isi laksa dalam mangkuk, hiaskan dengan ulaman, telur rebus dan letaklah       kuah yang sedap lagi ohsem nih. huhuhu



Selamat Mencuba semua. Pagi tadi hakak punya tunang talifon dia cakap macam nih "acha masak spaghetti hari nih" hohoho so pasni hakak nak g cari barang masak spaghetti pule.. sape nak ikot?? angkat kaki.. heheh byeee


No comments:

Post a Comment