Posts

Showing posts from July, 2020

Gaya macam busy.. tapi busy makan je.

Image
Assalamuaikum semua. Alhamdulillah harini diizinkan lagi aku untuk menulis. Thank you Allah. Tapi nak buh tajuk apa aku pon tak tau... Setelah berbulan-bulan aku stop buat kuih dan nasi lemak untuk jualan pagi sebab dapat kejekan So stop la berniaga. Sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya  covid 19 melanda. Keje pun kena buang muahahaha. Takpelah aku anggap je Allah nak bagi rezeki lebih kat tempat lain huhuh. Tempat lama aku berniaga nasi lemak dulu dah ada jiran take over jual nasi lemak kukus. Aku ok je. Jiran a.k.a aku panggil Kak Jun just buat nasi lemak berlauk benda lain dia takde. So datang sorang jiran blok lagi satu pulak tumpang letak bihun dengan laksa dekat situ. Aku pula Kak jun called hari Rabu pukul 12 tengah malam suruh aku buat kuih. Hahahah ketawa aku..awat x cakap awal-awal. mana ada aku barang nak buat. Hari Khamis aku terlajak tido tak sempat buat kuih. So hari ni aku hantar donut dengan karipap. Alhamdulillah habis laku licin.Tolak komisen Kak...

Telur dadar je pun hehehe

Image
Assalamualaikum semua, Aku fikir dua tiga kali juga nak share video ni dengan korang. Malu pun ada maklum lah beginner.. hahahah Al-kisahnye mana aku tau kalau nak record video tak boleh menegak. Aku pulak balun je merakam video menegak. Siap edit semua , aku pun tunjuk la kat laki aku tanya  "banggg pelik tak video ni bila sampai intro?"  Laki aku pun kabo "aah pelikkk mana ada orang record menegak" "ngape abang tak bagitau acha, acha mana tau" aku balas. "Kata nak jadi youtuber kena lah tau" laki aku jawab lebih kurang cenggitu. Aku pun garu kepala yang memang tengah gatal. Cane ni..video dah edit, rugi lah aku berpeluh2 merakam tadi. Setelah penat berfikir dan juga bersoal jawab dengan abang chik aku (dia pun youtuber), dia pun kabo apload je. Maka aku pun buang perasaan malu dan teruskan dengan perasaan tak tau malu upload jugalah resepi  telur dada aku yang tak seberapa tu. Harap sudi tonton like dan subscribe. TELUR DA...

Cara-cara Masak Siakap Kengsom

Image
Assalamualaikum semua, Menu aku sekeluarga harini bukanlah Siakap masak kengsom ni, tapi tadi aku duk scroll gambar dalam handphone ternampak pulak gambar -gambar ni. Rupanya aku terlupa aku nak share kat sini. Seingat aku, aku share dekat fb je, tu pun gambar dah siap masak. So jom aku share resepi kengsom yang mudah dan simple ni. Yang pentinggg sedappppp. Bahan A. Ikan siakap 1 ekor. Nenas Kangkung Serai Limau Nipis. Bahan B. (Untuk kisar) Bawang putih Bawang merah / Bawang besar Kunyit Hidup Belacan (xde dlm gambar) Kunyit Hidup Cili padi + Cili Merah Besar Cara Memasak 1.Masukkan bahan kisar dalam periuk dan tambah air ikut kesesuaian. 2. Tunggu mendidih Masukkan nenas, serai, ikan. 3. Tunggu mendidih lagi sekali masukkan garam dan serbuk perasa. 4. Da masak tutup api baru masukkan kangkung dengan perahan limau nipis. Kenapa masuk kangkung last sekali??? sebab nak biar dia ra...

Mohon bantuan korang jangan gelakkan aku huhuh

Image
Assalamualaikum semua. Bantuin aku teman-temannnnn. hehehe Ni bukan suka-suka, tapi salah satu platform aku untuk tambah pendapatan. Maklum le baru kena buang keje. Semua benda yang boleh datangkan peluang untuk aku tambah pendapatan semua aku cuba hehehe. Tapi perlukan sokongan orang kiri kanan depan belakang dan korang as kawan2 blooger juga. Ini cubaan pertama aku upload video kat youtube. Jangan gelak sebab aku masih malu-malu kucing bila bercakap depan camera huhuhu. So untuk content youtube ni mungkin aku takde specific sangat. Masih mencari2 idea untuk buat content ape huhu. Korang rase content ape yang menarik? Bagilah idea kat aku. Dannn paling penting untuk permulaan aku harap korang boleh subscribe channel aku biar ada 1k subscribers dan 4k viewer. Pleaseeee help me. Bantuinnn aku temannnn temannnnnn. First video. Dapat hadiah dari kakak tercinta. So kita unboxing la hadianye.