Icon Icon Icon Follow Me on Pinterest YouTube Icon

Wednesday, 9 July 2025

Nikmat yg mana mahu kau dustai.

Alhamdulillah... Semalam family belah mertua datang singgah rumah untuk bermalam. 

Planning haritu kami beramai-ramai nak bercuti ke Terengganu, tapi last minit husband bagitau budget x cukup nak pergi. At least nak kena ada rm1k ++ dalam tangan. Aku ok je. Takde rezeki kan. 

Berbalik dengan family mertua tadi diorg dari manjung ke pahang.. pahang ke terengganu, habis bercuti dari terengganu singgah rumah kami dulu buat buang lelah. If diorg direct dari terengganu ke manjung makan masa 9jam. So singgah beristerirehat dulu di bukit jalil ni. 

Alhamdulillah.. tak dapat pergi terengganu dapat ole2 dari terengganu. Terima kasih adik ipar belikan baju, tq mak mertua belikan kita baju tido terengganu , durian terengganu, heheheh. Tq tok cik aka acik sarimah bawa keropok lekor , buah laici, mangga... Ahhh terasa kita sendiri shopping kat terengganu hehehe. Syukur... Alhamdulillah segala puji bagi Allah. 

Harini 9/7/2025 rabu , bersiap la diorang nak balik ke Manjung semula. Semoga perjalanan mereka di peremudahkan. Selamat sampai ke destinasi. Sayang semua. 

Rezeki bukan datang dari harta benda atau wang ringgit semata. Kadang rezeki silaturahim dan kasih sayang yang terjalin baik sesama saudara, ipar duai, mertua , dan orang sekeliling juga merupakan rezeki yang dimpikan. 

Alhamdulillah aku antara yang dikurniakan rezeki kasih sayang ni. Mak mertua baik, mak pak sedara belah mertua baik, adik ipar biras semua baik. Syukur sangat. Nikmat yang mana lagi mahu didustai??

Terima kasih ya Allah. 

Yeayyy Entry ke 2 tahun ini. 

- baju kelawar terengganu. Baju tido.
  Macih makkkkk.

Gambar lain xde. Mana p tak tau. Gambar makanan jangan tanya...Dalam perut semua. Ahahhah!

Share This

6 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki di kelilingi orang baik2 lagi best. Pi terengganu seronok kan kalau dapat pi pasar payang dia borong kain batik dia.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Masih ada rezeki buah tangan walaupun tak dapat bercuti bersama..

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya rezeki itu terdapat didalam pelbagai bentuk kesihatan yang baik, jiran yang baik bukanlah hanya duit yang berkepuk-kepuk

    ReplyDelete
  4. Nak berjalan jauh memang kene ada ongkos yang besar, takpe insyallah ada lah tu rezeki nanti tu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, di Terengganu ada Batik Arfah kan..

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. nikmat apalagi yang kau nak dustakan.
    Saya juga.. syukur dapat family mertua yang baik.

    ReplyDelete

Lorde

Twitter Feed

Facebook Page

© Kisah Seorang "Aku" All rights reserved | Designed By Seo Blogger Templates |Published By Gooyaabi Templates