Posts

Showing posts from June, 2020

Warna Warni si ayam

Image
Assalamualaikum semua, Semalam jalan-jalan di blog warisan petani ternampak post wak pasal ayam. Teringat pula aku dulu kecik-kecik selalu g pasar tani pepagi tu. Di pasar tu ada orang jual ayam warna wani macam gini.                     sumber: google Comelkan. So setiap kali aku pergi pasar ,paling tidak akan bawak balik dalam 5 6 ekor. Buat main hahahah. Tahan lasak ayam ni tau. Akibat beli terlampau banyak penyudahnye aku hantar rumah opah. Opah la yang bela. Warna warni dibulunye tu tak tahan lama pun, sampai masa color tu hilang dan tumbuh bulu asal dia.  Opah bela sampai besar. Rupanya ayam warna warni yang aku beli tu ayam daging. Opah aku la yang cakap. Semua warna putih.  Ayam-ayam tu membesar ya ampun besar gedabak. Aku tengok naik seram.                     sumber: google Dalam gambar ni ayam dia nampak kecik tapi ayam yang opah aku bela besar...

Nasi Beriani masak dalam kuali non stick aje.

Image
Assalamualikum semua. Menu untuk makan tengahari tadi nasi beriani dengan ayam masak merah. Alhamdulillah nasi sedap ayam masak merah pun shoo shedapppp hehehe. Harini mood swing sikit walau pun menu terangkat. Biasa lepas aku tumis aku akan pindahkan dalam periuk nasi tapi harini punya malas , aku masak je dalam kuali. hahahah Masak dalam apa pun tak penting yang penting sedap. Nasi beriani aku simple je sebab guna perencah nasi beriani dari meggi. 100% aku follow je resepi dekat belakang perencah tu. Cuma bab air tu je kena pandai adjust dan aku tambah daun pandan buat nasi lagi wangi.  So kalau yang beginner tak reti masak pun boleh pandai masak nasi beriani. Rasa sedap kena dengan selera aku yang memang kaki makan ni. Suami pun kata sedap. Dak mija pun suka. Ayam masak merah guna resepi campak-campak and agak-agak aje. cong ceng cong ceng siap.  Done! makan. kenyang perut suka hati.heheh Siapa yang tak pernah cuba boleh cuba perencah nasi berian...

Setahun craving akhirnya dapat juga

Image
Assalamualaikum semua. Salam sabtu, salam hujung minggu, salam istirehat. Amboiii banyaknye salam gitchewww. hehehe. Tahun ni aku memang craving giler kot nak makan durian tapi takde rezeki. Tengok orang lain makan dan borong durian menitik-nitik air liur aku teringin. hahaha melampaukan macam tak pernah makan je. Alhamdulillah semalam gara-gara minyak naik seposen laki aku keluar pergi isi minyak siap-siap. hehehe. Memang aku ada minta bawa balik kudap-kudap tapi tak terlintas pula dia bawa balik durian . Punya la suka aku malam tadi. Yahooooo akhirnya dapat makan durian. Dia bawa balik 2 biji je. Syukur dari tak merasakan. Terima kasih en.somi, semoga  murah rezeki sebab belanja bini makan durian. All the time favorite.  Buah elok cantik, tak rugi beli. Cuma sebiji tu isi dia nipis tapi yang lagi satu puas hati makan. Isi tebal lemak berkrim and ada rasa manis-manis pahit tu. Ya Allahhhh terasa-rasa lagi dalam mulut ni hehehe. 2 biji durian, sebiji m...

Aku kena buang keje time PKP

Image
Assalamualaikum semua Cerita pagi tadi pergi mydin beli barang nak masak nasi ayam, dah ambik sos cili dengan sos tiram tetiba nampak cekodok adabi. Teringat dak mija suka minta makan memalam. Letak tepi dulu sos tiram n sos cili, pergi belek cekodok pulak dulu.  Puas hati dengan cekodok pilihan aku pun menonong pergi counter bayar barang. Penyudahnya dalam perjalanan balik baru teringat sos cili n tiram tak beli. Hahhahaah tak tau nak nangis ke nak berhuhuhu. Jadi masak jelah dengan bahan apa yang ada sebab dah terjanji dengan en.somi dengan dak mija nak masak nasi ayam. Tengah memasak tetiba nampak en.somi siap hensem2 dengan berkurta bagai, laju aku tanya "abg nak pergi mana?" .. " sembahyang jumaat!" ehhh lupa pula hari ni hari jumaat. Macam pelik pulak tengok laki aku pergi sembahyang jumaat hahah maklumlah musim pkp haritu lama tak sembahyang jumaatkan. Alhamdulillah negara kita dalam fasa kemenangan walaupun covid ni tetap akan ada bersama...

Halimunan

Assalamualaikum semua, Tengok banyak bulan aku tak update dekat blog ni. Padahal banyak je cerita yang aku nak simpankan dalam ni. Tapi setiap kali aku on je computer setiap kali tu kerja aku tertangguh. Banyak benda jadi sepanjang aku "turn off" mood blogging aku ni. Bukan aku tak buka blog, kadang aku baca je entry lelama yang aku tulis tapi bak halimunan. aku ada tapi takde..xde hati nak menulis. Hari ni terdetik nak buka "Kisah Seorang Aku" ni sebab malas nak bergaduh berebut handphone dengan dak mija. So aku main computer dia main handphone. In sya Allah next entry aku akan buat secepat mungkin. Nak meluahkan perasaan yang aku sekarang menjadi seorang penganggur semula. huhu sedih. Jumpa next entry. Adios...