Friday 19 September 2014

Dilema Kegemukan melanda

Assalamualaikum.

Kebizian membuatkan hakak tak sempat nak update apa2 entry di sini. Kesian blog hakak ni dah berabuk dan bersawang akibat kekurangan kasih sayang huhuh.. apa hakak mencarut nihhh!!!Hakak sedang dilanda dilema wanita. Sedih sangat mengenangkan masalah yang hakak cari sendiri. Nak jadi macam sekarang sikit punya senang tak payah minta bantuan sesiapa pon. Tak fikir pon kesan yang akan datang macamana. Sekarang hakak terpaksa menanggung akibatnye keseorangan. Penyelesaiannya tak dapat dibantu oleh sesiapa melainkan diri akak sendiri. Boleh kalau hakak nak mintak bantuan pada yang pakar, tapi biasa la dah nama pon pakar mestila minta bayaran riban riban.. tak mampu hakak.. huhu kesiannyaaa hakakkk nih.. huhu

Poyo je hakak ni kan. Sebenarnya hakak mengalami pertumbesaran yang agak extreme pada tubuh badan atau Bahasa shahdunya akak dah gemuk gedempol huhuhu Zaman dahulu kala sewaktu zaman hakak jadi best student di unibersiti (hahahah best student la sangat 2 kali repeat paper kot bhahahaha) hakak slim melim je tau. Tapi semenjak dua menjak ni pertambahan berat badan semakin semakin di luar kawalan.

Mula2 hakak tak kisah sangat berat badan naik nih.. al maklumlah masih ada yang sayang.. Kacak pula tu..hehehe sekali pandang macam hero Hindustan 2 kali pandang macam artis Korea.. 3 kali pandang baru macam anak orang Banjar.. heheheeh. Lebih pule hakak ni kann. Bila di sayangi oleh org yang yang tidak memandang paras rupa dan size badan, so hakak tak berapa nak heran sangat bab – bab berat badan ni. Namun begitu, kejadian pagi semalam yang bertarikh 18/9/2014 sewaktu sedang menyarung blouse fishtail kesayangan hakak untuk ketempat kerja tetiba.. arghhh tidakkk sendat sana sendat sini padahal minggu lepas hakak pakai ok je lagi huhuhu. Hakak terkedu sekejap, dalam masa seminggu je hakak terus tak boleh pakai blouse tu. 

Sedih sangat rasa hati ni. Hakak nekad kali ni, tak boleh jadi hakak kena kurus juga. Kurus untuk kesihatan tu yang penting. Baki 2 hari sebelum sampai ke hari Isnin minggu depan ni hakak akan buat research diet mana yang sesuai unutk hakak. Secara rasminya hakak akan mula diet Isnin minggu depan. Semoga hakak dikuatkan semangat dari segi mental dan fizikal.In Sya Allah.

Nota Kaki:
Berat sekarang: 78kg
Tinggi: 154 cm
Status: Obesity
Target : 47 Kg 

Tu diaaaaaa target tak hingatttt.. heheh moga tercapai.


erkkk.. tak mo jadi mcam nih.

No comments:

Post a Comment