Thursday, 31 October 2019

Kedai IG

Assalamualaikum.

Dekat setengah tahun telifon rosak.maka dekat setengah tahun juga kedai IG aku tak beroperasi. Jangan aku lupa pasword sudah nanti huhuh kalau tak naya nak cari follower 4k lebih tu.

Jari jemari ni dah menggeletis nak update barang baru. Tak sabo nak tggu 8 aribulan huhuh. 8.11.2019 dapat duit kutu, jadinye tak nyabooooorrrr rase nak pegang henpon baru. 

Sementara menunggu  handphone baru muncul. Aku buat la logo baru untuk kedai ig. Biar nnt bernafas baru semuanyanya heheh. 

logo la sangat kan.. nak upah orang takde duit. Guna apps percuma je.

Ada je handphone baru nanti nak update tak berhenti biar sampai muntah hijau follower bahahaha. Melampau tak. kih kih ih. wehhh rindunye nak main ig. 

Semoga cepat dapat duit kutu hehehe.

Monday, 28 October 2019

Gegar Vaganza 2019

Assalamualaikum.

Semalam berakhir episod 3 Gegar vaganza dengan tema yang aneh.aneh la sangattt huhuhu. Sebelum ni aku tak pernah pun amik port sangat pasal rancangan gegar vaganza ni , tapi tahun ni terdetik hati nak tengok sebab ada Sham Visa, Naqiu and opkozzzzzzzzz crush masa zaman muda mudi Hadi Mirza. Eh eh kebetulan sama pula nama dengan dak Mirza. Mohon besar nanti anak aku kacak cam beliau. Muahahahahah!

So episod semalam berakhirlah perjalanan untuk Amir sofaz yang pada perkiraan aku tak sepatutnya keluar lagi. Memang aku rasa dia perform tak berapa bagus tapi tak lah seteruk Feeza yang suara dah macam tertelan microphone tu. Maaf ye. Ini pendapat aku dan aku rasa ramai juga yang setuju dia yang patut keluar semalam. Sorry Feeza 's fansss.

Persembahan yang betul-betul ok semalam aku rasa Naqiu je kot. humble betul mamat tu. Nampak effort dia sungguh2 bertanding bak kata bonda HKE. So in sya Allah bakal juara nampak dahhh kat situ muahahah. Aku tau kumpulan boboi ni dulu sebab masa duduk asrama ada sorang member duk nyanyi lagu diorang hari-hari. Sampai satu masa bila dia tak nyanyi aku pulak yang request suruh nyanyi hahahaha. Bila aku tau dia masuk GV.Ohh mesti tengok ni..Maklum le lama dah tak dengor dia nyanyi.Aku pon dah lupe pasal kewujudan kumpulan diorang ni. Sekarang boleh dengar balik sambil mengimbau kenangan dulu-dulu.Halah halahhh rasa macam tua sangat pulak.

Nah untuk korang yang tak dapat layan GV2019 semalam.

Jumpa lagi adios.


Rezeki tak salah alamat.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih sempat nak update entry untuk bulan Oktober, kalau tak,alamatnye bersawang dan berkulat lagi la blog teman ni huhuhu.

Actually tengah tunggu laki aku habis sembahyang ni nak makan tengahari, tapi masalahnya sekarang jam dah pukul 5.31 petang. Bahahahah boleh lagi ke nak kabo makan tengah hari. Ni makan tengah hari merangkap makan malam sekali la kot. Aci tak? 

So aku nak cerita rezeki yang Allah hantar dekat aku. Sebelum tu aku nak tanya, pernah tak korang rasa susah hati bila tak dapat cari duit sedangkan korang punya komitmen berderet deret mintak di lunaskan? Mesti pernahkan.

Ni la yang terjadi sekarang. Citer dia macam gini, selain dari meniaga nasi lemak pepagi aku ni juga online seller. Bila jadi online seller kebergantungan aku 100% dengan handphone. Handphone yang aku guna sekarang ni dah rosak. Rosak dah lama tapi masih boleh guna lagi. Masih boleh wassap kalau ada customer yang nak order barang, Sekarang handphone aku totally damaged. Memang tak dapat di selamatkan lagi. Tinggal nak dikebumikan saje dan paling sedih takde pewaris yang nak mewarisi.. heheheh.

Aku memang kurang guna pc atau laptop untuk update iklan2 jualan ni. Sebab apa ? Sebab setiap kali aku buka laptop akan ada assistant tak berbayar sebuk nak tolong a,k,a budak kecik yang nama dak mirja tu. Aku buzy nak berniaga dia lagi buzy nak menyebok. So memang tak lah aku nak update guna laptop. Memang takkan jadi kerja punya.

So dipendekkan cerita aku terpaksa cuti berniaga online walaupun separuh dari commitment aku bergantung dari hasil kikis mengikis customer secara online. Senak juga perut bila takde pendapatan sampingan ni. Laki tak tolong ke?? hahahah laki aku tolong mana yang dia tau je..yang dia tak tau sendiriiiii tanggunggg laaaa muahahahah. salah satu punca sempit rezeki juga ni sebab berahsia dengan lakiii... alaaaaaa duit main kutu je ponnn. in sya Allah boleh cover sendiri heheheh

Kepala ligat berputar ape nak buat bagi tambah duit poket, dari jual nasi lemak kosong aku tambah ada lauk gulai. Alhamdulillah bertambah sikit, tapi masih tak cukup. maklum le nasi lemak bukan banyak sangat untungnyee.

Hati ni terus je berdoa supaya ada jalan, aku susah memang jarang kabo kat laki kalau boleh biar aku settle sendiri.

