Saturday, 31 October 2020
Yahoo dapat makan sedap.
Sunday, 4 October 2020
Batuk.
Assalamualaikum semua.
Harap ada diantara sahabat-sahabat yang membaca niada petua atau cara untuk menghilangkan batuk.
Aku dah tak tahan dengan batuk yang ada sekrang ni. Sangat mengganggu. Nak solat serba tak kena, nak duduk tak boleh, nak baring tak boleh, pendek kata setiap kali aku bergerak aku akan batuk dengan teruk.
Aku rase korang mesti biasa dengar orang cakap "aku batuk sampai terkencing-kencing" betul tak?
Masalahnya aku batuk sampai terus rase nak buang air besar. Stress sangat. Aku dah makan ubat batuk, dah cube petua2 yang ada dekat internet. Semua tak menjadi.
Pernah sekali aku batuk sambil ketawa sebab masa tu tengah tengok running man, aku ketawa sambil batuk, tiba2 batuk aku tak mahu berhenti, aku sampai tak boleh bernafas , muka sampai ke leher rase kembang macam nak pecah, tangan aku dah menggapai2 apa yang ada nak bangun dari tempat aku duduk tu, nasib baik laki aku nampak. Cepat-cepat dia bagi air suruh minum. Rase kalau laki aku tak nampak tu mau putus nyawa aku haritu huhuhu.
So kawan-kawan yang di kasihi semua, kasihanilah aku. ada tak sebarang petua atau ubat yang boleh aku ambil untuk hilangkan bauk ni.
Sekarang suami aku takde sebab ada short course dekat dengkil sana. Tinggal berdua dengan dak mija je. Kadang2 aku risau kena batuk tengah malam takde siapa tolong.
Harap kawan-kawan semua dapat tolong aku. Pleaseeeee!
Salam Hari Raya
Seronoknya Raya Assalamualaikum Haluuuuu... Korang....tahun lepas aku ada buat lagu raya tau. Aku buat kat suno AI. Lirik 100% aku yang tul...
-
Alhamdulillah... Semalam family belah mertua datang singgah rumah untuk bermalam. Planning haritu kami beramai-ramai nak bercuti ke Terengg...
-
Assalamualaikum Dengan rendah diri Saya dan keluarga memohon dari sahabat dan pembaca semua untuk mendoakan kesembuhan dan pembedahan a...
-
Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk jengah blog yang hidup segan mati tak mau ni. Hahahah! Adakah ini satu-satunya entry untuk tahu...