Alhamdulillah berkat doa tak putus , mungkin doa dari suami dan mak kat kampung yang sentiasa mendoakan anaknye ni di murahkan rezeki, tengah kemas2 meja nak balik datang someone ni tanya "boleh hantar nasi lemak tak dekat construction site china international school kat atas bukit ni?"

Aku macam lembu kene cucuk idung laju je angguk hehehe. rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. memandangkan aku takde hadnphone , minta kak jun jiran depan rumah yang boleh kata hari2 lepak kat kedai tolong aku meniaga ni amikkan no en. amir a.k.a tuan punya kantin kat construction site tu.

Malam tu bincang dengan laki aku. Dia on aku pon on. soooooo Alhamdulillahhh terima kasih ya Allahh atas rezeki tak di sangka ini dapat la aku simpan sikit duit.

Syukurrr Alhamdulillah.

So korang kalau ada masalah kewangan. Jangan susah hati. Doa banyak2. Allah itu mendengar setiap doa hambanya. Cepat dan lambat je. Tapi jangn la doa je tanpa usaha, seeloknye biar seiring doa dan usaha.

OK sampai sini aje coretan aku buat kali ini. dari pukul 5.31 petang tadi aku menulis ni sekarang dah pukul 1.22 pagi baru siap. Nampak tak jarak masa yang aku amik nak tulis entry ni. ni semua gara2 rebut laptop dengan dak mirja la.. stresssss  makkkk huhuh

sekian jumpa lagi di next entry.

sumber:google



Tuesday, 10 September 2019

Karipap dan Donut.

Entry kedua dalam jam yang sama.

Sebenarnya masa buka blog ni aku tengah tggu donut kembang dan karipap frozen lembut sikit sebelum nak di goreng.

So ape masalahnye??

Takde masalah saje nak kabo selain dari niaga online aku juga jual nasi lemak pepagi. hehehe hari ni selasa memang aku cuti jual nasi lemak tapi ada order dari cikgu sekolah seri petaling untuk Budak-Budak upsr.

Disebabkan keboringan dan nak memeriahkan kembali blog aku yang dah bersawang ni eloklah aku update dua tiga storey buat kenangan hew hew hew.

2019

Assalamualaikum.

Allahuuuuuu… Tahun 2019 tinggal beberapa bulan je lagi. Tak lama kemudian kita semua akan menjengah ke tahun 2020.

Tapii selepas 2 tahun baru aku kembali menulis entry di bulan 9. kah kah kah.. bukan lagi bersawang.. ni dah wajib di talkinkan aje blog ni huhu.

Anak aku pun dah masuk 4 tahun bulan 12 ni bahahaha. punya lah lama tak jenguk.

Ajeee handeiiii orang perak kateee.

ateee sampai sini dulu.. nnt kita update lagi tentang isu-isu semasa.

sekian bye byeeee..


Friday, 15 December 2017

Entry terakhir 2017

Pejam celik, pejam celik 2017 bakal berakhir.. dan ini mungkin entry aku yang terakhir untuk 2017. Aku bz.. bz sebagai seorang suri rumah merangkap Trusted Online Seller.
.
Dulu buat separuh masa. kini  tidak lagi. 24 jam hadap phone atau pc sambil mata lirik ke anak kecik.
Cari duit..cari juga , anak tu amanah nak kene jaga jangan sampai sebab nak cari duit anak terabai.
.
Ye aku belum kaya lagi berniaga online ni, sebab bukan matlamat utama nak kaya.. cukup aku dapat bantu en, suami mana yang kurang .. mana yang lompang, dapat tolong tampal sikit2 pon syukur.. Tapi kalau tuhan nak bagi lebih alhamdulillahh.. dapat juga bagi mak kat kampung..

Ye kadang2 memang rezeki cukup2 dapat tolong suami je.. ok whattt dari takde langsung kan..

Tapi azam 2018 aku nak berjaya macam orang lain.. sekurang-kurangnya ada usaha nak ada aeset sendiri.. contoh " kereta atas nama sendiri atau kumpul barang kemas".. nak dapatkan semua atas daya usaha sendiri. nak bagi reward pada diri sendiri.
 .
Tapi sebelum tu kena lah usaha lebhih.. sape usaha lebih dia dapat lebih.. Ye penghujung bulan ni level usaha aku up sikit dari sebelum ni.. In sya Allah akan full energy untuk lebih berusaha.
.
Target first aku nak beli kereta MYVY
matlamat utama lepas ni nak dapat sale rm1k 1minggu . In sya Allah.. semoga aku diberi kekuatan dan keazaman.

Doakan aku.
Hakak Manis
.

Tuesday, 1 August 2017

dah 2017 masih malas lagi...

Assalamualikum

Berabukk bersawangg semua ada dah dalam blog ni,, punya la lama tak update, hakak tak bz tp malass. malass ya amatt nak menaip,, nak mengarang , nak cari idea.. semua malass.. pemalas tahap gaban. e, gaban pon rajin tau tak macam hakak yg totallyyy malasnyeee nauzubillahhhh,, hishh hakak pon heran ape ke hal nya malas sangat. mcm ade syaitonnn dalam badan ni, bahahahah!
.
hakak berazam mulai esok hakak takkan malas lagi. hakak akan bersungguh-sungguh untuk merajinkan diri untuk menjadi seorang yang rajin supaya dapat memberikan contoh dan teladan yang baik buat anak hakak manis yg hensem kacak lagi bergaya tu. 
.
oleh itu sampai disini coretan buat diri sendiri,, sape lagi nak baca bukan ada folower pon bahahah.. dah la malas nak tulis.

bye!

Salam Hari Raya

Seronoknya Raya Assalamualaikum  Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...